Written by serenity | October 3rd, 2011

Orang cakap, majlis sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi.

Majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang digembar-gemburkan bernilai RM 12 juta oleh pihak Rafflesia 28 September lepas menimbulkan kontroversi terbaru apabila kakak Norman Hakim yang bernama Norish Zaid telah mengeluarkan kenyataan tentang majlis tersebut, khususnya kepada chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan di ruangan komen portal berita MyNewsHub.

“Personally I felt a number of Chef Wan’s statements were a little bit too much. (Secara peribadi, saya merasakan beberapa komen Chef Wan sebagai agak keterlaluan). Especially ‘menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh & Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun. Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.’ IS ACTUALLY TOO MUCH”.

Sebenarnya kami agak pening dengan kesalahan tatabahasa Inggeris di komen tersebut, dan tertanya-tanya mengapa beliau tidak menggunakan bahasa Melayu saja.

Menurut Norish, mereka dan pasangan tersebut dilayan dengan baik oleh pihak penaja dan Rafflesia dari awal lagi memaklumkan bahawa majlis berkenaan sememangnya bertujuan untuk mempromosikan industri mutiara negara dan perkahwinan itu ke seluruh dunia.

They were actually served very well by Rafflesis’s group etc throughout the whole wedding preparation – In a Royal Suite for a couple of days & nights, no such thing as ‘diorang kena telanhjang terus, laa…!!!’….Rafflessia’s crews were all NICE PEOPLE specially selected to be the main SPONSORS…all the suits were taken care of perfectly well by the crews + the specially hired guards.

“I (as a concerned sister & as critical minded as chef wan—or may be more) had observed & analysed it myself…& we (family) were also made known earlier that the 12million is not actually for them, (kan dah buat completely dah 3 hari 3 malam di Tenggaroh) but for the WHOLE CEREMONY which is actually aimed to promote Malaysian Pearl Industry & Wedding to the whole wide world”

Seterusnya, menurut beliau:

“Norman & Sweet Memey r selected as their embassy after a number of job done & good record performed to this company long b4 this —tak salah kan? To help promote Malaysia? (see— MALAYs ..stop NEGATIVITY & jealousy-correct ur mind set, please!!!…(..or u r one of them after u’ve gone so far?” ujarnya mempersoalkan pihak yang mempertikaikan majlis tersebut.

“Correction-lagu tu, bukan lagu gereja….ahli choir tu, majority anak2 melayu kita dari satu club choir—- lagu2 tu, memang begitu syahdu; sedap (takkan nak nyanyi rock atau dangdut)….munkin Chef Wan nak lagu nasyid kot? atau tak pernah dengar Choir , kot? Dia hanya ingat choir hanya di gereja?.”

Pihak BeautifulNara ingin menampilkan satu artikel yang ditulis oleh pembaca kami (yang juga telah menulis kepada kami untuk memberitahu tentang kenyataan kakak Norman) yang menekankan beberapa poin yang gagal dilihat oleh kakak Norman Hakim berkenaan isu ini. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan tersebut.

 
Written by serenity | September 26th, 2011

Kita tahu yang Norman Hakim sedang berbahagia melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang dicintainya. Di sana-sini terdapat liputan media untuk majlis tersebut dan dalam beberapa hari lagi akan melangsungkan majlis resepsi yang dibiayai oleh Rafflesia yang khabarnya hanya mengundang 200 orang jemputan yang terdiri dari orang-orang media dan selebriti.

abby

Yang tak sedapnya ialah dalam pada dia sibuk dengan majlis perkahwinannya yang mendapat liputan meluas, Abby Abadi, bekas isteri Norman menyatakan di laman peminatnya yang Norman masih belum membayar hutang.

Apa pun, di harap Norman tidak akan lupa menunaikan tanggungjawabnya selepas ini. Kalau boleh berbulan madu di Paris pastinya mampu membayar hutang yang tidak seberapa itu. Tak gitu?

Written by serenity | September 21st, 2011

Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan melangsungkan perkahwinan di kampung Memey di FELDA Tenggaroh, Johor 24 September ini dan majlis resepsi berlangsung di Crowne Plaza Mutiara di Kuala Lumpur pada 28 September. Iezla Bridal House telah mempamer gambar-gambar dari sesi foto pra-perkahwinan mereka.

memy gedik

Lagi beberapa keping gambar pra perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 21st, 2011

Kami pasti gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia untuk majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim cantik tetapi agak menarik perhatian juga apabila mendengar melalui Diva Kosmo yang ia akan dipamerkan di Muzium Negara selepas selesai majlis resepsi.

Bagi kami hanya item-item tertentu memang layak untuk dipamerkan di sana, sebagai contoh, Piala Suzuki AFF 2010 yang dimenangi oleh pasukan bola sepak kebangsaan, kerana ianya bernilai kepada negara dan mempunyai makna kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Kami memandang positif pada perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim tetapi nilai profesional Memey dan Norman sebagai pelakon, bagi kami,  dan juga gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia tidak memiliki signifikan kepada masyarakat untuk melayakkan item-item yang dipinjamkan padanya oleh syarikat barangan kemas berasaskan mutiara tersebut dipamerkan sehingga ke tahap itu.

Apakah mutiara Rafflesia sebenarnya setaraf nilai berlian?

Jangan lupa saksikan pementasan teater bangsawan Hikayat Malim Deman di Panggung Bandaraya, 8.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Tiket hanya RM 5.

Page 2 of 41234