Written by serenity | February 13th, 2013

Boleh tahan cantiknya tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela. Buat yang belum tahu, majlis pertunangan Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal telah berlangsung di Beserah, Kuantan pada 10 Februari lepas.


Photobucket
Photobucket

Difahamkan beberapa orang selebriti telah hadir ke majlis pertunangan ini, antaranya Usop Wilcha. Lagi lima keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Amy Qaseh.

***

Semua Badan Bukan Kerajaan (BBK) Seni dan Budaya adalah diminta untuk mendaftar dengan JKKN melalui portal kami. Untuk mendaftar, sila ke http://www.jkkn.gov.my/

 
Written by serenity | February 12th, 2013

Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Hari ini Almy melalui Harian Metro menyatakan dia tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata tentang pertunangan Fizz dengan wanita itu.

Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.

Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.

Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.

Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.

Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.

Diharap Almy dapat bertabah dalam menghadapi dugaan ini. Pastinya gadis secantik Almy boleh mendapat pengganti dengan mudah di luar sana. Semoga bertemu dengan yang lebih baik!

Written by serenity | February 10th, 2013

Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.

Tunang Fizz bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Lynn. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.


Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Written by AbangNara | November 12th, 2009

fizz fairuz almy nadia

Rasanya satu Malaya dah tau kot Fizz Fairuz ngan Almy Nadia nie bercinta. Kalau anda tak tahu lagi maknanya anda sememangnya tak baca suratkhabar Bahasa Melayu. Sebab rasa-rasanya dah dekat berpuluh kali jugak Almy ngan Fizz Fairuz nie keluar suratkhabar mengaku diorang tengah jiwang karat tahap paku besi punya.

Rupa-rupanya dah dekat 3 tahun dah diorang nie bercinta. Itu yang Fizz Fairuz dah teruja kot. Tapi nasib baik Fizz Fairuz masih dapat kontrol “kemachoannya” sebab nak bagi Almy Nadia berlakon puas-puas.

[note]Bukan tak mahu berkahwin sekarang tapi saya bagi peluang untuk Almy berlakon sepuas-puasnya sebab dia nak sangat jadi artis. [/note]

Tapi kena hati-hati gak ye. Bercinta boleh tapi kalau lama-lama sangat nie banyak rintangan dan cabarannya. Lelebih lagi bila yang lakinya hensem macam Fizz Fairuz nie. Mesti ramai awek-awek gatal datang menggoda. Yang Almy Nadia nie jangan kira la plak kan. Mesti Dato’ Dato’ tua ada yang dah try nak cucuk line dah.

Tapi apa-apa hal pun kami di BeautifulNara sentiasa mendoakan agar Almy Nadia dan Fizz Fairuz berbahagia sehingga ke jinjang pelamin. All the best in percintaan anda berdua.

Page 4 of 512345