Written by AbangNara | August 24th, 2009

fasha sandha

#Sumber dari Myspace Fasha Sandha

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangansaya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai sayasehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallahjika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request.Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaruya..

Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan profrazak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasikhempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akanditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!

Perkembanganterbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb augustsaya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti sayaakan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawikamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui tentang pengakuan berani mati Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | August 23rd, 2009

tiz zaqyah sosial

Tiz Zaqyah, heroine drama Nur Kasih memang buat kami respek habis kat dia. Rasanya semua orang tau kami pernah keluarkan foto Tiz Zaqyah bersosial dengan kawan-kawan dia dulu. Hari nie dalam BIPOP, Tiz dah pun bagi komen tentang penyebaran gambar bersosial dia. Terharu pulak bila kami baca kenyataan awek Nur Kasih nie:-

[note]Bagi saya Tuhan Maha Adil. Apabila tersebarnya foto berkenaan di Internet, saya percaya ini mungkin pembalasan Tuhan pada diri saya di atas kelalaian dan kesilapan masa silam. Saya reda dan saya cuba memperbaiki diri saya sebaik mungkin[/note]

Tabik spring kami kat Tiz Zaqyah. Mana ada artis nak mengaku kesilapan dia macam si Tiz nie. Dulu pun Waheeda ngan Akhil Hayy dah kantoi gambar jalan-jalan pun taknak ngaku lagi. Tup-tup dah kawin dah. Tahniah kepada Tiz sebab tak hipokrit dalam hal nie. Yang penting sekarang nie Tiz dah sedar kesilapan dia dan pastinya kena berhati-hati lepas nie.

Eh, tapi lupa nak cakap yang Tiz pedih kena hentam pasal gambar sosialnya dalam blog gosip. Tapi ternyata blog itu bukanlah BeautifulNara. Kami nie mengutuk tue mengutuklah jugak. Mana yang tak betul kami akan cakap tak betul. Tapi semuanya dibuat secara berlapik. Takderlah hentam terus. Bak kata kami sendiri, bergosiplah secara berhemah. Kutuk boleh, tapi pakailah ayat-ayat sindiran.

Buat Tiz Zaqyah, semoga terus maju jaya dalam bidang lakonan anda. Bak kata anda sendiri, hati-hatilah memilih kawan. Gambar sosial Tiz Zaqyah yang tersebar tue takkan jadi tatapan ramai orang kalau bukan kerana ada kawan yang dah jadi lawan. Harap Tiz dapat hati-hati selepas ini.

P.S: Makin lama makin best drama Nur Kasih kat TV3 tue. Jangan lupa tengok setiap Jumaat. Memang mantap beb.

Written by AbangNara | August 22nd, 2009

erra engku emran aleesya

Hensem jugak Engku Emran bila botak kepala dia. Tahap kehenseman lebih kurang sama dengan Mawi nie. Mungkin niat Engku Emran kot nak botakkan kepala sempena Ramadhan nie.

Terharu betul tengok gambar keluarga Erra Fazira nie. Nampak macam one happy family yang sangat-sangat bahagia. Engku Aleesya pun makin lama makin comel. Rasa nak cubit-cubit je.

Buat Erra dan Engku Emran, selamat berpuasa. Lepas nie raya yang pertama kali bersama dengan Engku Aleesya kan? Confirm lagi meriah dibuatnya.

Lagi gambar keluarga bahagia Erra Fazira dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Jangan lupa bukak puasa makan kurma dulu. Selamat berpuasa di hari pertama.

 
Written by AbangNara | August 21st, 2009

scha

Kami nak mintak maaf terlebih dulu kalau ada pembaca yang menyampah. Maklumlah, sikit-sikit kuar citer Scha Al Yahya. Bukan apa, kami nie memang minat sangat-sangat kat dia. Sebab bagi kami dia ada pakej yang sangat lengkap. Mutu lakonan pun not bad lah jugak di mata kami.

Mungkin semua orang dah tengok video iklan Celcom Scha dan Fahrin tue. Ala yang Fahrin ajak Scha kawin guna SMS tue. Kali nie bukan sekadar lakonan dah tapi yang real punya. Dengar cerita nya mereka berdua nie memang tunggu masa jer nak bertunang. Mungkin sebab Fahrin takut kot pisang berbuah dua kali. Lagipun Scha nie kan ramai peminat.

Walaupun kami tak berapa suka sangat kat Fahrin, tapi kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Scha. Jadi kalau Scha bahagia di samping Fahrin, biarkanlah mereka berdua bercinta. Buat Fahrin, cepat-cepatlah masuk meminang. Kang terlepas kang baru menangis tak berlagu.

Lagi gambar terbaru Scha Al Yahya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.