Written by AbangNara | August 25th, 2009

Terkejut jugak kami bila dengar gosip panas tentang tamatnya percintaan Nurul Syuhada dengan Mejar Faiz, angkasawan negara. Khabarnya diorang berdua nie putus. Hasrat nak membina masjid akhirnya tak kesampaian. Katanya sepatutnya Nurul Syuhada dan Mejar Faiz bertunang 4 Julai yang lepas, tapi dibatalkan dengan alasan Nurul Syuhada tak bersedia lagi. Masih muda dan terlalu awal katanya.

Kesian gile kat Mejar Faiz. Almaklumlah satu Malaysia dah tau dia ngan Nurul Syuhada bercinta. Siap canang dalam suratkhabar lagi. Tambah sedih sebab dengar ceritanya Mejar Faiz siap dah tempah dewan kat Putrajaya, siap dah beli cincin Diamond Solitaire RM10 ribu ngan siap dah tempah Pak Engku sebagai wedding planner. Hancurlah segala planningnya.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, mesti Mejar Faiz kecewa sebab dengarnya Nurul Syuhada dah ada pengganti. Namanya Raja Amir. Budak Hartamas. Anak orang-orang kaya nie. Raja Amir nie study lagi kat Unicef. Hari tue masa dinner Unicef siap tayang Nurul lagi kat member-member dia. Panas jer member-member ushar.

Betul atau tidak gosip ini, hanya Mejar Faiz, Nurul Syuhada dan Raja Amir jer yang tau. Kita nantikan 2, 3 hari lagi. Confirm akan ada kenyataan daripada salah seorang. Tunggu ~~

Written by AbangNara | August 25th, 2009

diana amir dan kekasih

Wow. Hensem gila tue. Itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut Kak Nara bila tengok gambar Diana Amir bersama kekasihnya nie. Tapi Abang Nara dengan selambanya berkata tanpa sebarang perasaan kepada Kak Nara:-

“Kalau macam nie hensem, maksudnya aku nie super duper hensem la”.

Terus Kak Nara terpaksa pergi ke tandas untuk memuntahkan dirinya. Nasib baiklah dah bukak puasa. Kalau tak free-free jer Kak Nara batal puasa. Hehehe.

Oh ye, tahniah kepada Diana Amir sebab dapat keluar BIPOP hujung minggu hari tue sebab gosip pasal gambar dia keluar. Tak sia-sia kitorang letak gambar Diana Amir ngan lelaki yang kononnya pakwe dia. Free-free jer dapat promosi daripada kami dan Berita Harian.

Buat mereka yang terlepas pandang, di bawah adalah artikel dan gambar Diana Amir bersama seorang lelaki yang kononnya bukan pakwe dia:-

  1. Gambar Diana Amir dan jejaka bermata merah menonton Manchester United
  2. Gambar Diana Amir dengan bukan lelaki di atas

Kiranya sekarang nie ada 2 lelaki dalam hidup Diana Amir. Tapi tak tahu yang mana satu pakwe sebenar dia. Tapi kalau anda jadi Diana Amir, siapakah yang anda akan pilih?

Lagi gambar Diana Amir bersama kekasih sebenarnya ? dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 24th, 2009

siti

Lagi gambar sekitar malam sambutang ulang tahun perkahwinan yang ke 3 buat Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ K dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

#Foto kredit kepada sultan Muzaffar

 
Written by AbangNara | August 24th, 2009

siti nurhaliza

Diam tak diam sudah 3 tahun Dato’ Siti Nurhaliza bergelar isteri kepada Dato’ K. Nak kata lama sangat, taklah jugak. Orang kata usia perkahwinan diorang berdua nie tengah sedap-sedap lagi lah. Yang buat kami kagum ialah walaupun banyak fitnah, gosip tentang perkahwinan mereka berdua, sampai sekarang diorang still maintain loving gitu.

Tahniah buat Dato’ K kerana berjaya menyayangi Dato’ Siti Nurhaliza sepenuh hati beliau. Oh ya, lupa pulak. Ulangtahun perkahwinan ke 3 mereka ini jatuh pada 1 Ramadhan yang lalu. Harapnya makin bertambah berkatlah.

Buat Dato’ K dan Dato’ Siti Nurhaliza, semoga perkahwinan anda berdua kekal bahagia hingga ke hujung ayat.

Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Dato’ K dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

#Sumber dari Sultan Muzaffar