February 7th, 2010

ammar alfian aziz

Memang berani mati!!! Itu ajer yang kami mampu cakapkan. Disebabkan taklah sefemes mana pun si Ammar Alfian Aziz nie, kami nak kenalkan sikit lah dia nie. Ammar adalah pelakon Tari Tirana dan merupakan pakwe kepada Puteri Sarah Liyana, heroin filem Lu Fikirlah Sendiri. Dulu kitorang ada pernah tulis sikit pasal si Ammar Alfian nie:-

Dah kenal dah? Untuk pengetahun anda, Ammar Alfian Aziz baru-baru nie dikatakan telah hangin semasa pelancaran filem Lu Fikirlah Sendiri. Sebabnya? Awek dia si Puteri Sarah Liyana tue terlebih manja posing bersama ngan Nabil Raja Lawak. Wartawan yang ada kat situ melaporkan suasana agak tegang la jugak time tue.

Tup-tup dalam Facebook si Ammar nie ada status yang berbunyi sebegini:-

[note]Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they’re ruining other people’s lives.. I FUCKING HATE REPORTERS IN MALAYSIA[/note]

Mungkinkah sebenarnya tak ada apa-apa pun yang terjadi masa majlis pelancaran tue? Adakah semua cerita Ammar mengamuk time tue adalah rekaan para wartawan hiburan semata-mata? Adakah cerita buruk tentang Ammar sengaja dilakukan untuk menjatuhkan nama dia?

Dan bila ada kawan-kawannya yang mengomen mengenai status Facebook dia, Ammar telah me”reply” dengan kata-kata yang bagi kami perlu difikirkan masak-masak sebelum ditaip. Orang kata leh bawak masuk mahkamah la nie:-

[note]well they’re provoking me by making up stupid dumb story. Seriously if i meet up with dat asshole who created those stories bout me im gona fuckin’ kill em.. DATS MY WORD.[/note]

Seram gak kalau jadi wartawan hiburan nie. Tetiba ada artis bengang ngan kita sampai tahap nak bunuh. Nasib baik kami blogger hiburan. Tak kena kot ugut camnie? Simpang malaikat 44!!!

February 5th, 2010

fazura dan kerabat diraja

Kami nak cakap awal-awal yang ini hanyalah gosip semata-mata. Anda tak boleh percaya. Baca boleh percaya jangan. Kebenarannya hanya Fazura dan mereka yang terlibat sahaja tau. Ingat tak lagi yang kami pernah keluarkan gosip Fazura keluar tengok wayang dengan seorang Tengku?

Kami tak tahu sama ada Tengku ini adalah orang yang sama ataupun tak, tapi dengar ceritanya memang benar Fazura nie bercinta dengan seorang kerabat diraja. Untuk lebih spesifik lagi, kerabat diraja nie negeri dia belah-belah selatan sana. Negeri mana tue korang tekalah sendiri. Dah banyak sangat bagi klu nie.

Dan kalau betullah gosip Fazura bercinta dengan kerabat diraja nie, kami mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Dua-dua pun single mingle lagi. Apa salahnya kan? Kalau dah jodoh tue kawin ajerlah. Dua-dua pun kami tengok sama cun dan sama hensem. Memang sesuai sangat gitu.

P.S: Ada gosip kata Fazura nie demand shooting gambar hanya untuk cover majalah jer. Kalau bukan cover dia taknak. Kalau cik Fazura baca nie, silalah jawap ek.

February 5th, 2010

anak nabila huda

Diam tak diam dah lebih kurang 5 bulan si Nabila Huda nie mengandung. Bulan Mei 2010 nanti, bakal keluarlah seorang anak perempuan buat Nabila dan suami. Gembira la Amy Search bakal menimang cucu. Mesti abang Amy kita yang excited tak ingat sekarang nie. Harap-harap segalanya berjalan lancar dan tak ada aral yang datang melintang.

Kami suka ngan Nabila nie sebab dia mengaku yang bakat nyanyian dia tak sehebat ayahnya, Amy Search. Jadi buat masa nie dia hanya tumpukan perhatian kat lakonan. Sebab rasanya Nabila sedar yang dia lagi hebat time berlakon. Jadi baik tumpukan kat benda yang betul-betul dia boleh buat kan? Tak macam sesetengah artis kita nie, berlakon pun nak, menyanyi pun nak, jadi model pun nak. Padahal suara pecah, berlakon kaku, catwalk pun tak reti. Harap muka jer cun.

Buat Nabila, kami nasihatkan berhati-hati semasa mengandung nie. Kami tahu yang anda nie gila kerja. Tapi kandungan tue kena jaga. Jangan lasak sangat. Rileks-rileks sikit. Dan nanti bila dah terberanak tue, janganlah susah sangat nak tunjuk anak sendiri kat media macam sesetengah artis tue. Sampai dah berjanggut menunggu tak tunjuk-tunjuk anak dia. Jual mahal betul.

February 5th, 2010

[note]Baca ini dulu sebelum anda skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru [/note]

baby ammar

Baru terbaca mengenai Nuffnang Charity Project – Baby Ammar dan kami sangat-sangat bersimpati dan terharu dengan keadaan bayi Ammar. Secara ringkasnya, Ammar menghidap sejenis penyakit jantung yang memerlukan pembedahan. Dan untuk memastikan pembedahan nie boleh dijalankan, deposit sebanyak RM12,000 diperlukan.

Mungkin angka RM12,000 nampak sikit kepada mereka-mereka yang bergaji besar. Tapi untuk ibu Ammar yang hanya merupakan seorang suri rumah dan perlu menanggung 5 orang anak, RM12,000 amat payah dicarik. Mungkin kalau anda semua membaca blog ibu Ammar, akan terasa serba sedikit betapa beratnya keperitan yang terpaksa ditanggung olehnya.

baby ammar

Jadi macam mana kita sebagai pembaca BeautifulNara boleh menolong? Setiap hari hampir 30,000 pelawat datang membaca BeautifulNara nie. Jadi kalau setiap seorang dari kita dermakan RM1 untuk membantu Ammar, kan dah dapat RM30,000 tue? Senang jer kan? Jadi tunggu apa lagi. Kami hanya perlukan RM1 sahaja dari wang anda. Dibawah adalah details bank yang anda boleh transferkan RM1 anda:-

Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank)

Sesungguhnya segala jasa baik anda bakal dibalas suatu hari nanti. Mana tau hari nie hari Ammar, esok lusa hari kita pula meminta ehsan dari orang lain. Kami tahu pembaca BeautifulNara sangat-sangat prihatin. Jadi marilah kita membantu apa yang kita mampu.