Written by Bella | January 16th, 2018

Beberapa hari lalu, sedutan dari telefilem Ustaz Korea Sebelah Rumah lakonan Eyka Farhana dan Nazim Othman menjadi viral kerana mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan sebutan bahasa Korea oleh kedua-dua pelakon itu tidak menjadi dan kedengaran agak pelik.

Menerusi portal mStar Online, Eyka akui terkilan dengan sikap netizen yang tidak menghargai usahanya dan Nazim untuk mempelajari bahasa itu dan memberikan yang terbaik dalam lakonan mereka.

Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea. Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu.

 

Dalam drama tersebut, Eyka membawa watak sebagai seorang gadis peminat tegar K-Pop yang  jatuh hati dengan seorang ustaz berwajah Korea lakonan Nazim yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Pelbagai cara beliau lakukan untuk mencuri perhatian ustaz tersebut.

Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama. Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka.

Biasalah kalau ada pihak yang mengkritik tetapi janganlah terlalu kecewa. Jadikan sebagai pembakar semangat untuk lakukan dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 15th, 2018

Setibanya di mahkamah pagi tadi, keadaan Datuk Farid Kamil nampaknya lebih tenang berbanding ketika beliau ditahan Khamis lalu. Perkara itu juga diakui oleh adiknya, Fadzil Zahari yang berasa lega melihat abangnya itu yang sangat positif hari ini.  Tidak dinafikan, ia juga atas berkat doa serta sokongan daripada peminat dan rakan artis.

Sebelum ini saya nampak dia sangat tertekan, tetapi hari ini emosi dalam keadaan baik dan tenang. Mungkin kerana sokongan teman artis dan rakan media. Kami sekeluarga mementingkan kesihatan Farid dan berharap dia kembali pulih seperti biasa dan kita tengok macam mana nanti.

Pada masa yang sama, Fadzil sempat untuk memohon maaf kepada pihak polis serta orang awam yang menjadi mangsa serangan Farid sebelum ini.

Difahamkan, tempoh tahanan reman Farid akan tamat esok. Harapnya selepas beliau bersedia nanti, beliau boleh menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada tuan empunya badan sendiri nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 15th, 2018

Walaupun baru sahaja beberapa tahun bergelar anak seni, Janna Nick kini sudah semakin popular dan setanding dengan pelakon hebat lain. Janna bukan sahaja sudah memenangi beberapa anugerah malah beliau juga sudah mempunyai aset sendiri pada usia yang agak muda.

Baru-baru ini, Janna menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video sekitar majlis sambutan hari jadi ibunya yang ke 44. Ingin menghargai segala pengorbanan ibunya, Janna menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes buat ratu hatinya itu.

Ramai juga netizen yang memuji pemberian Janna tetapi apa yang menarik perhatian mereka adalah kecantikkan ibunya yang kelihatan muda. Dah macam adik dengan kakak sahaja.

Patutlah Janna begitu cantik dan manis, rupa-rupanya mirip dengan ibu beliau. Tentu sekali ibunya merasa gembira dengan hadiah istimewa daripada Janna, bukan nilainya yang menjadi keutamaan tetapi ingatan kasih seorang anak kepada ibunya yang sudah banyak berkorban selama ini. Semoga Janna dilimpahi dengan rezeki yang lebih lagi selepas ini.

Written by Bella | January 15th, 2018

Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dilanjutkan sehari lagi bermula hari ini sehingga Selasa. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak.

Farid yang hadir ke mahkamah pada jam 11.30 pagi tadi dengan memakai kemeja denim dan berseluar lokap kelihatan begitu tenang sekali. Malah, Farid masih sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat dan rakan artis yang tidak henti memberikan beliau sokongan dan memberitahu beliau berada dalam keadaan sihat.

Turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada Farid adalah adiknya Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jamin dan Azhan Rani.

Terdahulu, Farid pada Khamis lalu ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis. Hasil ujian air kencing mendapati beliau positif dadah jenis ganja.

Farid kemudiannya direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : mstar Online & Berita Harian

Kredit Video : Instagram Official Hlive

Page 4 of 3,485« First...23456...102030...Last »