Written by AbangNara | April 22nd, 2009

anak wardina

Like mother like son. Sungguh comel anak Wardina yang bernama Imran Arrazi ini. Sekali imbas tengok gambar di atas, nampak sebijik macam muka Wardina.

Confirm besar nanti akan jadi handsome dan jambu. Bahaya betul kalau masuk asrama penuh. Maklumlah lelaki muka macam Wardina. Bukan boleh percaya lelaki-lelaki di asrama penuh.

anak wardina

Written by AbangNara | April 22nd, 2009

ako mustapa

Kesian betul dekat Ako Mustapha. Baru ajer settle down selepas mendirikan rumah tangga, dah dikenakan pulak hukuman penjara 3 bulan dan denda RM3000 ringgit disebabkan kes khalwatnya dulu.

Itulah padahnya bila Ako tak datang mahkamah 4 kali. Kalau dia datang, agaknya mungkin cuma dikenakan denda RM3000 ringgit jer. Tapi ini sampai kena penjara 3 bulan. Pening jugak kepala kalau rayuan tak dilayan nanti.

Pengajarannya ialah kalau anda dipanggil pergi ke mahkamah, pergi ajerlah. Jangan buat banyak alasan. Hakim Malaysia semuanya tegas-tegas dan tidak bertolak ansur.

Kepada isteri Ako Mustapha, Kartina Shuaib Abdullah diharap anda dapat bersabar sekiranya suami anda ke penjara selama 3 bulan nanti. Jangan dilayan godaan-godaan jantan miang di luar sana.

Written by AbangNara | April 22nd, 2009

anak erra fazira

Bulan ini sahaja sudah 5 kali kami mendapat email yang menyatakan gambar di atas adalah gambar anak Erra Fazira. Malah yang tahannya tidak dalam dahulu, Pancaindera pun pernah keluarkan gambar tersebut. Kononnya itu adalah gambar anak Erra Fazira.

Bukannya kami tak mahu letak gambar di atas sebelum-sebelum ini, tapi kami yakin dan pasti yang itu bukanlah gambar Aleesya, anak Erra Fazira. Sebenarnya masa gambar ini diambil, Erra Fazira masih mengandung dan mungkin tengah training nak dukung anak menggunakan anak orang lain.

So kepada semua yang masih ternanti-nanti gambar ekslusif anak Erra Fazira, jangan lupa terus membaca blog ini kerana kami akan berusaha keras untuk mencarinya.

Written by AbangNara | April 21st, 2009

stephanie liah

Ingat lagi tak gambar awek Chinese yang mantap bergambar bersama Fizo Omar? Kalau belum tengok, kami sarankan anda tengok dulu gambar-gambar tersebut sebelum melayan gambar yang akan kami kongsikan ini.

Daripada komen salah seorang pembaca blog ini, awek Chinese tersebut berkemungkinan besar adalah Stephanie Liah, seorang model yang sangat-sangat cantik dan menarik. Setelah membuat sedikit kaji selidik, hasilnya amatlah mengkagumkan. Stephanie Liah sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Dengan jujurnya kami mengkagumi kehebatan Stephanie Liah menjaga bodynya. Memang layak digelar hot mom Malaysia. Walaupun sudah beranak satu, masih maintain body seperti seorang anak dara. You got our salute Stephanie Liah.

Lagi gambar-gambar Stephanie Liah, seorang hot mom dan model Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.