Written by AbangNara | August 12th, 2009

norman shireen

Walaupun agak terlewat, kami tetap nak kongsi gambar sekitar pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Eh tersilap plak, Norman Kru dan Shireen. Hehehe. (saja buat-buat silap jer nie.)

Memang sempoi jer majlis diorang. Nikah ajer. Tak ada sanding-sanding. Baguslah gitu. Buat yang wajib jer. Takyah nak bazir-bazir. Lagipun confirm semua orang tau sebab wartawan bersepah datang. Hari nie pun dah keluar pasal diorang berdua kat Metro.

Apa-apa pun tahniah buat Norman Kru dan Shireen. Walaupun dah agak berusia, Shireen (44 tahun) rasanya masih berpeluang untuk mengandung. Kami doakan semoga hamil secepat mungkin. Makin tua makin tak elok kalau mengandung.

Lagi gambar sekitar pernikahan Norman Kru dan Shireen dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 11th, 2009

bunga citra lestari

Memang sempoi betul lah si Bunga Citra Lestari nie. Pakai gaun tidur tue gi jalan-jalan kat tengah bandar Bali. Salute kami dengan dia. Memang penuh keyakinan diri. Confidence level memang paling tertinggi nie.(gambar ada kat bawah selepas nie)

Kenapa kami kata gambar-gambar terbaru BCL nie adalah Girs Day Out? Sebab tak ada langsung gambar laki-laki kat sini. Gambar Ashraff Sinclair pun tak ada. Jadi rasanya memang diorang kuar pompuan-pompuan jer kot.

Bestnya kalau jadi kaya macam BCL. Nak gi Bali tue pejam mata jer. Leh mandi-manda kat laut. Kami Langkawi pun tak pernah sampai lagi. BCL bukan setakat Bali, Maldives pun dah pernah jejak. Bila nak kami nak merasa.

Lagi gambar terkini BCL di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 11th, 2009

sheila majid

Dato’ Sheila Majid sememangnya seorang legend @ idol dalam dunia muzik Malaysia nie. Lagu dan suara beliau sememangnya mantap-mantap belaka. Kami pun kalau pergi karaoke tue kadang-kadang balun lagu Dato’ Sheila Majid sampai 4 5 lagu. Memang feel la orang kata.

Terbaru Dato’ Sheila telah keluar bergambar dalam media dengan bertudung. Walaupun masih belum bersedia untuk memakai tudung secara 100%, namun sekurang-kurangnya beliau nampak ada pergi ke arah tue. Lagipun nampak lawa cara pemakaian beliau. Takderlah ternampak-nampak rambut banyak sangat.

Buat Dato’ Sheila Majid, kami sebagai peminat sentiasa menyokong Dato’ kalau Dato’ nak pakai tudung. Takdernya turun populariti tue. Makin bertambah ada. Cuba Dato’ bayangkan kalau beribu peminat pakai tudung sebab Dato’ dah pakai. Besar pahalanya tue.

Lagi gambar keayuan Dato’ Sheila Majid memakai tudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | August 10th, 2009

linda jasmine mengandung

Wah, wah, wah. Makin membesar nampaknya saiz badan Linda Jasmine sejak mengandung nie. Tapi still maintain cun dan meletop. Oh ye, gambar terkini Linda Jasmin sedang mengandung nie diambik masa Festival Filem Malaysia yang ke 22 baru-baru nie.

Seksi atau tidak pakaian yang Linda Jasmine pakai nie mungkin berbeza dari persepsi setiap orang. Tapi mungkin jugaklah Linda Jasmine tak sangka badan dia akan membesar sebegini rupa. Jadi tak sempat nak beli baju baru yang cukup kain untuk dipakai masa malam FFM22 tue. Tue yang  terkeluar apa yang tak patut dikeluarkan.

Lagi gambar terbaru Linda Jasmine yang sarat mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.