June 29th, 2020

Tidak mampu menyembunyikan keterujaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung dalam hidupnya, pelakon tampan Fattah Amin mendedahkan dirinya dan isteri, Fazura akan berkomunikasi dengan anak mereka dalam perut setiap hari.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Menurut Fattah, beliau kini bagai tidak dapat membayangkan apabila anak mereka lahir ke dunia nanti malah turut menyatakan ia pasti seakan menjadi penyeri hidup dirinya dan isteri.

“Setiap hari jika ada di rumah atau balik kerja, saya dan isteri akan membiasakan berkomunikasi dengan anak dalam perut. Betapa tak sabar kami untuk mengalukan kedatangan zuriat ini.”

Dalam pada itu, Fattah dan isteri kini difahamkan telah mengetahui jantina anak mereka namun mengambil pendekatan untuk merahsiakan terlebih dahulu dan akan mengumumkan kelak apabila tiba waktu yang sesuai.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

“Biarlah menjadi rahsia dahulu. Kami tak mahu berkongsi lagi jantina anak. Apabila tiba waktu yang sesuai, pasti saya dan isteri umumkan.”

Tambah Fattah, beliau bersyukur kerana dapat menjaga dan meluangkan banyak masa bersama isteri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun sehingga kini masih belum sempat untuk membeli barangan keperluan bayi.

fattah amin sembang dengan anak dalam perut setiap hari

Untuk rekod, pasangan yang popular dengan panggilan Fattzura ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan menerusi drama bersiri, Hero Seorang Cinderella. Kandungan Fazura yang memasuki usia enam bulan kini dikatakan bakal melahirkan anak sulung mereka pada Oktober depan.

Sumber: BH Online

Advertisement
June 29th, 2020

Pembaca berita dan juga personaliti TV, Hawa Rizwana Redzuan baru-baru ini ada berkongsi pengalaman cemas apabila dikejar sekumpulan anjing liar ketika sedang beriadah pada jumaat yang lalu.

Dia yang berkongsi pengalaman itu di laman Twitter berkata, dia telah terserempak dengan sekumpulan anjing yang kemudian cuba untuk mengejarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

Do not ask weekend ni ride mana ? jom Wanita Hari Ini, resepi variasi kudapan. Ada kerepek pisang, rempeyek, cakar ayam macam macam lagi! See you ? MUA @mawarmakeup_6982 Styled by @iiiiiiiikin ? @shawlpublika

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

 Pengacara program Wanita Hari Ini itu turut mengucapkan terima kasih dan turut mendoakan individu yang telah memberhentikan kenderaan supaya dia dapat menyelamatkan diri itu supaya sentiasa dalam rahmat Allah. Menurut Hawa, insan berhati mulia yang kebetulan melalui kawasan itu telah mengajak dia menaiki kenderaan dan membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Rata-rata peminat turut menasihati Hawa supaya memilih tempat yang lebih selamat untuk beriadah di kemudian hari.

Advertisement
June 29th, 2020

Mengambil pendekatan untuk mengenakan hijab setiap kali bertemu bulan Ramadan, nama penyanyi Zizi Kirana sering menjadi bualan netizen kerana berpenampilan sopan sepanjang bulan tersebut. Namun ramai juga kurang senang dengan tindakan Zizi yang tampil membuka semula tudung dan kembali dengan imej seksi.

zizi kirana didekati golongan ustaz

Menurut Zizi, beliau mengambil pendekatan untuk berhijab sekadar mahu menghormati bulan Ramadan dan bukanlah bersifat kekal. Hal ini kerana, dirinya masih belum bersedia untuk bertudung.

Kata Zizi, dirinya sentiasa berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan berdoa agar  Zizi bertemu jodoh yang baik serta tidak menolak andai dijodohkan dengan golongan kuat agama seperti ustaz.

Susulan pendedahan itu, Zizi akui ramai dalam kalangan ustaz mula mendekati dirinya. Malah akui terkejut menerima mesej peribadi daripada ramai lelaki yang mengatakan diri mereka seorang ustaz.

zizi kirana didekati golongan ustaz

“Tidak dinafikan, ramai golongan ustaz mula mendekati. Saya sendiri terkejut apabila pengurus menunjukkan mesej peribadi yang dihantar ramai lelaki yang mendakwa diri mereka adalah ustaz.”

Bagaimanapun Zizi tampil menjelaskan dirinya kini lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. Malah mempersoalkan apa yang mereka nampak dalam dirinya hingga ingin berkenalan sedangkan Zizi akui golongan ustaz selalunya mencari pasangan yang menutup aurat.

zizi kirana didekati golongan ustaz

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zizi dikhabarkan menerima mesej lucah daripada seorang remaja bawah umur yang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks, namun Zizi yang popular dengan sikap profesionalnya tampil menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkan insan tersebut supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Sumber: BH Online

Advertisement
June 29th, 2020

Penyanyi dan pelakon yang semakin meningkat naik, Ayda Jebat telah berkongsi video persembahan ketika di awal penglibatannya dalam bidang seni iaitu ketika dalam program realiti, Akademi Fantasia musim yang ke-9 pada tahun 2011 yang lalu.

Dia walau bagaimanapun tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana sudah disingkirkan ketika pusingan awal program itu diadakan.

Dalam entri tersebut, Ayda yang kini tunangan pengacara Nabil Mahir telah memuat naik sedutan video dia sedang menyanyi dan menari lagu tema Akademi Fantasia (AF), Menuju Puncak bersama peserta-peserta AF yang lain.

 Meskipun tersingkir awal dan tiada rezeki untuk terus beraksi dalam program kegemaran ramai itu, Ayda mengakui sebab dia tersingkir adalah kerana persembahannya ketika itu seperti baru saja keluar dari tandas dan hanya ‘biasa-biasa’ sahaja.

View this post on Instagram

?? . Okay sebab dekat twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF?’ ‘Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?’ Yes. Akademi Fantasia 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar dari toilet, biasa biasa, tah pape. ? . Dulu bila keluar lagu Menuju Puncak, confirm rasa nak terkencing, takut terkeluar. Tapi ternyata apa yang Allah atur tu tepat. Yang pasti buat kamu pasti untuk kamu. Jangan berhenti usaha. ?? ___ . Terkeluar dan kalah awal, Dari bawah kita belajar dan kekal, Tanpa disangkal. . Love, AJ. . #AydaJebat #AF9 #SASSU #MenujuPuncak #AJscreamer #SedihPulakTengokNi #BukanMudahMenyusunTanggaKeAngkasa

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Okay sebab dekat twitter ramai tanya ‘Betul ke Ayda Jebat dari AF? Awal sangat ke dia terkeluar sebab taktau pun dia masuk AF?’ Yes. Akademi Fantasi 9, tahun 2011. Dikeluarkan dari AF9 sebab perform macam baru keluar toilet, biasa-biasa, tah pape,”

Namun, menurutnya walaupun gagal pada peringkat awal, dia tidak sesekali berhenti berusaha dan menganggap apa yang telah diaturkan oleh Allah itu tepat.

Kini, ramai yang mengagumi semangat dan kesungguhan Ayda yang berusaha menempatkan diri dalam dunia seni meskipun pada awalnya sukar dan tidak mudah.

Perkongsian Ayda itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat kerana ramai yang tidak mengetahui kemunculan awal pelantun lagu Temberang itu adalah melalui program realiti TV Akademi Fantasia.

Advertisement