Written by AbangNara | December 8th, 2009

diana rafar

Bagus betul artis-artis Malaysia nie. Selain berlakon diorang pun ada usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya. Yang terbaru, Diana Rafar tak segan silu untuk mempromosikan barangan krim seks nya. Atau lebih tepat lagi, krim susu seks.

[note]Krim wangi ini disapukan selepas mandi ke seluruh badan sebelum melakukan hubungan suami isteri. Hasilnya menakjubkan. [/note]

Patut kami tengok muka Zamarul dan Diana berseri-seri. Hubungan suami isteri diorang sudah tentu tip top. Buat yang dah berkahwin bolehlah mencuba. Mana tau dapat mengembalikan hubungan asmara yang sudah semakin pudar.

Written by AbangNara | December 8th, 2009

anugerah skrin 2009

Semalam dah letak gambar Red Carpet Anugerah Skrin 2009 tapi rasa macam tak puas hati lagi. Mungkin sebab kami tau ramai lagi yang cuba mencari inspirasi berpakaian ala-ala Arab daripada artis-artis Malaysia nie. Itu yang kami godek-godek dan terjumpa gambar-gambar red carpet ASK 2009 di Fotopage Minaq Jinggo.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 7th, 2009

que haidar linda jasmine

Panas, panas dan memang panas seperti air yang baru dijerang. Kami terbau-bau yang gosip nie adalah gosip tipu semata-mata tapi kami nak kongsi jugak. Nama pun gosip kan? Nak tau betul ke tak kena tunggu Que atau Linda Jasmine bagi kenyataan. Buat masa nie, sila jangan percaya gosip ini.

Khabarnya kerana kejelesan yang teramat sangat, Linda Jasmine dah arahkan Que Haidar agar berhenti dan melupakan terus dunia lakonan. Dengar ceritanya Que dah tak boleh terima apa-apa tawaran berlakon dah sekarang nie. Paling tak logik, Que sekarang dah jadi seorang pengurus di kilang baja kat Kuala Lumpur. Nampak sangat tipu kan?

Untuk menambahkan kesedapan cerita gosip nie, Que menangis di telefon ketika mengadu mengenai perkara itu kepada pengarah, Afdlin Shauki, baru-baru ini. dengar cerita Que turut terpaksa menolak pelawaan Mamat Khalid membintangi filem terbaru arahannya.

Kami di BeautifulNara percaya 100% yang gosip nie telah direka oleh budak sekolah darjah 6 yang baru habis UPSR. Nak buat gosip pun janganlah sampai jadi pengurus kilang baja. Nampak sangat ketaklogikannya kat situ. At least jadilah pengurus kedai LV ke, bukak butik baju ke. Nampak skit ada kaitan. Tak gitu?

Written by AbangNara | December 7th, 2009

pian cecupak

Aduh sedihnya diri ini kalau jadi Pian Cecupak. Anak sendiri malu ngan muka ayah dia. Mana taknya. Muka elok-elok dah hensem menggatal nak bedah sana bedah sini. Ada ke semata-mata nak dapatkan muka macam Dafi sanggup letak kolagen dalam muka. Adoi, memang tak bleh blah alasan.

Nasib baik sekarang nie nie dah insaf balik lepas anak dia mengaku yang dia malu kalau orang tau dia anak Pian Cecupak sebab wajah ayah dia macam tue. Skang nie Pian tengah berusaha nak buang kolagen dalam muka dia. Baguslah dah insaf. Yang bagusnya dia sedar yang kecantikan nie takkan kekal. Dah tua nanti kerepot jugak.

Kalau nak baca interview penuh, sila baca artikel ini lagi.