November 28th, 2013

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan pelakon Kamal Adli merasa terkilan dengan Fizz Fairuz.

Sebenarnya, sebelum ini Kamal dan Fizz berganding untuk persembahan kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) menerusi Liga Lawak Superstar (LLS).

Bagaimanapun, baru-baru ini Fizz memberitahu melalui Twitter yang dia telah disingkirkan dari program itu, sedangkan TV3 memberitahu Fizz telah menarik diri. Menurut Kamal Adli melalui mStar Online:-

Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.

Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.

Dakwa Kamal, dia telah dijemput ke United Kingdom (UK) oleh Rafflesia untuk menyertai rombongan tersebut:-

Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil

Fizz dan beberapa pelakon lain dibawa menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City dengan Manchester United (MU) di UK pada 24 November.
 photo image.jpgTempat Fizz telah digantikan dengan Syafiq Kyle, namun Fizz turut menyatakan melalui Twitter yang Syafiq Kyle sepatutnya tidak boleh menyertai kumpulan itu dan ‘pentingkan diri sendiri’ sekiranya tetap menggantikan tempatnya dalam kumpulan itu yang juga dianggotai oleh Didie Alias.

Syafiq Kyle memberitahu dia ada membaca tweet itu, tetapi membiarkan saja kerana dia menyertai LLS atas jemputan TV3.

Pada pendapat kami, mengabaikan komitmen bukan saya kepada majikan, malah kepada rakan yang memerlukan kerjasama kumpulan untuk menonton perlawanan bola sepak juga perbuatan pentingkan diri sendiri.

Apa pendapat anda?


Saksikan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2013 pada 30 November (Sabtu) ini. Anda dijemput menyaksikan pertandingan ini secara live di Auditorium Perdana, Angkasapuri mulai jam 8.00 malam, atau saksikannya secara langsung di TV2, mulai jam 9.00 malam.
Seramai 11 peserta pertandingan akhir terdiri daripada Syed Junaid Raza dari Pakistan dengan lagu Itu Kamu dari kumpulan Estrange; Cai Meiling, China (Cinta Abadi – Soo Wincci), Shanaka Nirmal Sirinanda, Sri Lanka (Perpisahan – Anuar Zain); Chogyal Nuchu Dorji, Bhutan (Cukup Indah – Alif Satar); Sayed Mohammad Hasheimian, Iran (Kepadamu Kekasih – Datuk M Nasir); Nurul Bagitova, Kazakhstan (Patah Seribu – Shila Amzah); Mbasu Benard Okaro, Kenya (Dwihati – Aizat & Yuna); Senyange Shaban, Uganda (Jangan Nakal – Alif Satar); Taniguchi Mami, Jepun (Kurik Kundi – Datuk Siti Nurhaliza); Kazi Yasin Islam, Bangladesh (Bahagiamu Deritaku – Hafiz) dan Brunhilde Marie Julia Geuth, Belgium (Kalis Rindu – Elyana).

 

Advertisement
November 27th, 2013

Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.

Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?

Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.

Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

Tahniah diucapkan.


Saksikan program di bawah  MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2!


Advertisement
May 7th, 2013

Filem Bisikan Syaitan ialah sebuah filem terbitan Grand Brilliance dan sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan sejak Khamis lepas. Ia adalah filem pertama arahan pengarah muda, Faizul A.Rashid di bawah terbitan Lightbulb Pictures.

Ia mengisahkan tentang kehidupan satu pasangan iaitu Soraya (Nabila Suhaimi) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu.

Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.


Walaupun diselubungi kontroversi pertunangan manakala Nabila pula sering dikaitkan kontroversi berpakaian seksi, dua orang pelakon ini mempunyai kekuatan sendiri yang mampu menarik minat khalayak ke pawagam.

Turut membintangi filem ini ialah Wan Sharmila dan Azam Pitt, yang besar kemungkinan ialah adik Brad Pitt.

Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Bisikan Syaitan.


Panggung Seni Tradisional 2013: Wayang Kulit menemui anda 11 dan 12 Mei ini (8.30 malam dan 3.00 petang). Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk kanak-kanak, pelajar dan pemegang kad Sahabat Budaya JKKN) manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad beserta makanan dan minuman). Untuk tempahan/belian tiket, hubungi Cik Ilya melalui talian 03-2072 6431 / 6779!
















Advertisement
February 22nd, 2013

Lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela semalam telah dihubungi oleh Harian Metro dan sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.

Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.

Menurut lelaki itu, mengetahui tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz dari sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.

Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Lelaki itu turut menukar kenyataannya sebelum ini, yang isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.

Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.

Minta diberi tempoh seminggu

Sementara itu, melalui laporan eksklusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya bagi membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.

Enggan mendedahkan identiti, dia mendakwa bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dengan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun. Namun mereka hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.

Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.

Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti.

***

Karnival Kelate Kito sedang berlangsung di JKKN Kelantan sehingga 23 Februari. Perlbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda, Jualan, pameran interaktif, demonstrasi silat, persembahan seni budaya dan banyak lagi! Pakat Maghi Belako…!!!!

Advertisement