August 10th, 2020

Membawa watak Nurul dalam drama yang mencetuskan fenomena, 7 Hari Mencintaiku 2, ternyata telah memberi impak besar terhadap kerjaya pelakon baru, Wafariena Roslan,25. Mana tidaknya, gara-gara watak tersebut, dia telah diugut untuk disimbah dengan asid serta mendapat mesej maki hamun yang tidak henti-henti oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Dia yang membawa watak jahat dalam telefilem berkenaan telah benar-benar memberi kesan kepada penonton di luar sana sehinggakan ada yang bertindak di luar batasan. Walau bagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat dan memberi kesan kepada gadis kelahiran Pulau Pinang itu.

Menurut Wafa, hampir setiap hari dia menerima mesej melalui DM Instagram miliknya. Mesej-mesej berupa maki hamun dan kejian penonton bagi pelakon ini adalah penanda aras kepada tahap lakonannya.

“Walaupun kena maki hamun, saya gembira akhirnya penonton menyedari kewujudan saya. Saya dah jangka watak Nurul Ain akan memberi impak besar. Ada yang panggil saya dengan gelaran yang tidak baik, paling lucu apabila ada yang mengambil gambar mereka sedang meletakkan kaki pada muka saya di skrin TV, kemudian menghantarnya kepada saya,”

Menurutnya lagi, dia pernah diugut untuk disimbah asid ke wajahnya. Namun dia bersyukur kerana kewajipan untuk memakai penutup muka kini menjadikan agak sukar untuk dirinya dicam dan dijadikan sasaran orang yang tidak bertanggungjawab.

Malah, dia pernah dicaci secara tiba-tiba oleh seorang makcik ketika sedang makan kerana terlalu membenci watak Nurul Ain, namun dapat ditenangkan oleh Wafa.

View this post on Instagram

“Mana pmpwan gila tu” ? #7harimencintaiku2 #nurulain #tv3

A post shared by ????? ??????? ????? ???? (@wafarienaroslan) on

 Wafa yang mula ‘terjun’ ke dalam bidang lakonan sejak tahun lalu kini merasa bersyukur kerana drama bersiri pertama yang dibintanginya kini meninggalkan kesan kepada penonton di luar sana.

“Mungkin ini adalah permulaan baik untuk pelakon baru seperti saya. Sebelum ini saya pernah menjayakan beberapa telefilem tetapi lakonan belum cukup menyerlah. Berbeza pula dengan watak kali ini. Alhamdullilah, tawaran berlakon pun semakin banyak diterima. Sebagai pelakon baru tak boleh memilih watak sangat, jadi saya terima apa saja tawaran untuk mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang lakonan,”

Sekadar info, Wafa sebelum ini pernah mencuba nasib dalam bidang nyanyian dan kini bernaung di bawah syarikat MAP Music dan sedang sibuk mempromosikan single pertama berjudul Carilah Aku.

 Dia turut fasih berbahasa mandarin dan pernah bekerja sebagai penyanyi sambilan dan turut mengikuti pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Berita Harian

August 10th, 2020

Tampil memberi reaksi kepada kritikan pengarah Michael Ang mengenai dirinya menerusi sebuah video di Instagram semalam, pelakon tampan Fikry Ibrahim bertindak meninggalkan komen di entri yang dimuat naik Michael berhubung kenyataan sindiran terhadap dirinya.

michael ang tempelak fikry ibrahim

Menerusi video tersebut, Michael dilihat menempelak Fikry selepas pelakon itu membuat kenyataan berkaitan seorang pengarah dalam sebuah program TV.

Tidak hanya mahu berdiam diri, Fikry menitip ucapan “Alhamdulillah” di ruangan komen posting tersebut.

Respon itu bagaimanapun telah mengundang perhatian netizen sehingga ada yang mendakwa Fikry lupa daratan sedangkan Michael adalah orang pertama yang memberi peluang untuk dirinya menceburi bidang lakonan.

michael ang tempelak fikry ibrahim

“Lupa daratan Fikry Ibrahim, kau popular pun sebab Michael Ang orang pertama ambil kau berlakon dalam drama dia, dari situ orang kenal kau, sedar diri sikit.”

Tidak mahu memanjangkan kata-kata, Michael hanya mengaminkan respon balas Fikry itu.

Terdahulu, Michael membidas dakwaan Fikry Ibrahim mengenai dakwaan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon.

michael ang tempelak fikry ibrahim

Malah, Michael juga turut mendedahkan perangai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program.

Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan.

View this post on Instagram

@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response i! Semua org tahu Kalau aku nak sembur org aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj! Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list Pelakon yang I nak. Station yg nak walaupun i dah cakap kalau boleh i tak nak guna u selepas mengenali perangai u masa shoot Rahsia Hati Perempuan and tahu apa u buat kat set Akasia. Tapi station nak sgt I offer u. Kalau ikut logic bila u tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih and pada 2 -3 org yg dm aku nak defend idola u all Sila tgk video ni and hadamkan jugak! Luv u all stay safe. FOOTNOTE : KAU ORG NI PUN NAK KOMEN SILA TAHU FACTS YA! POSTING AKU NI MEMBALAS APA ORG MULAKAN DULU NYA. BAGI AKU THIS ISSUE IS NOTHING JUST DEFENDING MYSELF!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau?”

Sebelum ini, Fikry dalam sebuah kenyataan mengatakan seorang pengarah mendakwa dirinya penipu yang melibatkan sebuah drama.

August 10th, 2020

Pelakon filem Congkak, Erynne Erynna dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pagi tadi iaitu pada 9 Ogos 2020 jam 2.31 pagi.

Berita tersebut telah dikongsi oleh Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun instagram peribadi miliknya.

Dia turut mengumumkan nama yang dipilih untuk bayi perempuan yang baru dilahirkannya itu.

“Alhamdullilah, syukur segala puji bagi Allah, saya berasa sangat bersyukur atas semuanya. Medinah, dilahirkan pada 9th Ogos 2020 pada jam 2.31 pagi,”

Erynne turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan proses kehamilannya dan bersyukur kerana telah dipermudahkan urusan kelahiran anak pertamanya itu.

 Erynne sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan iaitu Afify Sazali pada April 2019 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Erynne dan pasangan!

August 10th, 2020

Sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur hari ini, pelakon dan pengarah Opie Zami melafazkan cerai terhadap Zamzarina, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – BH Online

Menurutnya, beliau reda dan memenuhi permintaan bekas isterinya itu yang mahu menuntut cerai.

“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.”

Mengakui isterinya seorang yang baik, bagaimanapun, punca penceraian terlalu peribadi untuk dirinya berkongsi kepada umum.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – BH Online

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Ahmad Mahir memerintahkan Zamzarina untuk melalui proses tempoh edah selama tiga bulan.

Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail @Zanudin, manakala Opie tidak diwakili peguam.

“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.”

Ujar Opie, sebelum ini juga beliau telah beberapa kali hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Saya Gagal Membentuknya Menjadi Isteri Mithali" - Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu

Kredit – Harian Metro

“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.”

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, Aliff Shah Syedi, dan Arrif Shah Saidi.

Sumber: BH Online, Harian Metro