June 26th, 2020

Isu gangguan seksual dan perkosa bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Bahkan sampai ke hari ini, ramai yang masih menyalahkan mangsa atas insiden tidak diingini itu.

Terbaru, seorang individu telah menghantar soalan secara peribadi kepada Fynn Jamal dan meminta wanita itu supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rogol selain turut mendidik dirinya juga.

fynn jamal dikecam

Walaubagaimanapun, respons daripada Fynn Jamal nyata menimbulkan kemarahan ramai kerana dia sepertinya menyalahkan individu yang menghantar soalan tersebut.

Jelas Fynn, permintaan untuk tidak menyalahkan mangsa rogol ini adalah ajaran barat semata. Lebih memeranjatkan apabila wanita ini mengatakan gambar profil individu tersebut yang comel boleh menyebabkan lelaki naik nafsu.

“Tu muka berfilter bagai, bercomel comel. Kat entri bukan main gambar lawa dan mungil. Kiut miut. MENJEMPUT nafsu lelaki.”

Tambahnya lagi, perbuatan itu akan menyumbang kepada bukan sahaja individu tersebut malahan orang lain yang berada berdekatan akan menjadi mangsa nafsu lelaki.

Berterusan menunding jari kepada individu itu kerana memuat naik gambar comel, malah menuduh aksi sedemikian adalah untuk menarik perhatian orang lain.

Netizen kian berang apabila Fynn Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jikalau si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

“Kau tau tak Rasulullah berpesan pada para suami, kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat supaya terus balik dan laksanakannya ke atas isteri?”

Mendengarkan ‘nasihat’ Fynn Jamal yang tidak berasas dan seperti menuduh mangsa adalah sebab yang menyumbang kepada gangguan seksual yang dialami oleh mereka nyata menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai yang merasakan bahawa wanita itu sepertinya ‘diuji’ selepas berubah menjadi baik. Sentiasa menyangkakan bahawa apa yang disampaikan olehnya adalah betul.

fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam

Nampak seperti remeh, tetapi sebagai figura terkenal, Fynn Jamal sepertinya sering memberikan nasihat agama yang menimbulkan was-was kepada pengikutnya.

Sumber: Twitter

Advertisement
June 26th, 2020

Ramai yang nyata terkejut apabila penyanyi hip hop ‘lejen’ di Malaysia iaitu Joe Flizzow mengumumkan pertunangannya dengan wanita cantik bernama Marini Ramlan.

Pada awalnya, Joe dan juga Marini merancang untuk menamatkan zaman bujang pada April lepas tapi mungkin disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, mereka sah menikah pada hari ini (26 Jun).

joe flizzow dan marini ramlan kahwin

Perkhabaran gembira ini didedahkan oleh adik kepada Marini sendiri menerusi laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Covid wedding vibes. Pretty much thought of you as a brother a while back but welcome to the family officially @flizzow. @ninimarini_ you’re the prettiest bride I’ve ever seen. May you both be blessed with all the love in the world. Love you guys. Bride & Groom outfit: @tenun_pahang_diraja Kelingkan: Custom made in Jawa, Indonesia Make-up: @khirkhalid Hair: @ckay_liow #joeniniynwa #ninimarini #joeflizzow #flizzow

A post shared by Didi Ramlan (@misdeeds_) on

“Suasana kahwin COVID. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe. Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat.”

Sambutan yang sederhana tetap tidak mampu menahan kedua mempelai itu daripada tersenyum gembira selepas disatukan. Keduanya nampak bagai pinang dibelah dua apabila menyarungkan baju Melayu dan baju kurung berwarna krim.

Walaupun pasangan ini memulakan hubungan yang serius bermula tahun 2016, tetapi mereka sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. Wow!

joe flizzow dan marini ramlan kahwin

Entri tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada kenalan rapat pasangan itu. Rata-rata mendoakan kebahagiaan pengantin baru itu.

Bagi yang tidak mengetahui, Marini sebenarnya merupakan Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, wanita ini juga merupakan seorang pelukis yang berbakat.

Tahniah sekali lagi buat pasangan sama padan ini!

Kredit foto: KhirKhalid & AshrafIshak

Advertisement
June 26th, 2020

Dunia sekarang ini, mana boleh kita nak hidup tanpa Internet kan? Nak tak nak memang tiap-tiap hari kita akan menggunakan Internet untuk mengetahui perkembangan terkini dunia, kemaskini akaun sosial dan sebagainya. Tapi capaian Internet tue mestilah Internet Pantas dengan harga yang berbaloi. Kalau lembap macam siput lepas tue harga pun mahal, memang sakit hati dibuatnya.

Sepanjang menjadi seorang pengguna Internet tegar, pernah ke anda tertanya-tanya anda jenis kaki Internet yang mana satu? Adakah anda seorang kaki game, kaki layan video online atau seorang kaki sosial media?

Mesti anda teringin nak tahu kan? Ha, silalah jawab kuiz mudah di bawah ini untuk mengetahuinya:-

PS: Kalau tak load quiz dekat bawah ni, korang boleh refresh je.

Ha  dah tahu dah anda kaki yang mana satu? Sekiranya anda seorang kaki tak boleh hidup tanpa Internet  sampai  menggeletar tangan dibuatnya jika sehari tak dapat “online” dan data Internet “prepaid” anda sering habis dalam sekelip mata sehingga asyik nak kena “topup je”, jangan risau sebab ada jalan penyelesaiannya. Digi Prepaid NEXT yang serba baharu memang sangat sesuai untuk anda!

Cuma RM15 sahaja

Dengan harga serendah RM15, anda sudah boleh memiliki pek permulaan Digi Prepaid NEXT yang menawarkan 30 Hari Internet Pantas dengan 2GB data Internet, 1GB Internet promosi dan paling best, boleh Kekal Bersosial menerusi Facebook, Twitter dan juga Instagram tanpa had.

Sesuai sangat untuk mereka yang suka berkongsi kehidupan seharian mereka macam dalam diari.

Sentiasa aktif

Tahukah anda tempoh sah akaun dan internet untuk akaun “prepaid” anda selama ini adalah berasingan? Maksudnya walaupun anda telah “topup” data Internet, anda tetap kena bayar untuk pastikan “line” anda tak kena potong. Pelik kan? Ha, dengan Digi Prepaid Next 30 Hari Internet Pantas ini, anda boleh memanjangkan tempoh sah akaun dan Internet anda dengan membeli plan yang mempunyai ciri Always Active. Keliru? Meh sini kami terangkan:-

Sebagai contoh, sekiranya akaun anda akan tamat tempoh esok dan anda pun melanggan plan “Monthly Active” hari ini, maka tempoh sah akaun anda akan disambung selama 30 hari serta tidak akan mati pada keesokan hari. Ini bermakna anda tak perlu melakukan “topup airtime” tambahan untuk memastikan akaun anda aktif. Lebih mudah, lebih selesa dan lebih sempoi untuk sentiasa berhubung. Mudah kan dengan Digi Prepaid Next 30 Hari Internet Pantas ini?

6 Pilihan Plan Yang Berbaloi

Jika anda memang mengetahui yang diri anda seorang kaki Internet yang “extreme”, bolehlah memilih plan “bigBonus RM70” yang merupakan salah satu daripada 6 plan Digi Prepaid Next 30 Hari Internet Pantas ini. Setiap plan yang ditawarkan ada kelebihan masing-masing. Jadi pilihlah mengikut kesesuaian dan penggunaan diri anda. Kalau dah pilih plan tetapi masih tak cukup data? Jangan risau dengan menggunakan  “Monthly Plan Booster” anda boleh “topup” data Internet Pantas pada harga yang amat berpatutan.

Contohnya bayar RM8 sahaja untuk dapatkan 6GB Internet. Memang terlebih berbaloi!

Tunggu apa lagi?

Ha, kalau selama ini anda tercari-cari plan “prepaid” yang terbaik untuk anda, maka jawapannya tak lain tak bukan adalah Digi Prepaid Next. Dengan 30 Hari Internet Pantas, Digi Prepaid Next ini memang banyak sangat kelebihan berbanding dengan pakej prepaid daripada syarikat telekomunikasi yang lain.

Itu belum kira pelbagai bonus dan ganjaran yang bakal diperolehi apabila anda menguruskan akaun anda menerusi applikasi MyDigi. Ada ekstra Internet sehingga 2GB, 10% kredit PERCUMA, percuma mata ganjaran 5GB bila “topup” RM30 dan macam-macam lagilah. Memang berbaloi-baloi.

Jadi tunggu apa lagi? Jom jadi sebahagian daripada Digi Prepaid Next hari ini juga. Maklumat lanjut layari laman rasmi Digi

Advertisement
June 26th, 2020

Masihkah anda ingat dengan kisah kononnya Datuk Aliff Syukri yang dikatakan telah memukul anak angkatnya, Ameenah Alip Syah? Insiden itu dilaporkan sendiri oleh pembantu rumah usahawan tersebut sehari selepas kejadian itu.

Bukan itu sahaja, pada ketika itu, turut tersebar salinan laporan polis yang turut tertera nama Datuk Aliff Syukri dan anak angkatnya, Ameenah lantas memarakkan lagi api gosip itu.

aliff syukri ameena

Pun begitu, Aliff Syukri menerusi satu entri di laman Instagram rasminya mendedahkan bahawa kes tersebut sudah selesai apabila mahkamah memutuskan dia tidak bersalah.

 

View this post on Instagram

 

Budak lasak jatuh motor @baemadham_terlajaklaris dan dia akan kembangkan hidung tanda dia bersalah… klau ameenah kena mahu kes polis?? btw kes ameenah mahkamah dah putuskan yg sy x bersalah hanya berunsur fitnah..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menceritakan keadaan Baem yang cedera dek jatuh motosikal, usahawan itu sempat menyelit dengan selambanya mengenai kes pukul Ameenah itu.

“Kalau Ameenah kena (cedera) mahu kes polis. By the way, kes Ameenah mahkamah dah putuskan yang saya tak bersalah, hanya berunsur fitnah!”

aliff syukri ameena

Rata-rata pengikut usahawan kosmetik itu meluahkan rasa syukur dan gembira dengan berita tersebut. Bahkan mereka yakin Ameenah dijaga dengan baik oleh kesemua ahli keluarga Aliff Syukri.

Advertisement