Written by serenity | April 25th, 2018

Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan Netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen peninggi badan di Instagram.

Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun Instagram Neelofa semalam. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, ia kini tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 18th, 2018

Macam-macam cara dilakukan oleh syarikat perniagaan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan. Ada yang sanggup melakukan apa saja termasukkan menjatuhkan orang lain, cuma orang yang bijak akan melakukan perkara seperti itu diam-diam.

Oleh sebab itu, ramai terkejut apabila sebuah syarikat yang mengeluarkan produk OEM, jenamasendiri.com telah terang-terangan menaikkan billboard di lebuhraya untuk membidas Neelofa berkenaan isu pelancaran tudung di kelab malam beberapa lebih hampir dua bulan lepas.

New Straits Times melaporkan, Neelofa memberitahu yang dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. Dia berkata:

Saya takkan beri mereka peluang dan saya takkan diamkan saja perkara itu.

Kebanyakan Netizen berpendapat syarikat itu terdesak  dan tidak beretika menggunakan kontroversi Neelofa untuk mempromosikan syarikatnya. Malah, salah seorang Netizen memberitahu, bukan sahaja Neelofa, malah kelab malam Zouk juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut kerana memburukkan premis hiburan tersebut.
Khabarnya, kewujudan billboard itu disedari oleh penunggang-penunggang motor di Lebuhraya Persekutuan yang seterusnya mengambil gambar billboard itu dan memuat naik mengenainya ke media sosial. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 18th, 2018

Pelakon Sharifah Sakinah memang diketahui sebagai seorang yang kelakar dan berperangai gila-gila di media sosial.

Terbaru, pelakon itu dan pasangannya dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka iaitu Aiman Hakim Ridza telah melakonkan satu parodi di Instagram mengenai Neelofa.

Team #neelofa . Siapa kecam neelofa . lydia pukul nanti. @aimanhakimridza

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Parodi itu ialah mengenai pemilihan Neelofa sebagai calon Anugerah MeleTOP Era 2018, pengacara dan pemenang.

Video parodi itu kini mendapat setengah juta view. Di ruangan komen, haters Neelofa mengambil kesempatan untuk menghentam beliau, tetapi ada juga yang mengatakan mereka peminat Neelofa tetapi merasakan parodi itu kelakar.

Sakinah sebelum ini pernah menggantikan Neelofa sebagai pengacara MeleTOP apabila Neelofa mempunyai komitmen lain. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 16th, 2018

Sebuah portal menamakan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa sebagai selebriti wanita paling dikagumi di Malaysia.

Gambar: Utusan Online

Dalam senarai portal YouGov, Siti ialah wanita paling dikagumi di Malaysia dengan skor 14.10%. Tun Dr. Siti Hasmah pula menduduki tempat kedua dengan skor 10.10% manakala Neelofa berada di tempat ketiga dengan skor 7.40%.

Kseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 1512345...10...Last »