August 13th, 2009

jojo struys

Hi nama saya Jojo Struys. Saya ialah salah seorang selebriti, deejay Mix FM dan pengacara rancangan Health Buzz di TV3. Kalau anda tak ingat saya, mungkin anda perlu baca artikel gambar Jojo Struys untuk recall balik memori anda.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya menulis di sini kan? Sebenarnya saya dan BeautifulNara dah membuat satu kerjasama bersempena dengan pembukaan kedai baju saya di Plaza Damas di Hartamas Shopping Centre. Saya bagi nama kedai saya Global Gypsy sebab baju-baju dan fesyen-fesyen dalam tue unik dan datang dari banyak negara.

Berbalik kepada tujuan saya menulis di sini, saya sebenarnya nak bagi peluang kepada pembaca BeautifulNara untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan bersempena dengan pembukaan kedai saya. Cuba baca hadiah-hadiah yang bakal anda menangi di bawah ini:-

  1. Diskaun sehingga 50% dengan sebarang pembelian di kedai Global Gypsy.
  2. Voucher membeli belah RM200 di kedai saya.
  3. Peluang nak bershopping dengan saya secara personal dan private.

Dengar betul-betul tau macam mana cara nak menang hadiah-hadiah nie. Untuk memang diskaun 50% tue, anda perlu pergi ke Plaza Damas di Hartamas Shopping Centre. Cari signboard kedai nama The Square Room”, berdekatan Kenny Rogers Roaster.  Bila dah jumpa kedai tue, masuk dalam dan carilah patung di dalam gambar di bawah.

patung kedai jojo

Bila dah jumpa patung nie, cuba anda ushar-ushar kat belakang patung tue. Saya dah lekatkan nama patung nie. Mungkin saya bagi nama dia Daisy, mungkin Lily, mungkin jugak saya letak nama BeautifulNara. Bila anda dah tau nama patung nie, apa lagi beli ajer semua baju-baju yang anda nak kat kedai saya. Time nak bayar nanti cuma sebutkan ajer nama patung nie kat cashier dan anda akan dapat 50% diskaun. Senang kan?

Untuk menang hadiah no 2 dan no 3 tue lagi lah teramat senang. Jangan risau saya nie jenis happy go lucky. Saya akan pastikan anda akan enjoy keluar bershopping berdua dengan saya. Takut-takut anda jer yang tak sanggup layan saya cakap nanti. Saya nie jenis cakap banyak skit. Hehehe..

Cara dia anda perlulah pergi ke kedai saya terlebih dulu. Beli baju ke apa ke yang anda nak (pastikan sebut nama patung tue untuk dapatkan diskaun 50%). Lepas dah beli, bawak balik rumah, pakai kat badan anda dan cerita pasal baju yang anda beli tue kat blog anda.

[UPDATED] Selepas tue jangan lupa hantar URL blog kat email saya (jojostruys.com [at] gmail.com).   {ni email yang betul. sebelum ni tersilap}

Kalau nak cerita pasal kedai saya tue pun boleh jugak. Lagi bagus kalau bawak kamera masa membeli belah kat Global Gypsy. Senang kan nak menang?

Oh ye terlupa pulak saya nak bagitau yang harga-harga pakaian kat kedai saya tue murah-murah jer. Semuanya bawah RM100. Tak mahal tapi kualiti terjamin. Lagi satu semua baju-baju nie hand-made dari Eropah, Jepun dan banyak negara lagilah. Saya berani jamin tak akan ada orang lain yang akan ada baju yang sama dengan baju yang anda beli kat kedai saya.

Mesti anda nak tengok sample-sample baju kat kedai saya kan? Bacalah artikel ini sepenuhnya untuk tengok gambar-gambar baju baju kat kedai Global Gypsy.

Korang boleh jugak usya website Jojo Struys dulu kat sini

jojo struys









Advertisement
August 13th, 2009

Kami tahu anda semua tengah kekenyangan selepas makan tengah hari tadi kan? Apa kata kita memerah otak sikit. Tak ada klu tapi gambar di atas kononnya diambil semasa pelakon tersebut tidak memakai sebarang make up. Jadi cuba-cubalah teka ye.

Sambil-sambil memerah otak tue kitorang ada bagi satu bonus gambar Fazura dan Sassy Falak yang maintain cun walaupun tak pakai make up. Kalau nak tengok sila baca artikel ini sepenuhnya.

fazura dan sassy falak

Advertisement
August 13th, 2009

asri rabbani meninggal dunia

Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri yang telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Punca kematian adalah disebabkan sakit jantung. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

asri rabbani

Advertisement
August 13th, 2009

chef wan

Memang hebat betul Chef Wan nie. Kagum dibuatnya. Dapat jemputan untuk jadi tetamu talk show Oprah Winfrey tue. Bukan calang-calang orang boleh dijemput tau untuk rancangan Oprah nie. Lagi-lagi rakyat Malaysia nie. Chef Wan nie orang pertama dari Malaysia yang ada peluang untuk keluar dalam talk show Oprah. Mantap beb!!!

Kata Chef Wan lepas dia diberi anugerah The Best Celebrity Chef In The World, cerita pasal kemenangan tue kuar kat suratkhabar New York Times. Dari situlah Oprah nie berminat nak dapatkan dia kot. Memang kalau rezeki tak ke mana kata orang. Sekarang nie kita tunggu jerlah bila dia nak kuar TV nanti. Leh tengok ramai-ramai.

Tahniah sekali buat Chef Wan. Anda memang hebat. Silalah bagi gelaran Dato’ kat Chef Wan nie. Kalau tak dapat gak tak tau la kena keluar dalam program apa baru leh dapat. U deserve the “Dato” Chef Wan.

Advertisement