June 24th, 2020

Mendedahkan terdapat pihak yang cuba menyamar menjadi dirinya dengan cuba memperdaya pekerjanya melakukan pemindahan wang, penyanyi Lan Solo menyatakan individu tersebut menggunakan gambar yang sama dengan imej profil di aplikasi WhatsApp peribadi miliknya.

lan solo ditipu scammer

Menurut Lan, individu tersebut menghantar mesej kepada nombor bisnesnya yang diurus pekerja untuk pindahkan wang.

“Memang kebetulan ketika itu saya ada kerja di luar. Mungkin staf merasakan saya betul-betul tak sempat nak buat transaksi sebab mereka pelik memandangkan selama ini saya jarang berhubung terus dengan pekerja.”

View this post on Instagram

Gaisss.. HATI2.. . KORANG JANGAN TERTIPU DENGAN PENIPU NI OK.. . Dia guna gambar aku utk profil wasap dia pastu dia wasap admin kedai aku mintak transferkan duit ke akaun ustaz mana ntahhh.. . . Untuk owner number fon ni.. details kau aku dah dapat.. kau tunggu‼️. . #penipu #hatihati

A post shared by LAN SOLO 🇲🇾 KRISTALx (@lansolo_official) on

Bagaimanapun, nasib menyebelahi dirinya apabila pekerjanya sempat membuat semakan terlebih dahulu untuk bertanya sama ada nombor tersebut adalah sah atau tidak.

Terdahulu, Lan menerusi muat naik di Instagram mendedahkan individu tersebut meminta pekerjanya memindahkan wang berjumlah RM1,350 kepada nombor akaun yang palsu.

lan solo ditipu scammer

“Kemudian kami dapat tahu ada beberapa orang lain lagi juga berdepan situasi sama. Cuma, apabila kita cuba hubungi nombor tersebut semula, sudah tak aktif lagi.”

Malah, Lan juga bertindak memuat naik nombor telefon scammer tersebut sebagai usaha untuk mengekang isu ini dari terus berleluasa dan memastikan orang ramai juga tidak mudah ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab ini.

Sumber: Gempak

Advertisement
June 24th, 2020

Didakwa masih menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang, pelakon Fatin Afeefa dihentam hebat oleh warganet di laman Twitter.

fatin afeefa mabuk dengan suami orangPerkara itu didedahkan sendiri oleh seorang individu yang dikhabarkan merupakan isteri kepada lelaki terbabit di laman berkenaan.

Dakwa wanita tersebut, Fatin yang bakal berumah tangga dengan seorang lelaki bujang yang kaya masih tetap keluar bersama suaminya tanpa menghiraukan soal hati dan perasaan dirinya.

Malah, Fatin juga dilihat mabuk bersama suaminya di salah sebuah premis sekitar ibu kota. Menurut wanita itu, Fatin adalah seorang yang licik dengan penipuan. Beliau sering kali berlakuan tidak sopan dan sentiasa mendakwa dirinya difitnah masyarakat namun ia adalah cerita yang direka Fatin.

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Kredit – Gempak

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Kredit – Gempak

Pelakon itu juga dikatakan mengikut suami wanita itu bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralkohol.

 

Kata wanita itu, Fatin yang tidak mahu memperlihatkan sisi gelap dirinya didakwa suka memutar belitkan sesuatu fakta. Perkara tidak profesional itu sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap rumah tangga wanita tersebut.

Rata-rata pengguna laman Twitter seakan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan wanita itu. Malah, wujud juga segelintir pihak yang mahu video Fatin sedang mabuk ditularkan di media sosial sebagai bukti Fatin berkelakuan songsang.

fatin afeefa mabuk dengan suami orang

Bagaimanapun sehingga kini, kenyataan balas daripada Fatin masih belum terjawab. Fatin juga dianggap tidak serik berdepan segala kontroversi keretakan rumah tangga orang.

Terdahulu, Fatin yang merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu pernah dikaitkan dengan kontroversi selepas netizen menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan, namun mengambil pendekatan untuk sekadar berdiam diri dan tidak mahu menghiraukan isu terbabit kerana menganggap ia tidak berkaitan dengan dirinya.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013, namun ikatan suami isteri yang terbina itu terlerai selepas kedua-dua mereka disahkan bercerai pada tahun 2017.

Sumber: Gempak

Advertisement
June 24th, 2020

Semalam, penyanyi lagu ‘Hidup Dalam Mati’, Syamel telah berkongsi momen sambutan hari jadi Ernie Zakri yang ke-28 semalam.

Dia dilihat telah berkongsi foto sambutan hari jadi Ernie itu di laman instagram miliknya. Mereka berdua juga dilihat berpakaian sedondon dengan tema denim yang ternyata menarik perhatian peminat yang mengikuti perkembangan dua penyanyi yang sering berduet bersama ini.

View this post on Instagram

Happy 28th birthday Kak Ninie @erniezakri ? !!! Jom doakan Kak Ninie di ruangan comment ini cepat.

A post shared by @ syamel_official on

 Menyelusuri ruangan komen, ramai peminat yang mendoakan supaya kedua – duanya berjodohan di masa hadapan.

View this post on Instagram

Anyoung haseyo! jal bonaeda! ?. Kak Ninie @erniezakri cuba mempengaruhi bangmel since semalam ?

A post shared by @ syamel_official on

Syamel dan Ernie yang hits dengan lagu popular duet ‘Aku Cinta’ itu sebelum ini pernah digosipkan sedang bercinta namun dinafikan oleh kedua-duanya dan hanya menyifatkan hubungan mesra di antara mereka sebagai rakan baik.

Advertisement
June 24th, 2020

Tidak mahu memanjangkan lagi isu mengenai video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular tempoh hari, pelakon Fauzi Nawawi bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis agar individu yang menyebarkan video tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.

video capmelan fauzi nawawi

Menurut Fauzi, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu seakan sengaja mahu menjatuhkan kerjaya dan meruntuhkan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Lisdawati.

“Saya sebenarnya sudah banyak kali terkena. Dari zaman bujang, berkahwin, sebelum ada anak sehinggalah nak masuk umur 50 tahun ini, masih ada lagi perkara sebegini.”

Selepas dimaklumkan pengikut di Instagram, mereka menyatakan terdapat beberapa versi di laman Twitter. Ujarnya, perkara itu adalah yang paling teruk pernah menimpa dirinya.

video bogel capmelan fauzi nawawi

Tambahnya lagi, selain mengaibkan diri dan keluarganya, penyebaran video berkenaan juga sedikit sebanyak menggangu kerjaya seni. Malah, menyifatkan teknologi masa kini memungkinkan semua berlaku dengan niat sengaja mahu memburukkan seseorang.

“Memang rasa geram dan marah tapi tidak mahu layan sangat. Lagi satu, saya tak hairan sebab teknologi sekarang sudah melampaui akal fikiran. Apa saja boleh dibuat dan terjadi.”

Vide tersebut juga bukan sahaja mula tersebar di Malaysia semata-mata, namun ia juga dikhabarkan mula tular di Indonesia selepas mendapat kiriman mesej yang sama daripada peminat di negara jiran tersebut.

video capmelan fauzi nawawi

Bagaimanapun, menurut Fauzi, tindakan tidak bertanggungjawab ini seolah sengaja mahu menganiaya golongan selebriti sepertinya dan menjadikan ia sebagai profesion.

Sumber: Harian Metro

Advertisement