Written by serenity | April 16th, 2018

Sudah bertahun lamanya pengacara Nabil ahmad bergandingan dengan Neelofa mengacarakan rancangan MeleTop. Namun begitu, keserasian mereka berdua menyebabkan ramai tertanya adakah Nabil terpikat dengan si cantik Neelofa.
 Kepada Media Hiburan, Nabil menyatakan yang hubungan mereka tidak lebih sekadar teman:

Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul “kau aku”. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.

Kita pun tahu lah taste dia macam mana. Kita ni despatch la pula.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 10th, 2018

Memang mencabar menjadi selebriti terutamanya jika mempunyai jutaan peminat seperti pelawak dan pengacara Nabil Ahmad. Kepada Kosmo Online, Nabil memberitahu ada peminat perempuan yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan seks kerana terlalu fanatik terhadapnya.

Nabil berkata:

Saya berasa terkejut apabila ada peminat yang sanggup berbuat demikian. Tidak dinafikan terdapat peminat yang menginginkan saya memberi perkhidmatan seks tanpa had di hotel mewah.

Dia juga memberitahu Harian Metro bahawa dia tidak akan berpoligami atau melakukan perkara yang bakal menjejaskan kebahagiaan rumahtangganya:

Saya memang terkejut kerana ada peminat wanita fanatik yang bertudung sanggup meminta perkara yang melampau seperti itu. Saya juga meminta isteri memberi nasihat pada wanita itu supaya bertaubat dari perbuatannya itu dan kembali ke jalan diredai Allah.

Saya sangat sayangkan isteri, anak-anak dan rumah tangga kami. Sebab itu, saya akan berusaha menjauhkan diri dari perkara yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga kami.

Wah bukan main berani peminat zaman sekarang ajak Nabil melakukan perkara terlarang melalui Direct Message Instagram tambahan pula akaun tersebut merupakan akaun Nabil bersama isterinya.

Semoga Nabil dan isteri bersabar. Inilah dugaan jadi orang popular dan berharta. Yang penting kita ingat keutamaan kita, ya tak? – beautifulnara.com

Written by serenity | April 14th, 2016

Tahun lepas pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad telah menunaikan ibadah haji. Sehubungan itu, dia kini mengamalkan prinsip tidak mahu berpegangan tangan dengan bukan mahram dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama sejak itu.

Katanya kepada mStar Online, ia satu cabaran yang perlu dilalui setelah menunaikan haji:

Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan.

Mungkin ada yang menganggap Nabil berlagak alim, tetapi Nabil berkata dia tidak berniat begitu, sebaliknya dia cuma mahu memperbaiki dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

Biarlah orang tidak nampak perubahan saya.

 photo 3-Nabil-Ahmad-Terkejut-Dapat-Tempat-Tunaikan-Haji-ROTIKAYA.jpg
Nabil kini juga sedang belajar mengaji Quran secara persendirian dengan seorang ustaz yang datang ke rumahnya:

Sekarang saya sedang belajar mengaji, ada seorang ustaz yang akan datang ke rumah ajar kami sekeluarga. Isteri saya tidak ada masalah kerana dia pandai mengaji cuma tidak boleh mengajar saya.

Kalau dia yang ajar asyik ketawa sahajalah kami, jadi terpaksa panggil orang luar.

Perubahan yang cuba dilakukan oleh Nabil ini ialah sesuatu yang baik. Walaupun perubahan itu mungkin orang tidak nampak tetapi yang penting niat itu ada. Semoga Nabil akan terus istiqamah dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Written by serenity | June 25th, 2015

Sejak kebelakangan ini semakin ramai selebriti Malaysia menjadi celik tentang kesihatan dan ramai yang berusaha untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan dan menjaga penampilan diri. Badan sado sememangnya mendapat perhatian ramai, sebagai contoh, abam sado yang sekadar menjual tauhu tetapi menjadi viral di Taiwan kerana badannya yang sasa itu.

Baru-baru ini pelakon, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad juga tampil dengan imej sado dan khabarnya membelanjakan RM 22,000 untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu dalam masa dua bulan. Dan melalui Malaysian Digest, dia memberitahu untuk mengekalkannya pula, dia berbelanja sebanyak RM 10,000 setahun.

Sebenarnya, perbelanjaan sebanyak RM10,000 itu adalah kos untuk setahun untuk mengekalkan bentuk badan saya.

Saya memang mengambil makanan diet yang sebetulnya dan tahu saja makanan diet ini bukan murah.

Selain itu saya gunakan khidmat jurulatih peribadi dan dia hanya menjaga saya saja sebab saya mahu dia yang ikut jadual saya

Untuk sepanjang bulan puasa ini, selepas kerja atau solat Terawih, saya memang berada di gym sehingga lewat malam.

Dia kini yang digelar ‘pelawak sado’ pada mulanya mula mengangkat berat kerana tawaran untuk muncul dalam iklan produk kesihatan yang bakal dilancarkan. Perubahan itu menjadi bualan ramai pihak walaupun masih ada selebriti lelaki lain yang tampil dengan imej sado.

Tambahnya, pada awalnya dia membuat keputusan berkenaan selepas mendapat tawaran untuk muncul dalam sebuah iklan satu produk kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Saya buat badan bukan sebab nak dapat watak hero. Saya ada ‘deadline’ sebab sebenarnya saya buat badan ini kerana satu tawaran iklan produk yang menuntut saya untuk tampak sasa.

Jadi, sebagai meyakinkan pengguna akan keberkesanan produk itu, saya kena buktikan dulu untuk orang nampak perubahan itu. Produk itu adalah satu produk yang membantu mereka yang mahu sihat dan kekal berbadan sasa

Alhamdulillah, rezeki saya pun semakin bertambah. Tak sangka, saya menerima tawaran tidak putus-putus.

Nabil juga memberitahu yang dia merasakan sesetengah pujian yang diberikan kepadanya berhubung badan sado itu berunsur sindiran, tetapi dia berfikiran positif:

Artis lain pun ada berbadan sado tapi tidaklah terlalu diperkatakan sangat. Apabila ramai orang tahu saya buat badan, ia jadi kecoh pula.

Sekarang ini apabila saya keluar, ramai panggil saya abang sado. Walaupun ramai memuji tapi saya sedar, ada yang seolah menyindir tetapi saya tetap anggap itu sebagai satu pujian.

Apabila mereka panggil saya dengan gelaran itu, saya rasa kelakar dan saya rasa usaha gigih saya berhasil.

Dulu saya kurus kering sehinggakan ada yang kata saya ambil dadah. Padahal, saya ni hisap rokok pun tidak, shisha pun tak pernah apatah lagi yang benda lain.

Kalau saya hisap gerenti muntah, saya dah cuba banyak kali kononnya nak hisap rokok sebab nak nampak ‘cool’, tapi tidak boleh sehingga muntah.

Kalau bau asap rokok pun saya rasa nak muntah.

Memang hebat sekali Nabil berjaya mendapatkan bentuk tubuh sebegitu hanya dalam masa beberapa bulan hasil kegigihan dan panduan jurulatihnya. Namun mungkin Nabil perlu menerima beberapa komen orang lain yang juga membina badan di gimnasium, iaitu ‘jangan skip leg day bro’. Semoga sukses buat Nabil.

Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015

Page 1 of 3123