Written by AbangNara | November 13th, 2009

azwan ali

Tahniah beribu-beribu tahniah kepada Azwan Ali. Nampak gayannya memang abang Azwan kita cuba untuk berubah jadi lebih baik. Langkah terbaru yang diambik oleh dia untuk meminta maaf kat 3 wartawan Utusan memang satu langkah yang bagus di mata kami. Buat apa gaduh lama-lama kan? Amik yang jernih buang yang keruh. Barulah hidup pun boleh senang.

Nampaknya selepas pergi umrah hari tue, abang Azwan kita cuba nak berbaik semula dengan semua orang. Mungkin dah insaf kutuk-kutuk orang lain. Nampaknya memang dah diberikan hidayah. Terharu betul kitorang. 3 wartawan tue tak lain tak bukan wartawan hiburan Utusan iaitu Ku Seman Ku Hussain, Niezam Abdullah dan Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Kalau nak baca berita sepenuhnya yang keluar kat Utusan, sila baca artikel ini selengkapnya.

 
Written by AbangNara | November 13th, 2009

siti nurhaliza

Kalau tak silap kami, gambar anak-anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza nie diamik masa sambutan salah satu birthday diorang. Betul la kot sebab ada banner, birthday cake ngan tiba-tiba terselit 2 3 orang pompuan tak cukup baju. Pelik jugak ye gaya orang kaya sambut hari jadi? Kalau tak caya nanti korang tengok gambar-gambar diorang yang lain.

Lagi 11 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada forum Cari.

 
Written by AbangNara | November 13th, 2009

Siapa yang dah lama tidak buat senaman? Angkat tangan!! ( kami angkat gak) . Haa, jika anda memang malas nak bersenam untuk menyihatkan badan (orang kurus kena senam gak tau), korang kena tengok cerita yg bakal keluar 24hb ni kat Hallmark 702 Astro sebab kompem lepas tu korang terus pegi buat 8 pusingan jogging. Tengok preview ni sedih tau…..Ingat senang ke kalau macam Syanie nak jadi macam Sarimah?

Kasik korang teruja sikit nak tengok The Biggest Loser Asia ni dengan gambar-gambar kat bawah ni.

p/s: memang cantik betullah Sarimah ni..kagum tgk kulit Sarimah yg halus mulus pulus.

 
Written by AbangNara | November 13th, 2009

nora danish

Sesungguhnya kami sukar nak percaya apa yang portal Murai bagitau pasal cerita sebenar Nora Danish tak jadi berlakon dalam drama Spa Qistina. Sebelum nie ada dengar jugak khabar-khabar angin cakap ada pergaduhan lokasi antara Nora Danish ngan Fasha Sandha. Sampai tarik-tarik rambut lagi. Tapi bila baca-baca balik segala info yang diberi, takder la sampai tarik-tarik rambut. Cuma ada berlaku sedikit pengamukan dari Nora Danish sebab Fasha Sandha pun ada sekali masa shooting tue.

Tak sangka di sebalik keayuan dan kelembutan muka Nora Danish nie, boleh jugak dia mengamuk rupanya. Itu yang kami susah nak percaya tue. Mungkin amarah dia terhadap Fasha Sandha memang dah sampai tahap dewa dah.  Selepas mengamuk, Nora Danish siap  chow terus dari lokasi penggambaran dan pulangkan balik cek bayaran untuk berlakon dalam Spa Qistina nie. Katanya dah taknak berlakon dalam Spa Qistina dah sebab hal tue.

Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal nie. Mungkin sewajarnya Nora Danish bersikap lebih professional. Iyelah, masing-masing cari rezeki dalam lakonan. Tapi hati orang mana la kita tau kan. Kalau dah benci tue banyak sangat, tengok bayang orang tue pun dah menyampah gila-gila. Inikan tengok muka depan-depan. Tak gitu?

Bagi kami, Fasha Sandha memang tak bersalah dalam hal nie sebab dia sekadar datang untuk shooting jer. Tak sangka plak bleh bertembung dengan Nora Danish kat tempat shooting tue. Memang Fasha datang lebih awal daripada waktu sepatutnya, tapi rasanya bukan sengaja untuk berjumpa ngan Nora Danish. Maybe nak buat make up preparation kot.

Akhirnya dalam cerita pergaduhan siapa yang untung ? Umi Nazeera gak yang untung sebab watak Nora Danish tue dia jadi pengganti. Tapi kesian gak kat penerbit drama Spa Qistina nie. Dah 40 babak dah Nora Danish berlakon. Skang semua tue kena retake balik sebab Nora Danish dah tarik diri. Banyak gak tue rugi tue.

Kalau korang nak baca apa cerita sebenarnya yang terjadi, sila baca artikel ini sepenuhnya.