Written by Bella | June 26th, 2019

Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini akui dia dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya.

Elly mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka muda berusia 28 tahun pada tahun hadapan dan cukup teruja untuk menunggu hari tersebut.

Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan paling istimewa. Saya tidak sabar menunggu hari paling bermakna kami yang dijangka berlangsung pada 2020.

Kali ini, Elly memberitahu dia mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah. Elly menganggap perkahwinan yang bakal berlangsung itu adalah yang ‘pertama’ buat dirinya.

Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah mama baru sahaja meninggal ketika itu. Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 26th, 2019

Penampilan terbaru pelakon Lisa Surihani  yang manis bertudung selepas pulang dariapda menunanikan ibadah Umrah mula menarik perhatian netizen. Memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di akaun Instagram, ramai yang memuji Lisa kelihatan lebih cantik.

Sedar mengenai perkara itu, Lisa mengakui keputusan untuk kekal bertudung atau sebaliknya terlalu peribadi. Kata Lisa, dia bertudung bukan kerana hendak menunjuk dirinya baik ataupun meraiah pujian.

Bertudung tanpa paksaan sesiapa, Lisa berharap dia dapat kekal istiqamah dan melakukannya dengan niat kerana Allah SWT.

Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan. Ia sangat peribadi, Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini.

Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa.

Tiada manusia yang sempurna dan pasti tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan, oleh itu Lisa mahu berubah secara perlahan-lahan agar dirinya lebih menganjak ke hadapan dalam soal menutup aurat dan bukannya ke belakang.

Dalam melakukan perubahan pasti akan ada cabarannya, tetapi kami doakan agar Lisa terus kuat dan kekal istiqamah berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 26th, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi BBNU popular, Ismail Izzani? Memang pujaan ramai gadis-gadis remaja di luar sana.

Melakukan sedikit transformasi pada badannya yang kelihatan lebih tegap, Ismail akui dia menerima pelbagai mesej tidak senonoh. Malah, sehingga sampai tahap peminat tanpa perasaan segan mempelawanya untuk bermalam, ‘tidur’ bersama.

Saya tak nafikan ada menerima pelbagai mesej lucah daripada individu tidak dikenali. Kebanyakannya menghantar mesej di media sosial saya.

Antara mesej paling mengarut apabila ada yang mengajak saya bermalam bersamanya. Katanya, dia sanggup bayar saya hingga RM500.

Bagaimanapun, Ismail berkata dia tidak ambil serius perkara tersebut dan menganggap ia perkara biasa yang perlu dihadapi sebagai seorang artis.

Memang macam-macam ragam peminat fanatik, Ismail turut mendedahkan ada juga peminat yang sanggup mengekorinya hingga ke tandas.

Bila dah terlampau minat seseorang artis, peminat sanggup lakukan apa sahaja. Apa-apa pun, ia sebenarnya ujian dan cabaran untuk Ismail. Bukan senang untuk bergelar anak seni.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | June 25th, 2019

Pernah memberikan bayangan dia ingin rujuk semula dengan Bella Astillah, kali ini penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menyatakan hasrat yang sama.

Aliff akui bekas isterinya itu seorang wanita yang baik dan sudah banyak berkorban, tiada wanita lain yang mampu menandinginya. Sentiasa berada di sisi Aliff saat susah dan senang.

Kata Aliff, ketika itu dia tidak menghargai segala pengorbanan Bella dan bersikap angkuh serta mengambil mudah soal perasaan bekas isterinya.

Bella seorang wanita yang kalau saya cari lain pun selepas ini, pasti takkan jumpa sepertinya. Kini, saya juga tahu ramai orang bertepuk tangan dan ada juga yang mengatakan saya berhak mendapatkan balasan sebegini.

Apapun, saya sangat berterima kasih dengan Bella kerana sanggup bersama saya selama lima tahun ini. Saya juga minta maaf dari hujung rambut sampai kaki pada Bella dan keluarganya di atas segala kesilapan yang sudah dilakukan.

Aliff selalu berdoa semoga ada jodoh lagi dengan Bella, peluang kedua untuk mereka bersama semula.

Jodoh ditentukan Allah dan saya harus terus berdoa semoga ada peluang kedua dalam perhubungan kami.

Lumrah manusia, kita hanya akan mula menghargai setelah semuanya pergi. Masih tidak terlambat untuk Aliff berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Page 2 of 4,02812345...102030...Last »