Written by serenity | February 28th, 2018

Sejak beberapa minggu lepas, isteri pertama Ude Wahid, Intan Liana Salleh telah memuat naik beberapa Instagram Story yang berunsur sedih.

Terbaru, Kosmo Online melaporkan bahawa Ude, 30, akan melakukan lafaz cerai terhadap Intan Liana, 33, pada petang ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Ini juga bermakna Izreen Azminda yang berkahwin dengan Ude pada Ogos tahun lepas akan menjadi isteri pertama.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 5th, 2018

Poligami adalah perkara yang halal namun ia merupakan satu isu yang dikira sensitif oleh kaum wanita. Justeru, apabila majalah legenda URTV menampilkan Izreen Azminda dan Adira Suhaimi sebagai penghias muka hadapan untuk tema ‘Naluri Isteri Kedua’, Istagram majalah itu ‘diserang’ segelintir Netizen.

Terdapat Netizen mempersoalkan mengapa majalah itu menampilkan isteri kedua dan berkata tidak akan membeli majalah itu disebabkan tema yang ditampilkan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 27th, 2017

Perkahwinan rahsia antara pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, dengan pelakon, Izreen Azminda, 32, kini sudah tidak rahsia lagi. Sejak ia didedahkan oleh isteri pertama Ude Wahid, pasangan ini menerima kecaman Netizen sehinggakan mereka berdua terpaksa mematikan fungsi komen di akaun Instagram masing-masing.Terbaru, Ude dan Izreen telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak Ude bersama isteri pertama, Intan Liana Azman, 32, iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Mushri, 1. Khabarnya, Izreen telah menempah dua kek untuk meraikan dua adik-beradik itu di kediamannya. Bagaimanapun, sambutan yang turut melibatkan ibu Ude itu tidak melibatkan Intan Liana. Dalam kapsyen yang ditulis, Izreen mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya kerana sudi datang makan nasi ayam bungkus di rumahnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 18th, 2017

Sejak berkahwin dengan Ude Wahid, 29, Izreen Azminda Aznam, 32, telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung pilihannya untuk mengahwini pemuzik Gegar Vaganza itu yang merupakan suami kepada Intan Liana Azman, 32, dan bapa kepada dua anak lelaki berusia 3 tahun dan 11 bulan.

Berikutan kenyataannya, ramai yang mencemuh Izreen dan sejak itu, dia tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan dan telah mematikan fungsi komen di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, terdapat individu mendakwa bekas peminat Izreen telah mewujudkan satu akaun Instagram khusus untuk membenci Izreen yang dianggap perampas, iaitu akaun Instagram @izreen.azminda_perampas

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 8« First...23456...Last »