Written by serenity | January 7th, 2016

Pada 29 Disember lepas, pelakon Hanez Suraya telah selamat melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Putri Aleesya. Putri Aleesya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur secara normal. Aleesya merupakan anak pertama dari perkahwinan Hanez dengan Romie manakala anak ketiga Romie yang telah mempunyai dua cahaya mata lelaki dari perkahwinan terdahulu dengan Liyana Manan.


 photo 10.jpg

Gambar-gambar Aleesya ialah hasil bidikan The Photolicious. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 29th, 2015

Kalau sebentar tadi entri kami ialah berkenaan tarikh perkahwinan Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha besar kemungkinan ialah 14 Mac ini, melalui Berita Harian Hanez telah mengesahkan yang dia dan Romie sememangnya akan berkahwin pada tarikh itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah bakal dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban. Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Kemudian pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Khabarnya, Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini.

Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap.

Hanez bakal mengenakan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa. Tiada tajaan besar dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinanannya:

Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu.

Tanpa diduga, menurut Hanez sedang sibuk melangsungkan persiapan perkahwinan, dia ada menerima tawaran berlakon.

Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan.

Kepada Hanez Suraya, dengan ikhlas kami mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan mendatang dan semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Written by serenity | January 29th, 2015

Sebelum ini kita diberitahu bahawa pelakon cantik Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha akan berkahwin namun tarikh itu berbeza-beza. Hanez mengatakan enam bulan dari tarikh pertunangannya iaitu Januari lepas, manakala sumber kami mengatakan bulan Mei. Pastinya pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan tarikh perkahwinan sudah semakin dekat.

Namun begitu, Hanez telah membuat tempahan kad kahwinnya di Kadkahwinku.com dan admin laman tersebut memberi bayangan seolah-olah tarikh perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015.


 photo 10949791_385441388247199_51097045_n.jpg
Kalau betul ini tarikh perkahwinan mereka bagus juga. Lagi cepat mereka berkahwin lebih elok lagi ya tak? Cuma pasti sibuk kerana tidak banyak masa yang tinggal. So, jom save the date! Kami dengar berita Hanez juga sedang sibuk membeli belah untuk majlis perkahwinannya itu.

Memandangkan mereka dah nak berkahwin pun, kita doakan saja yang terbaik untuk Hanez dan Romie. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua.

Written by serenity | January 4th, 2015

Seperti yang anda maklum, semalam telah berlangsung majlis pertunangan Hanez Suraya  Abd Aziz, 29, dengan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34. Mungkin jodoh antara mereka masih kuat menyebabkan akhirnya keduanya mengambil langkah untuk bertunang ke arah memasuki alam perkahwinan.

Mungkin masih ada yang belum puas menatap gambar majlis pertunangan mereka, jadi melalui entri ini kami paparkan beberapa gambar eksklusif dari majlis pertunangan Hanez dan Romie.


 photo 10904862_10153076872681209_608923762_n.jpg

Menurut sumber kami keduanya akan melangsungkan pernikahan pada Mei ini. Keputusan untuk melangsungkan perkahwinan ini kami kira perkara terbaik untuk mereka berdua, jadi pada pendapat kami elok juga mereka mempercepatkan urusan perkahwinan mereka.

Kita doakan semuanya berjalan lancar dan semoga mereka berdua bahagia ke akhir hayat.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 212