November 30th, 2008

Buat peminat-peminat Scha-Al Yahya, anda bolehlah add Scha di akaun Friendsternya. Untuk Facebook Scha Al-Yahya masih belum dijumpai setakat ini.

November 30th, 2008

Wan Sharmila. Kalau berdasarkan nama Wan di hadapannya sudah tentu artis ini berasal sama ada dari Kelantan atau Terengganu. Secara jujurnya tak pernah kenal Wan Sharmila dan tak pernah ambil tahu kewujudannya di dalam dunia artis Malaysia.

Namun baru-baru ini atas pengakuan Wan Sharmila sendiri yang dia sudah berkahwin dan menjadi isteri orang, barulah tersedar akan kewujudannya. Cantik molek juga orangnya. Jom layan 2 keping gambar perkahwinan Wan Sharmila.

#Gambar kredit kepada OhBulan.

November 30th, 2008

Terkejut beruk juga bila baca BiPop hari ini yang mengeluarkan gossip Marsha Milah Londoh gugurkan kandungan yang berusia 3 minggu. Bila masanya pulak bintang Akademi Fantasia ini berkahwin sampai boleh ada anak? Bila pulak Marsha dah ada pakwe? Macam-macam persoalan datang terus kat kepala ini.

Nasib baiklah bila baca ruangan gossip itu sepenuhnya, Marsha berjaya dihubungi dan menafikan khabar angin yang entah apa-apa tersebut. Marsha memberitahu yang dia masih pandai menjaga tata susila peradaban orang Asia. Tak mungkin dia nak buat begitu.

 
November 30th, 2008

Aku sememangnya menyampah dengan Rosnah Mat Aris. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi tapi masih tak sedar diri yang diri dia dah tua. Dengan style seksi yang mengalahkan pelakon-pelakon muda, Rosnah Mat Aris sekali lagi buat kecoh selepas insiden menghina isteri Rasullah.

Disahkan telah berkahwin dengan seorang pemuda yang berusia 27 tahun oleh jurunikahnya sendiri, Rosnah Mat Aris kononnya menafikan yang bukan dia yang berkahwin dengan lelaki itu. Dengan usia yang dah mencecah 53 tahun, kali ini Rosnah Mat Aris sendiri terkena dulang paku serpih.