Written by serenity | March 9th, 2016

Pasangan Fizo Omar dan Mawar yang merupakan usahawan perniagaan tudung keluarganya iaitu Fareeda baru-baru ini mendapat kritikan kerana mutu perkhidmatan restoran ‘FizoMawar Kitchen’ milik mereka di Bangi, Selangor.

Kritikan itu ditulis oleh seorang penulis blog yang berpendapat terdapat aspek yang perlu diperbaiki dalam perniagaan restoran itu dari segi pengurusan masa penyediaan makanan dan rasa teh hijau yang terlalu manis. Rebiu penulis blog itu menjadi viral di media sosial dan Fizo bertindak mengkritik semula penulis blog itu.

Bagaimanapun Fizo telah meminta maaf apabila kritikan balas olehnya mendapat reaksi negatif Netizen.
 photo 11939570_1042986395759498_998299684_n.jpg
Melalui Utusan Online, isteri Fizo, Mawar memberitahu yang dia terus memberi semangat kepada Fizo walaupun ada pihak cuba menjatuhkan suaminya itu:-

Sebelum ini dia berada dalam dunia seni dan saya pula dalam dunia perniagaan. Sekarang apabila dia serius dalam bidang perniagaan, kami perlu saling membantu.

Sebab itu bila ada yang cuba menjatuhkan dia, mereka macam-macam cerita tidak betul tentang bisnes kami, apa yang boleh saya bantu adalah dengan terus memberi semangat, menyokongnya tanpa henti.

Saya sentiasa ingatkan dia, melayan perkara sebegini tidak akan membuahkan hasil dan mengubah apa-apa, jadi jangan terlalu ambil pusing.

Di usia perkahwinan yang masih muda, Mawar sendiri enggan terlalu memikirkan jika ada yang sakit hati melihat mereka. Kerenah manusia terlalu banyak dan tidak terdaya untuk dia sendiri memuaskan hati semua orang.

Manusia ini pelbagai dan sukar untuk saya sendiri puaskan hati semua orang. Pendekatan yang saya ambil kini pastikan keluarga dan orang terdekat bahagia dahulu. Jika terlalu fikirkan apa orang fikir, saya tidak rasa kita boleh ke hadapan. Sama juga dalam soal perniagaan, itu yang saya kongsi selama ini dengan Fizo.

Fizo pula memberitahu bahawa restoran ini juga untuk memenuhi impian ibunya yang gemar memasak. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perniagaan FizoMawar Kitchen dia menghabiskan masa berbulan di Thailand untuk mendapatkan resipi masakan terbaik.

Untuk memastikan restoran ini hanya menghidangkan yang terbaik jadi saya akan berulang-alik ke Thailand sebulan sekali untuk mendapatkan bahan asas masakan.

Bagi saya boleh ambil jalan mudah dengan mengimport terus bahan-bahan ini, tetapi dalam meletakkan FizoMawar Kitchen terus berada dalam kedudukannya sendiri, saya rela meluangkan masa untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk pelanggan.

Bukan itu saja, Fizo turut memasak di restoran miliknya dan isteri itu:-

Selama beberapa bulan saya mengelilingi Thailand untuk belajar beberapa resipi, jadi saya gunakan kesempatan ini berkongsi setiap menu menarik. Mujur buat masa sekarang juga pekerja saya sudah mahir dengan resipinya, tetapi pada masa depan saya sudah merancang untuk memperkenalkan beberapa masakan lain.

Tidaklah semua masakan di sini berasal dari Thailand, ada juga beberapa masakan ibu yang turut saya sajikan di sini. Sebab itu selain saya dan isteri, ibu juga memainkan peranan yang penting di restoran ini.

Tahun ini kami merancang untuk membuka tiga lagi cawangan di kawasan Lembah Klang. Untuk jangka masa panjang pula kami sasarkan untuk mempunyai cawangan di beberapa buah negeri pula.

Seringkali kita lihat selebriti menceburkan diri dalam perniagaan makanan. Bersandarkan pada populariti, ramai yang sedia mencuba makanan di restoran selebriti. Namun begitu telah banyak perniagaan makanan artis gulung tikar kerana tidak serius dan tidak mengambil positif kritikan pelanggan, juga kerana harga yang tidak masuk akal.

Ada baiknya mana-mana pengusaha restoran atau perniagaan makanan mendengar dan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kesedapan makanan di premis masing-masing supaya kekal relevan dalam bidang yang terlalu banyak persaingan ini.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Written by serenity | November 27th, 2014

Semalam kecoh juga bila segelintir peminat tudung Fareeda mengadu satu pertandingan yang dijalankan di Fanpage Mawar Fareeda tidak profesional apabila terdapat pertambahan syarat bagi peserta untuk memenangi pertandingan tersebut. Semalam melalui mStar Online Fizo Omar telah membuat penjelasan berhubung pertambahan syarat tersebut yang didakwa terpaksa dilakukan bagi menjadikan pertandingan tersebut lebih adil. Katanya:-

Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya.

Beberapa peserta pertandingan itu sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati kerana syarat pertandingan yang sering berubah dan tidak profesional.

Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati juga kesal dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.


Asalnya, pemenang pertandingan itu akan diputuskan melalui jumlah like terbanyak untuk gambar peserta yang beraksi seperti Mawar dan Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan.

Fizo memberitahu yang dia terharu dengan kesungguhan peserta pertandingan itu yang sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di depan rumahnya.

Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya.

Tiga pemenang akan memerima hadiah wang tunai berjumlah RM 30, 000 dan produk tudung Fareeda.

Apa pun perkara yang telah berlaku diharap akan dijadikan pedoman untuk pihak Fareeda bagi mempertingkatkan kualiti penganjuran pertandingan lain di masa akan datang.

Written by serenity | November 10th, 2013

Perkenalan singkat mereka membawa kepada ikatan perkahwinan. Begitulah cerita pelakon Fizo Omar dengan wanita yang sering dilihatnya dalam iklan tudung Fareda, Mawar Abdul Karim. Duta tudung Fareeda itu yang juga anak kepada pengasasnya, telah selamat menjadi isteri Fizo dengan sekali lafaz pada jam 9.32 pagi tadi.


 photo 1462537_10152034617529414_219462090_o.jpg
 photo 1417585_10152034618109414_1961228280_o.jpg

Untuk makluman anda, majlis ini turut dibantu oleh ramai pelakon antaranya Datuk Rosyam Noor, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Fahrin Ahmad dan Kamal Adli yang segak berbaju melayu hitam dan bersamping songket yang membawakan dulang hantaran bagi pihak Fizo Omar ke majlis pernikahan.

Majlis pernikahan Fizo dan Mawar diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights, Kajang dan dihadiri kira-kira 300 tetamu.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Facebook Fareeda Nyata Jelita.

.

 

 
Written by serenity | October 29th, 2013

Pelakon Fizo Omar bakal bernikah dengan anak perempuan kepada pengasas tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim pada 10 November ini. Sebelum itu, mereka akan bertunang pada 9 November. Semalam, pelakon itu telah membuat gimik lamaran kepada Mawar di Cathay Cineplex [email protected]


 photo daa6f4f83fa811e3b7ca22000ae80d03_8.jpg
 photo 00d13cee3fbb11e3a0d522000a1f970a_8.jpg

Video lamaran boleh ditonton di sini. Video ini turut menampilkan Mia Sara dan rakaman perbualan Fizo dengan bakal ibu mertuanya serta lamaran Fizo kepada Mawar di hadapan orang ramai:-

Bersungguh-sungguh nampaknya Fizo semasa melamar Mawar. Mari bersama kita doakan semoga pertunangan dan pernikahan mereka berjalan lancar.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto Instagram Fizo Omar dan kredit video pada ParanormalTalents.


Sebelum Rafidah Ibrahim dan AC Mizal mempopularkan semula lagu Apo Kono Eh Jang dengan versi remixed, lagu tersebut asalnya dinyanyikan oleh Ally Noor dan Mastura. Ingin menonton mereka menyanyi secara live?


Saksikan mereka membuat persembahan di Legasi Muzikal Bongai 3 Dimensi yang akan diadakan di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 1 dan 2 November 2013, jam 8.30 malam. Tiket hanya berharga RM 5. Untuk belian tiket, sila hubungi 06-763 1636 (DL) / 06-767 6793 atau 06-763 6308.

 
Page 1 of 212