July 1st, 2020

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi kongsi berita tersebut di laman Instagramnya.

zed zaidi dilantik ajk finas

Menurut Zed, pelantikan tersebut dibuat hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 18 Jun 2020.

Zed menerusi pekongsian di laman berkenaan turut mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan FINAS.

View this post on Instagram

Alhamdulillah saya akan menjaga amanah & menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA & FINAS. @kkmm_gov @finasmalaysia @persatuansenimanmalaysia

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on

“Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA & FINAS.”

Tambah Zed, dirinya akan terus memperjuangkan hak kebajikan anak seni seperti yang dilakukan pihak Seniman sebelum ini. Malah selain kebajikan, beliau juga akan memberi fokus kepada benda-benda lain secara menyeluruh.

Disoal andai wujud pihak mempertikaikan jawatannya dalam FINAS, Zed menyatakan beliau langsung tidak peduli tohmahan orang terutamnya yang bersifat negative sejak dulu lagi.

zed zaidi dilantik ajk finas

“Bagi saya, kalau tak ada orang yang mengecam maknanya tak nampaklah perjuangan kita tu.”

Zed bagaimanapun turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), CEO FINAS dan Majlis Tertinggi FINAS kerana mengambil tahu tentang kerja yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya perjuangan kita (Seniman) selama ini diiktiraf oleh FINAS dan Kementerian, jadi saya amat bangga dengan pencapaian yang telah kita buat sebelum ini.”

Malah, mengakui pengiktirafan ini akan menjadi contoh kepada orang lain untuk melakukan lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Gempak

Advertisement
July 1st, 2020

Pelakon dan usahawan terkemuka tanah air, Rozita Che Wan dedah kaki kirinya terseliuh ketika dalam penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong.

kaki che ta terseliuh

Insiden itu berlaku selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya sehingga menyebabkan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta terjatuh di lokasi penggambaran.

“Betullah malang tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.”

Namun, tindakan drastik dilakukan penerbit drama berkenaan dengan pantas membawanya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

kaki che ta terseliuh

Disoal berkenaan keadaan kakiknya, Che Ta kini dikhabarkan risau dengen penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.

“Selain Dayang Senandung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas. Huru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat.”

Bagaimanapun, pelakon senior ini tetap sedia untuk menjayakan watak lakonannya andai pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan duduk.

kaki che ta terseliuh

“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set.”

Terdahulu, produksi yang menerbitkan drama Dayang Senandung ini iaitu Zeel Production turut dihimpit kontroversi apabila pelakon Wani Kayrie menampilkan wajah dicat hitam sambil menari di aplikasi TikTok dihentam teruk oleh netizen, malah tindakannya itu dituduh tidak sensitif dan dianggap bersikap perkauman.

kaki che ta terseliuh

Lebih perit, satu petisyen diwujudkan bagi membantah penggambaran drama berkenaan diteruskan. Namun, Wani berpenampilan sedemikian kerana membawakan watak Dayang Senandung untuk drama terbaharu terbitan produksi tersebut

Sumber: BH Online

Advertisement
July 1st, 2020

Sering menerima mesej-mesej aneh dan pelik, pengusaha kosmetik dan jurusolek, Alha Alfa yang baru mendapat gelaran duda setelah bercerai hanya selepas 6 bulan bernikah mengakui ‘seram’ untuk membuka pesanan mesej terutamanya di laman Instagram.

Alha berkata, meskipun dibanjiri dengan mesej peminat yang ingin menjadikannya sebagai suami, dia sama sekali tidak melayan pesanan sedemikian kerana tidak tahu apa niat sebenar individu yang cuba untuk mendekatinya.

Lebih menyeramkan, dia juga sering menerima mesej pelik seperti jampi dan ayat-ayat seperti mantera bomoh.

View this post on Instagram

takde trkeluar dr mulut selain pekataan BANGGA! ni bkn nak ank tirikan stokis lain tau..tggu jap nanti lepas COVID-19 habis, sy pusing smua stokis2 sy yg lain yg turut membanggakan!! ape yg sy nak share skit pasal gamba ni, sbg inspirasi anda! 3 thb lepas, kami borak2 di warung tepi jln sambil mkn tomyam..time tu sy baru start buat product, stokis pn sorg dua je, itu pun restock guna 2-3 plastik tesco tu je ? punya lah xserius nk business..nak “suka2” je..dan dlm masa sama sy panggil @ayshaalam.makeup utk jd model m.up sy time tu..tema bollywood! ahhahah..lepas setel live, ajak g mkn, aysha pun cerita kesempitan kewangan, kesempitan hidup,impian beliau bsar sgt n bakat beliau besar sgt dlm dunia business, sy pun time tu business kecik2 xde pinjaman..so product pn buat sikit, jual time live FB je, website pn xde lg time tu ?? aysha plk muka jenis peluh xigt dunia..selalu pakai foundation mesti pecah..sekali time tu sy m.up pakai ROYAL PROPOLIS FOUNDATION yg the bomb tu, sambil lepak warung tepi jln tu, die kagum m.up die tak rosak2! pas2 dia tny boleh ke nak jd stokis nk jual product sy? tp modal xberapa ada,sy pun xterfikir lagi time tu brpa eh nk letak kat aysha ni nk jd stokis? suka hatilah..amikla brg ape yg aysha rasa nak jual tu..rasanya modal time tu ada lah 1k-2k cam2 ? sy cakap aysha msti oneday akn jd org yg hebat! sbb aura n positivity yg ada pd diri die tu mmg sy tau org mcmni mmg hebat berniaga..aysha start jual kt umah,xsmpi bpe hari nk beli lg barang,igt lagi time tu i yg sediakan brg u tau aysha,siap bleh tlg angkat masuk keta tau! sbb ape? sbb sekotak kecik je..haha! now?? jgn tny lah..die dtg bawak lorry ??????? selalu call sy nanges2 mntak semangat, org kutuk product sy product psr malam, org kata sy xpndai meniaga, meniaga xde ilmu dll, dlm masa sama sy belajar, sy bangun byk kali time tersadung, sy kene kuat sbbkan org macam aysha ni n stokis2 lain nak cari duit dgn product sy..sy tau ramai founder2 lain nak curik stokis2 hebat sy siap nak bg barang free, n suruh jual dlu baru byr pn ada, tapi mereka setia tau! heheheh insha allah rezeki allah tu luas, tahniah aysha ada outlet ALHA ALFA SHAH ALAM dah!! sumpah bangga! go go go! ??

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa) on

“Saya selalu dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik. Menakutkan, jampi jampi ayat macam mantera la apa la. Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang-orang kita, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan. Astagfirullahaladzim, bawa-bawa mengucap,”

Dia telah memuat naik tangkap layar perbualan daripada individu yang tidak dikenali itu yang meminta Alha supaya tidak meninggalkan dan bertanyakan apakah salah dirinya. Individu tersebut juga turut meluahkan rasa sayang dan suka kepada Alha Alfa.

Mengimbas kembali, jurusolek dan juga pengeluar barangan kosmetik berjenama Alha Alfa itu telah mendedahkan dirinya sudah sebulan bergelar duda pada April lalu hanya setelah 6 bulan mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri, Azlin.

Malah, sejurus selepas bercerai, Alha turut dilamar oleh ibu-bapa wanita yang mahu menjadikan dirinya sebagai menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja dan hantaran yang tinggi.

Advertisement
July 1st, 2020

Mendedahkan dirinya sering dijadikan bahan kutukan dan mangsa ejekan semasa zaman persekolahan terutamanya ketika menuntut di tingkatan satu dan dua, pelantun lagu “Nak Ke Tak Nak” Zizi Kirana akui langsung tidak menghiraukan segala hinaan tersebut.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

Menurut Zizi, meskipun menerima pelbagai gelaran dan panggilan, namun dirinya yang popular dengan sikap profesional memilih untuk memperdulikan segala caci maki tersebut.

Pendedahan itu dikongsi Zizi sendiri menerusi beberapa muat naik di Instagram Story semalam.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

“Macam-macam ejakan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah, diejek sebab pendek, hitam, gigi arnab, jongang tapi lama-lama saya dah biasa dan tak ambik kisah.”

Ujar Zizi, disebabkan kejadian itu, Zizi dikhabarkan agak memilih untuk berkawan rapat dengan rakan perempuan.

“Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu sebab tu sampai sekarang saya sangat memilih berkawan dengan perempuan.”

Katanya lebih baik sikit bilangan kawan rapat daripada dikelilingi dengan orang yang bermasalah. Malah menegaskan sesetangah pihak seakan mengambil kesempatan sahaja ketika berkawan namun langsung tidak boleh menerima kelebihan orang lain.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

“Kadang ada yang mengaku kawan baik selamanya (BFF) walhal tak boleh terima kalau BFF kau ada kelebihan sedikit. Kesian! Eh! Jangan terasa kalau tak betul!”

Zizi bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang pernah dibuli atau dijadikan bahan lawak individu tidak bertanggungjawab supaya bangkit dan pedulikan segala tohamahan itu.

Malah di akhir perkongsiannya itu, Zizi sempat menyindir individu terbabit supaya jangan terasa mudah terasa terhadap kenyataanya itu.

Advertisement