August 17th, 2009

takdircinta

Tak sampai sebulan bercerai dengan Maiza, Akhil Hayy dah pun bernikah dengan Waheeda semalam. Memang pantas betul tindak tanduk Akhil nie. Mungkin memikirkan bulan puasa yang bakal tiba nie. Iyerlah kalau time puasa baru nak kawin mesti susah. Maklumlah si Waheeda tue masih darah muda lagi.

Geli hati kami dengar yang Akhill cakap perkahwinan dia dengan Waheeda adalah jodoh dan takdir daripada-Nya. Memang kami tak nafikan kata-kata Akhil tue betul. Tapi banyak sangat oarng yang terluka dalam nak sampai ke jodoh diorang berdua nie. Caranya pun di mata kami tak la berapa molek sangat. Patutnya boleh dibuat dengan cara yang lebih elok dan tak menyakitkan hati ramai orang.

Buat Waheeda, selamat bergelar isteri. Kalau baca kat satu forum gosip tue memang ramai yang mengutuk, memaki hamun kedua-dua pengantin nie. Malah ada yang doakan diorang dua nie tak dapat anak. Kami tak lah sampai ke tahap begitu. Cuma doakan kalau jodoh ini yang terbaik buat diorang, harap-harap berbahagialah hingga ke akhir hayat.

Advertisement
August 17th, 2009

Rozita Che Wan memang cantik lebih-lebih lagi tang mata dia yang lentik tu. memang kami pon tau dia pakai bulu mata palsu, tapi taktau pulak bulu mata tu RM1 aja!!  Bagus lah Rozita Che Wan ni, tak perlu pakai mahal-mahal tapi boleh aje kelihatan cantik & menggoda.

Dia pon tak malu-malu nak mengaku yang bulu mata pakai buang tu hanya harga RM1 masa kena temuramah dalam Hot FM pagi ahad. Cuma kalau dia, RM1X30 hari = RM30 sebulan lah. Kalau kami, cuma RM1 untuk setahun sebab pakai time Hari Raya aje.

Lagi pengakuan yang dibuat oleh Rozita Che Wan ialah berat badan dia 50 kg. mak aih , ringannya, tu baru berat kepala ke perut kami tu. Tapi walaupun ringan gila, dia tetap makan nasi 2kali sehari. Wah memang menjadi idola idaman gadis Malaya. Bolehlah tiru macam Rozita Che Wan.

Cuma sampai sudah Rozita Che Wan tak ngaku pasal affair dia ngan Asrarudin. Bila kena  tanya, dia cover ngan gelak “Hehehehhehe” yang agak seram kalau dengar masa tengahmalam.

Advertisement
August 16th, 2009

Senyum sampai ke telinga Akhil Hayy dan Waheeda dalam gambar perkahwinan @ pernikahan diorang nie. Gembira la tue tercapai jugak hasrat yang terpendam lama di hati. Tahniah la dari kami di BeautifulNara.com.

Kesian Maiza bersahur dan berbuka puasa sorang-sorang nanti. Bestlah Waheeda dan Akhil dapat berpuasa bersama-sama. Apa nak dikata. Rezeki masing-masing.

Nanti kami akan update lagi gambar nikah, sanding @ perkahwinan Waheeda dan Akhill Hayy kalau ada. Tunggu ye ~~

Advertisement
August 16th, 2009

pernikahan akhil hayy dan waheeda

Tak tau nak cakap tahniah ke apa kepada Akhil Hayy dan Waheeda. Mereka berdua nie dah selamat dinikahkan hari ini (Ahad, 16/08/2009) kat Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru. Takperlah, kitorang ucapkan tahniah jugak kat Akhil dan Waheeda. Sekurang-kurangnya diorang dah menghalalkan apa yang haram walaupun banyak kontroversi sebelum dinikahkan.

Pantas jugak ye Akhil nie buat langkah nak bernikah. Tak sampai 3 bulan lagi. Memang dah rancang lama dah kot. Apa-apa pun tahniah la buat 2 manusia nie. Semoga berkekalan dan tak timbul dah kontroversi lain.

Akhil Hayy oh Akhil Hayy. Waheeda oh Waheeda.

Advertisement