June 21st, 2020

Tasha Shila yang sebelum ini merancang untuk berbulan madu di Tanah Suci bersama suami terpaksa membatalkan niat tersebut gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang ditemui Berita Harian berkata bahawa dirinya dan suami memanfaatkan masa yang ada dengan berbulan madu di rumah sahaja. Ini termasuklah beribadah bersama dan menurutnya lagi, jika keadaan sudah kembali pulih, rancangan untuk ke Mekah untuk berbulan madu bersama suami pastinya akan  diteruskan.

View this post on Instagram

Malam terakhir berbuka puasa. 23/05/2020

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

“Setakat ini, saya dan suami hanya berbulan madu di rumah sejak tempoh PKP hingga PKPP dikuatkuasa. Bagi saya, ada hikmah di sebalik ujian COVID-19 ini kerana kami banyak memanfaatkan masa bersama termasuklah beribadah di rumah. Insyallah selepas semua kembali seperti biasa, saya dan suami tetap mahu nikmati fasa bulan madu di Makkah,”

Setelah hampir beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri, dia kini mengakui lebih bahagia di samping suami dan keluarga. Dalam tempoh PKP ini merupakan peluang bagi dirinya dan suami untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

View this post on Instagram

Stay calm, stay safe & enjoy everything at home sweet home. ?

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

 Menurut aktress ini, suaminya itu masih sama seperti awal perkenalan. Merupakan seorang yang positif,kelakar, suka bangun pagi dan gemar mengemas rumah, ujarnya.

Mengimbas kembali, Tasha Shila dan Muhammad Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 28 Februari yang lalu.

Sumber : BH Online

Advertisement
June 21st, 2020

Penyanyi Bella Astillah telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua sekaligus menyaksikan semula perhubungan antara dia dan Aliff Aziz bertaut kembali.

Sering memuat naik video dan foto penampilannya yang terkini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui berat badannya kini sudah mencecah 60 kilogram.

Penyanyi bertubuh kecil molek ini mengakui sendiri beratnya itu dengan nada bergurau apabila seorang peminat bertanyakan keadaannya kini di sebuah video TikTok.

View this post on Instagram

Happy betul bella dgn didi dah settle manicure pedicure and etc at my one and only fav place @fabulash.my ?

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Bella yang juga kakak kepada pelakon Didi Astillah sebelum ini telah menikah dengan Aliff Aziz sebelum dilanda kemelut rumah tangga dipercayai suaminya yang bertindak curang dengan beberapa individu lain.

View this post on Instagram

I feel nervous, yet so excited for my second pregnancy ?? thank you @haenim.my cant wait to try all the products ? #35weekspregnant

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

 Malah, Bella turut memfailkan penceraian pada 21 Mac lalu sebelum mengumumkan dirinya hamil anak kedua kini. Hasil perkahwinan pasangan ini mereka dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.

Advertisement
June 21st, 2020

Mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, Ezlynn mengakui berasa sedikit janggal apabila kali pertama beraksi di pentas nyanyian sambil mengenakan tudung.

Meskipun begitu, Ezlynn berkata persembahan pertama kali dengan imej berhijab itu dapat dilaksanakannya dengan lancar dan dia turut bersyukur kerana dapat mengawal perasaan kekok itu.

Menerusi laman instagram, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah memuat naik beberapa keping foto sekitar persembahan khas untuk petugas barisan hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini.

View this post on Instagram

Ezlynn with APM @ Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 Maeps. . Thank you guys for sharing me this pic.. . Baju cantik @zaraqish.boutique Badan cantik @aurakasihhq

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on

 Dia yang telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas ramadhan tahun ini turut menerima sokongan orang ramai yang rata-rata memuji penampilan terbarunya itu.

Menurutnya lagi, sudah tiga tahun dia cuba memakai tudung secara berterusan di bulan ramadhan pada tahun – tahun sebelum ini.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia telah tetapkan. Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah.. saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,”

Ezlynn juga bersyukur kerana dirinya telah dipermudahkan urusan untuk mula berhijab dan dia juga turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dirinya untuk terus istiqamah dalam penghijrahan ini.

Advertisement
June 20th, 2020

Nama pelakon tampan, Remy Ishak menjadi bualan hangat warganet sehingga trending di laman Twitter selepas tindakannya memuji kecantikan seorang gadis yang juga peminatnya ketika membuat siaran langsung di Instagram (IG Live) mendapat perhatian umum.

remy ishak puji peminat wanita

Menerusi perkongsian video di laman Twitter itu, akaun bernama @hotcaramelatte itu mempamerkan gelagat actor itu bagai tidak putus memuji senyuman dan wajah peminat tersebut.

Menurut Remy, pencahayaan di tempat gadis itu berada membuatkan wajahnya Nampak cantik malah senyuman gadis itu juga mendapat perhatian Remy.

“Cakap dekat abah dan mak awak, saya hargai keindahan awak senyum cantik, muka cantik syukur Alhamdulillah ibu dan ayah memiliki anak yang cantik.”

Video yang tular dan mendapat lebih ratusan ribu tontonan itu menimbulkan rasa tidak keruan para gadis di laman berkenaan.

Rata-rata netizen dilihat teruja dengan adegan manis yang dipamerkan Remy dan tidak lekang memuji gadis terbabit. Cara Remy melayan peminatnya itu juga seperti menjadi igauan para peminat di media sosial.

remy ishak puji peminat wanita

Seperti sudah dijangka, wujud segelintir pihak yang menganggap kisah peminat wanita itu boleh dijadikan judul untuk novel “Suamiku Remy Ishak” yang mengisahkan tentang perjalanan kisah cinta dan pertemuan bibit cinta mereka.

Malah ada yang mendakwa, peminatnya itu amat beruntung dan bertuah kerana jarang sekali melihat selebriti lelaki tempatan tampil memuji kecantikan wanita di hadapan khalayak ramai dan melabel Remy sebagai seorang lelaki yang “gentleman”.

Advertisement