Written by serenity | September 10th, 2013

Susulan daripada berita kemalangan yang melibatkan pelakon Nabila Huda kelmarin, bapanya Amy Search telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku pada Nabila Huda ialah ‘petunjuk kecil dari Allah SWT’. Ramai yang bersetuju dengan beliau kerana cara hidup dan berpakaian Nabila yang sering mengundang kontroversi, tapi ramai juga peminat Nabila Huda tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut yang disifatkan ’empat jari menunjuk ke diri sendiri’.

Gambar: http://www.kosmo.com.my

Hari ini melalui Portal Murai, isteri Amy yang bernama Nourish Hassan mendedahkan yang Amy berkata bergitu kerana terkilan disebabkan Nabila masih belum datang beraya ke rumahnya mahupun mengirimkan salam maaf Aidilfitri kepadanya.

Sebagai isteri, saya tahu isi hati sebenar abang Amy yang berkata sedemikian rupa terhadap anaknya itu. Mungkin segalanya berpunca daripada sikap Nabila sendiri yang hingga kini tidak pulang beraya dan mengirimkan sebarang pesanan SMS Aidilfitri memohon maaf.

Pagi sebelum kemalangan terjadi, abang Amy ada meluahkan kesedihan dan bertanya adakah Nabila sudah lupakan dia selepas berada di puncak kerjaya sebagai artis. Abang Amy sudah berusia 55 tahun dan bapa mana yang tidak berkecil hati jika anak tidak mengingatnya langsung pada hari raya.

Dia juga berdoa agar Allah tunjukkanlah sedikit pengajaran terhadap anaknya itu. Saya harap dengan apa yang terjadi, Nabila sedikit-sebanyak akan berubah.

Manurut Nourish lagi, Nabila ada meluangkan masa untuk beraya di rumah rakannya di Singapura, namun begitu masih belum mengunjunginya sempena Aidilfitri.

Patutlah Amy mengeluarkan kenyataan sebegitu, rupanya ada kisah di sebaliknya. Apa pun, Nabila Huda yang dikatakan trauma dengan kemalangan tersebut dapat muhasabah diri. Tahukah anda berapa ramai di luar sana yang ingin bersalaman minta maaf dengan ayah sempena raya tapi tidak berkesempatan lagi kerana ayah telah meninggal dunia?

Berbaktilah kepada bapa sementara masih ada, kerana tanpanya, kita juga takkan lahir ke dunia ini, bukan begitu?


Written by serenity | June 12th, 2013

Rasa macam baru juga kita membaca tentang pasangan bercinta, Nabila Huda dan Nas T bercuti ke Australia dan beraksi mesra di sana. Bagaimanapun, semalam, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil telah memuat naik satu gambar yang ditulis nota kepada Nas T tentang ucapan terima kasihnya hadir ke hidup Abil dan memberikan Abil kebahagiaan.

Gambar ini diletak kapsyen:-

kupu_kupu The end of the weird us.But back to the real one. @djnast12 :)

Ini menyebabkan timbul spekulasi pasangan ini sudah putus cinta. Melalui Berita Harian, Nas T hari ini bagaimanapun menafikan percintaan mereka telah berakhir. Memberitahu dia sedang sibuk menjalankan penggambaran telefilem Anak Imam Argentina di mana dia memegang watak utama, Nas T turut menyifatkan mesej itu sebagai ‘comel’.

Nas T menyatakan dia tidak berjumpa dengan Abil sudah seminggu kerana kesibukan. Sebaik saja mengetahui tentang mesej tersebut, dia telah menelefon Abil dan dari nada suara Abil, dia dapat merasakan Abil sedang marah.

Mungkin dia mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kami jarang berjumpa, berbanding sebelum ini.

Nas T turut mengakui dia masih menyanyangi Abil. Biasa kot, pasangan bercinta sememangnya begini, ada kalanya salah satunya merajuk dan mahu memutuskan perhubungan. Terpulang kepada kebijaksanaan pihak yang lagi satu untuk memujuk. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan?

Written by serenity | May 7th, 2013

Filem Bisikan Syaitan ialah sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan sejak Khamis lepas. Ia adalah filem pertama arahan pengarah muda, Faizul A.Rashid di bawah terbitan Lightbulb Pictures.

Ia mengisahkan tentang kehidupan satu pasangan iaitu Soraya (Nabila Suhaimi) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.


Walaupun diselubungi kontroversi pertunangan manakala Nabila pula sering dikaitkan kontroversi berpakaian seksi, dua orang pelakon ini mempunyai kekuatan sendiri yang mampu menarik minat khalayak ke pawagam.

Turut membintangi filem ini ialah Wan Sharmila dan Azam Pitt, yang besar kemungkinan ialah adik Brad Pitt.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Bisikan Syaitan.


Panggung Seni Tradisional 2013: Wayang Kulit menemui anda 11 dan 12 Mei ini (8.30 malam dan 3.00 petang). Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk kanak-kanak, pelajar dan pemegang kad Sahabat Budaya JKKN) manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad beserta makanan dan minuman). Untuk tempahan/belian tiket, hubungi Cik Ilya melalui talian 03-2072 6431 / 6779!

 
Written by serenity | October 8th, 2012

Anak perempuan kepada penyanyi rock yang tidak asing lagi ini pernah dikritik berhubung gambar berbikini di sebuah pusat peranginan. Namun pada Malam Anugerah Blockbuster yang lalu pelakon berbakat ini sekali lagi mencipta kontroversi apabila muncul di permaidani merah dengan gaun hitam seksi.
Setakat ini ramai peminat mengkritik penampilan Nabila yang dianggap kurang sesuai, apatah lagi ia tidak kena dengan tema majlis pada malam tersebut iaitu ‘colour-blocking’ atau warna-warna kontra. Hampir kesemua selebriti lain yang hadir pada malam tersebut mematuhi tema ini.
Namun si empunya diri tetap yakin bergaya pada malam tersebut. Gaun hitam yang dikenakan oleh Nabila boleh dikatakan hampir menyerupai gaun hitam yang dikenakan oleh Angelina Jolie semasa Malam Anugerah Oscars 2012 yang juga turut menimbulkan kontroversi. Hebat artis kita, setanding dengan pelakon Hollywood gittew.
Walaupun dikritik, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil tampak tidak terganggu, sebaliknya berseloroh di Twitter yang gaun tersebut ditaja.

Apa nak dikata. 5 lagi gambar Nabila Huda di malam Anugerah Blockbuster dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada laman BuahMulut.

Page 1 of 212