Written by serenity | April 19th, 2018

Siapa tidak sedih bila anak yang baru berusia lebih sebulan menjadi mangsa hinaan di media sosial. Itu juga yang dirasakan oleh pelakon Nora Danish apabila bayinya, Neqarl atau lebih dikenali sebagai Ney Ney dihina paras rupanya oleh Netizen.

Kopi Planet melaporkan, Nora mengakui bahawa dia menangis apabila bayinya menjadi bahan kutukan Netizen yang mempersoalkan dirinya tidak comel:

Saya juga manusia biasa bila tengok orang mengutuk fizikal diri saya, saya boleh terima. Tapi untuk anak saya yang baharu dilahirkan suci seperti kain putih pun mereka kutuk, sudah tentu saya menangis.

Semestinya saya berasa sangat emosi. Kalau terjadi pada orang di luar sana pun pasti mereka akan menangis. Benda (buli siber) ini harus dihentikan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 14th, 2018

Seorang pengguna Twitter dikecam bertubi-tubi oleh Netizen kerana bertanya mengapa bayi Nora Danish yang baru dilahirkan sebulan lepas tidak comel.

Mazni Z. menulis:

Saya tak bermaksud nak biadab tapi kenapa anak Nora Danish tak…hmmm, tak co…ish susahnya nak cakap. Maksud saya, lihatlah kedua ibu-bapanya. Mereka segak. Saya ingat semua bayi lahir comel? Tapi, ummm, kenapa bayi dia (Nora) tak comel?

Screenshot_20180414-152953
Menurutnya, dia menulis tweet itu kerana dia hanya memberi reaksi kepada tweets yang ditulis orang lain.

Akibatnya, dia dihina gemuk dan buruk oleh pengguna Twitter lain sehingga terpaksa menukar gambar profil.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 19th, 2017

Ha, suspens kan tajuk entri ini? Ya, ini ialah kerana pelakon Nora Danish, 35, telah mengesahkan kepada BH Online yang dia kini hamil tiga bulan.

Ini ialah kehamilan sulung perkahwinan Nora Danish dengan suami, Nedim Nazri dan juga anak kedua buat kedua-dua Nora dan Nedim yang masing-masing mempunyai anak lelaki dari perkahwinan terdahulu. Nora berkata:

Saya gembira dengan berita ini, …suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.

Pada usia saya sekarang, apa saja boleh terjadi. Saya kena lebih berhati-hati dan atas nasihat doktor serta suami, kerja seni terpaksa diperlahankan.

Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini.

Desas-desus bahawa Nora telah hamil bermula apabila Netizen melihat melihat foto Nora menghadiri majlis pernikahan teman baik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikongsi di laman sosial.

Badan Nora yang sedikit berisi dan kelihatan seolah-olah ada baby bump itu menyebabkan Netizen berspekulasi. Nora bagaimanapun tetap teruja menantikan kehadiran orang baru dalam hidup mereka walaupun telah memiliki seorang anak, Putra Rayqal Rizal Ashram:

Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.

Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik.

Ini bermakna mata Netizen memang tajam sampai benda-benda begini pun mereka peka. Apa pun ini memang berita baik buat Nora dan peminatnya. Semoga segalanya dipermudahkan sehingga tiba hari kelahiran bayi Nora dan Nedim itu nanti

Untuk makluman, Nora dan Nedim sah bergelar suami isteri pada 30 Mac lepas. – beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Nora Danish

Written by serenity | September 5th, 2017

Katakan apa saja yang anda mahu, tetapi boleh dikatakan pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish ialah pasangan yang sering mendapat perhatian Netizen. Nora sah bergelar isteri Nedim pada 30 Mac lepas dan mereka sering memuat naik gambar-gambar aktiviti selepas berumahtangga di akaun Instagram masing-masing.

Namun begitu bukan semua komen-komen Netizen itu manis. Ada juga yang bersifat mengecam terutamanya jika ada yang tidak kena di mata mereka. Ini yang terjadi apabila Nedim memuat naik gambar percutian hujung minggu bersama Nora.

 
Page 1 of 812345...Last »