August 13th, 2018

Linda Onn ialah antara selebriti tempatan yang diketahui membabitkan diri dalam perniagaan restoran. Rangkaian restoran My Mom’s Chicken Rice Shop milik Linda mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Kelang. Sudah bertahun lamanya rangkaian restorannya dibuka dan beroperasi, jadi Linda sememangnya arif mengenai prosedur untuk operasi sebuah restoran.
Terbaru, Linda telah menulis di Twitter mengkritik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang peniaga gerai tepi jalan yang sewenangnya beroperasi tanpa mengikut lunas yang sepatutnya seperti seorang pemilik restoran. Linda menulis:


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
January 26th, 2018

Agak lama juga tidak mendengar khabar mengenai Linda Onn, Deejay radio dan juga ahli perniagaan. Terbaru melalui satu status Instagram, Linda berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini telah hamil.
Linda yang bakal memasuki usia 41 tahun pada November ini berkongsi gambar baby bump dan ultrasound dan menulis:

Linda bagaimanapun tidak menyatakan usia sebenar kandungannya.

Linda dan suaminya, Ungku Azhar pada 27 Disember 2013. Ini adalah kandungan pertama Linda. Bersama kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Pastinya Linda sudah begitu lama menunggu kehadiran permata hatinya. – beauifulnara.com

January 30th, 2014

Kalau sebelum ini kita telah melihat gambar-gambar majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan suaminya Ungku Azhar yang telah berlangsung hujung minggu lepas, apa kata kali ini kita layan gambar profesional pula.


 photo 1797613_10152794509549240_7731117_n.jpg

Majlis resepsi Linda Onn telah berlangsung di Restoran Hadramawt dan dihadiri oleh ramai kawan-kawan selebriti beliau. Pasangan ini telah dinikahkan pada 27 Disember tahun lepas di kediaman mewah Linda di Ampang. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan REDPhotography. Silakan like page Mohd Red beramai-ramai.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Flash mob JKKN Sarawak & Tourism Malaysia Sarawak bersempena Visit Malaysia Year 2014. Jom saksikan!

 
October 28th, 2009

Sesuai dengan moto kami, harap-harap cerita ni bukanlah dari pembaca Beautiful Nara. Kami ambil cerita ni daripada blog Linda Onn. Lain kali nak bergosip tengok kiri kanan depan belakang & gosiplah dengan berhemah ye! :)

[note] Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !

Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat ‘skodeng’ apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.

Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis… antara yang dia taip ialah

“eleh..takat muka jawa lubang hidung besar…nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!”…

OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya..

“Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! “

Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join ‘memfitnah’ dalam forum yang tajuknya ‘Dagu Linda Onn runcing’. Dia taip gini ->

“….cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!”.

Linda pun sabar je … Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran…dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?

Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum… dan sempat cakap

“..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? “

Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap “eh..hi..kak..”.

Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..

DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers…sayangku,manjaku,cintaku…dengarlah cakap Linda ni…Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih! [/note]