May 20th, 2020

Semua pasti sedar bahawa Emma Maembong memang cantik dek kacukan daripada kedua ibu dan ayahnya. Bagi yang tidak mengetahui, pelakon cantik ini mempunyai darah kacukan Melayu dan Scotland, memang tak dapat disangkal kecantikannya itu.

Bukan sahaja Emma malahan kesemua 11 orang adik beradiknya yang lain turut memiliki rupa paras yang cantik dan menarik. Untunglah!

keluarga maembong

Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun hampir seminggu berlalu, namun Emma tidak lupa untuk memuat naik satu entri khas bagi menghargai ibu kesayangannya itu.

“Setiap hari ialah hari ibu, walaupun sedar saya sedikit terlambat tetapi saya mahu membuatkannya menjadi lebih istimewa. Saya mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu kesayangan! Saya sangat menyayangi mama.”

Entri tersebut turut diiringi dengan beberapa keping gambar ketika ibunya masih muda dan perkara tersebut nyata mendapat perhatian ramai. Tak hairanlah kenapa Emma cantik, ini kerana ibunya juga memang seorang yang rupawan!

ibu emma maembong ibu emma maembong ibu emma maembong

Menjengah ke ruangan komen, kesemua peminat membanjiri ibunya dan juga Emma dengan pujian kerana mempunyai genetik yang sangat sempurna. Saling tak tumpah kedua beranak ini.

emma maembong

Kalau anda nak tahu, ayah kepada pelakon ini telah berkahwin dengan Yatimah Zainab sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Sumber: Instagram

May 20th, 2020

Lumrah pasangan tengah hangat bercinta, kalau boleh 24 jam mahu sentiasa mesej atau pun bersembang dalam telefon sekiranya tak dapat jumpa secara berdepan. Kalau hilang sekejap sahaja pun, sudah pasti akan rasa tak senang duduk.

Sama juga dengan pelakon Isa Khan yang tidak tentu arah apabila tunang kesayangannya iaitu Risteena diam seribu bahasa selama setengah jam tanpa khabar berita.

 

View this post on Instagram

 

Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. . Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu? . Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak ???? Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. ???? Kesian diorang! . Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi ???? Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya? Myhero! . So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni ? . To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde ? My parents dah boleh harapkan awak ? . I love you, sayang. Cinta hati saya :)

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Lelaki tersebut terus terbayangkan perkara buruk apabila segala usaha untuk menghubungi Risteena tidak berhasil. Sampai ingatkan ada perkara buruk yang terjadi kepada wanita itu sama ada diculik atau pun diragut.

Daripada entri yang dimuat naik di Instagram itu, pelakon wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka biasanya akan bersembang menerusi panggilan telefon dalam perjalanan pulang ke rumah.

isa khan risaukan risteena

Pun begitu, disebabkan Risteena terserempak dengan banyak kereta polis, dia terpaksa membatalkan niatnya untuk memegang gajet tersebut.

“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu.”

Lebih mengharukan apabila Isa Khan terus berkejar ke rumah tunangnya apabila wanita itu tidak dapat dihubungi selama setengah jam.

“10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. Kesian diorang!”

Dek tidak membalas segala jenis panggilan mahu pun mesej, Risteena mendedahkan bahawa dia telah dimarahi oleh Isa. Namun begitu, dia langsung tidak kisah kerana berasa disayangi apabila lelaki itu mengambil berat terhadap keadaannya.

isa khan risaukan risteena

Malah Risteena memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai niat buruk kepadanya supaya melupakan sahaja hasrat tersebut kerana Isa pasti akan mencarinya sehingga jumpa.

Pelakon wanita itu tidak lupa untuk menitipkan ucapan sweet kepada Isa selepas insiden tersebut dan menyatakan bahawa dia berasa selamat di bawah jagaannya.

To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde. My parents dah boleh harapkan awak.

Rata-rata pengikut yang membaca kisah tersebut mendoakan agar pasangan ini cepat berkahwin kerana seronok melihat hubungan mesra mereka.

May 19th, 2020

Walaupun kerajaan sekarang melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada yang bersyarat sahaja, tetapi rakyat Malaysia seharusnya masih lagi berhati-hati apabila hendak keluar daripada rumah.

Bahkan warga emas dan kanak-kanak juga dinasihatkan supaya terus tinggal di rumah kerana senang terdedah dengan bahaya wabak COVID-19 ini. Walaubagaimanapun, tindakan Lufya membawa anak perempuannya iaitu Laana Haura keluar ke pusat membeli-belah telah menerima kecaman netizen.

Lufya Dikecam Bawa Anak Keluar Semasa PKP

Menurut kapsyen yang ditulis dalam entri tersebut, pelakon wanita itu terpaksa keluar membawa anaknya sekali untuk membeli barang keperluan dan baju raya. Bukan tidak mahu mematuhi peraturan tetapi memang tiada siapa yang boleh menjaga Laana pada ketika itu.

Pun begitu, terdapat seorang individu yang telah mempersoalkan tindakannya yang dianggap sebagi tidak sensitif terhadap situasi genting sekarang ini.

“Kenapalah di bawa anak tu keluar, perdana menteri dah bagi kelonggaran keluar bukan untuk merisikokan anak… kalau sebelum ni boleh beli keperluan tanpa bawa anak, kenapa sekarang tak boleh?”

Individu itu juga mengatakan bahawa tidak perlu membawa keluar anak itu sekiranya hanya mahu membeli pakaian, ukur sahaja badannya terlebih dahulu. Malah, dia juga meluahkan rasa risau sekiranya perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku.

Lufya Dikecam Bawa Anak Keluar Semasa PKP

Tidak melatah, Lufya membalas komen tersebut dan menjelaskan keadaan yang memaksa dia bertindak membawa juga Laana keluar.

“Puting, botol semua dah pecah, pampers pun habis… tak ada siapa nak jaga dekat rumah! Aduhai mak akan buat apa yang termampu.”

Lufya turut menegaskan bahawa anak perempuannya itu telah dilengkapi dengan pelbagai item perlindungan seperti topi dan juga topeng muka.

Mengakhiri perdebatan itu, Lufya berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.

Sumber: mStar Online

May 19th, 2020

Mengakui segala yang berlaku adalah realiti berdasarkan pengalamannya sendiri, Zul Yahya tampil memperjelaskan apa yang disuarakan di media sosial baru-baru ini bukan untuk menghina.

zul yahya

Menurut laporan Harian Metro, Zul dikhabarkan langsung tidak mempersoal halal haram rezeki insan lain namun seakan menyeru pihak terbabit untuk mencari yang lebih baik dan keberkatan dalam industri hiburan.

Zul juga menambah, luahannya itu supaya pihak atasan dan bekaitan dalam industri hiburan mampu melakukan perubahan membentuk hala tuju yang lebih baik.

Tambahnya, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing malah turut menyatakan segala yang dikongsikan bertujuan mengubah industri hiburan ke arah yang lebih memberangsangkan.

Zul bagaimanapun turut mengulas soal keberkatan yang diperkatan. Menurutnya, keberkatan itu sangat luas malah memerlukan usaha kerana “berkat” itu tidak akan datang dengan sendiri.

“Kita semua perlukan hiburan, tapi biarlah ia pergi kepada hala tuju lebih baik dan memberi manfaat kepada masyarakat serta penggiat seni antaranya pekerja belakang tabir untuk mendapat kehidupan selesa.”

Ujarnya, pilihan berada pada tangan masing-masing kerana yakin rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT amat luas namun segalanya tetap menuntut pengorbanan.

zul yahya

Zul akui beliau bersara kerana sudah penat berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia, malah turut berkata industri ini seolah sukar untuk membuat simpanan.

Terdahulu kecoh di media sosial apabila Zul difahamkan menyeru para penggiat seni khususnya pekerja di belakang tabir untuk meninggalkan kerjaya tersebut kerana menyifatkan kerja berkenaan tidak diberkati oleh Allah SWT.

Sumber: Harian Metro