Written by Bella | June 19th, 2019

Nama pelakon tampan, Ariff Aziz tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media sosial apabila rumah tangga yang dibina bersama penerbit Datuk A. Aida runtuh selepas 10 bulan melayari bahtera perkahwinan.

Tidak sampai 24 jam selepas penerbit  itu mengumumkan dia sudah bercerai buat kali keempat, Ariff akhirnya tampil membuka mulut.

Menerusi akaun Instagramnya, Ariff berkata sudah lama dia tidak mendapat perhatian seakan orang yang penting seperti apa yang dirasainya semalam.

Rata-rata pengikutnya memberikan komen positif agar Ariff kekal tabah menghadapi dugaan tetapi siapa sangka,  ada ramai juga peminat yang ingin menggodanya, siap berikan gelaran duda ‘hot’ kepada pelakon lelaki itu.

Terdahulu, A. Aida dan Arif disatukan sebagai suami isteri pada 21 Julai tahun lalu selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Mereka disahkan bercerai pada 25 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | June 19th, 2019

Bahagia cuma seketika, itulah perkataan yang menggambarkan perkahwinan penerbit popular, Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz yang hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.

Bercerai buat kali keempat, A. Aida akui beliau redha dengan ketentuan takdir dan menganggap mereka sudah tidak ada jodoh.

Pelbagai spekulasi mengenai perpisahan itu dikatakan oleh netizen. A. Aida menafikan dakwaan kononnya sikap cemburu Ariff dan soal wang punca mereka bercerai. Menurutnya, dia tidak kisah langsung mengenai harta mahupun pekerjaan seorang lelaki itu, A. Aida hanya mendambakan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang. Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa.

Dalam pada itu, A. Aida akui tempoh perkenalan yang singkat sebelum mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam mungkin salah satu faktor perkahwinannya dengan Ariff runtuh. Untuk makluman, mereka berkenalan secara rapat dalam tempoh dua minggu sahaja sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia. Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.

Jodoh, pertemuan dan ajal semuanya ditangan Allah SWT. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang berkahwin inginkan perceraian, tetapi siapa tahu derita hati yang ditanggung oleh A. Aida. Mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | June 19th, 2019

Selepas 35 hari dipenjara sejak 15 Mei lalu atas tuduhan dadah, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil kini dibenarkan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sembilan yang dijalaninya ketika ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.

Dalam keputusannya itu, Ab Karim memerintahkan Farid dijamin dengan RM10,000 dengan syarat dia harus menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

View this post on Instagram

Farid Kamil dibenar tangguh hukuman

A post shared by Berita Harian (@beritaharian) on

Farid ketika ditemui pihak media di luar mahkamah meluahkan rasa syukur tidak terhingga dengan keputusan itu.

Insya-Allah, semuanya Allah permudahkan.

Terdahulu,  pada 15 Mei lalu, Farid dihukum penjara sembilan bulan dan diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada Januari tahun lalu.

Dalam prosiding itu juga, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Farid kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara berkenaan diperintah bermula tarikh sabitan, iaitu pada hari sama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Instagram Berita Harian

Kredit Foto : Roslin Mat Tahir

Written by Bella | June 19th, 2019

Sebelum ini kecoh dengan kontroversi pelakon yang popular menerusi filem Paskal iaitu Ammar Alfian yang didakwa telah berlaku curang saat isterinya sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Tentunya isu melibatkan kecurangan mendapat perhatian dan menimbulkan kemarahan netizen apatah lagi tersebar beberapa bukti perbualan WhatsApp dimana Ammar mengaku seorang penipu dan dia sememangnya curang.  Namun, Ammar mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak membicarakan soal kemelut rumah tangganya itu lagi.

Terbaru, Ammar menerusi Instagram Story memuat naik foto meluahkan rasa terujanya untuk menyambut kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.

Keterujaan Ammar itu turut mendapat perhatian isterinya, Nelissa Nezam yang kemudiannya membalas semula kenyataan suaminya itu dengan sindiran padu, menggunakan petikan kata-kata daripada artis antarabangsa John Legend.

Ammar dan juga Nelissa yang merupakan seorang model antarabangsa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Nelissa kini sedang hamil tujuh bulan.

Sumber Berita : Media Hiburan

Page 10 of 4,028« First...89101112...203040...Last »