Written by Bella | January 16th, 2018

Sudah bertahun lamanya usahawan kosmetik, Nur Sajat menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang mempersoalkan jantina beliau terutama sekali apabila Sajat mula bercinta dengan Coach Yin. Hampir setiap hari netizen mengatakan mengapa pihak yang sepatutnya tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk mengetahui isu sebenar.

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) menerusi pegawainya, Dr. Izwan Yusof yang merupakan pakar dalam isu LGBT, menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengan Sajat. Pihak mereka ingin membantu dan memberikan khidmat nasihat terutama sekali berhubung dengan isu kekeliruan jantina.

Malah, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Hj Othman Bin Mustapha turut bersetuju dengan hasrat pihak JAKIM untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Sajat agar segala isu dapat dirungkai akhirnya.

Satu inisiatif yang bagus daripada pihak JAKIM dan akhirnya segala persoalan tentang kekeliruan identiti Sajat bakal terjawab. Harapnya beliau sudi untuk bertemu dengan Dr. Izwan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 16th, 2018

Baru-baru ini video Fazura mengatakan beliau mengidam selepas seorang wanita menegur beliau makan terlalu banyak menjadi viral. Ramai yang menyangka Fazura seakan memberikan “hint” beliau sedang hamil.

Namun, Fazura menafikan gosip tersebut dan menjelaskan video itu sekadar gurauan sahaja.  Jika benar beliau sudah hamil satu hari nanti, Fazura pasti akan mengumumkan berita gembira tersebut.

Sejujurnya, saya sendiri belum tahu yang saya hamil atau tidak. Saya belum melakukan sebarang pemeriksaan. Saya memang kuat makan pun.

 

Video tersebut hanya sebagai satu gurauan sahaja. Tak sangka perkara tersebut diperkatakan. Jika benar saya disahkan hamil, saya akan umumkan kepada semua pihak, Insya-Allah. Jika ada berita baik, pastinya saya akan kongsi. Buat masa sekarang, doakan yang baik-baik.

Fazura dan Fattah baru sahaja berkahwin, kata orang biarlah mereka menikmati masa dan manja berdua dahulu. Namun, siapa tahu berkat doa orang ramai ada rezeki pasangan merpati dua sejoli ini menimang cahaya mata awal. Hehe..

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | January 16th, 2018

Ketiadaan Datin Diana Danielle di balai polis dan ketika suaminya, Datuk Farid Kamil ke mahkamah mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen. Mereka mempersoalkan mengapa Diana tidak hadir memberikan sokongan kepada Farid di saat yang memerlukan ini apatah lagi suaminya itu mengalami tekanan perasaan.

Sekali lagi menerusi akaun Instagramnya, Diana mengakui tidak kisah dengan kata-kata netizen, apa yang penting Farid sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.

Sebelum Diana kembali menutup ruangan komennya di Instagram, kami sempat melihat beberapa peminat mendoakan agar Diana terus tabah menghadapi segala dugaan. Mereka akui cinta Diana buat Farid begitu besar dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

Semoga siasatan kes Farid berjalan dengan lancar dan harapnya mereka suami isteri dapat menempuhi ujian ini dan menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Written by Bella | January 16th, 2018

Vokalis kumpulan terkenal, The Cranberries iaitu Dolores O’Riordan meninggal dunia secara mengejut pada Isnin di sebuah hotel di London. Walaubagaimanapun, punca kematian beliau yang berusia 46 tahun masih belum diketahui.

Dolores dan The Cranberries mempunyai pengaruh yang cukup hebat ke atas muzik pop serta rock antarabangsa.

Kumpulan itu ditubuhkan di Limerick, Ireland pada 1989 dan turut dianggotai tiga ahli lain iaitu iaitu pemain gitar Noel Hogan, pemain bass Mike Hogan dan pemain drum Fergal Lawler. Mereka pernah berpecah apda tahun 2003 tetapi kembali bersatu sekitar tahun 2009.

Antara lagu hits mereka yang sehingga hari ini masih menjadi siulan ramai ialah Zombie, Linger, Dream dan Ode To My Family.

Pada 2017, mereka menghasilkan sebuah album akustik Something Else  dan telah mengadakan konsert jelajah di Eropah dan Amerika Syarikat.  Namun, mereka terpaksa membatalkan beberapa baki konsert tersebut kerana Dolores mengalami masalah tulang belakang.

Semestinya pemergian Dolores merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan antarabangsa selepas kes kematian Chris cornell dan Chester Bennington akibat bunuh diri. Takziah kepada keluarga dan peminat.

Page 3 of 3,48512345...102030...Last »