Written by serenity | March 23rd, 2012

Kami rasa anda semua pasti maklum yang sebelum ini Mamat yang merupakan anggota kumpulan lawak Sepah dan pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida pernah bercinta. Hubungan mereka bagaimanapun putus disebabkan Mamat secara tidak sengaja termuat naik gambar Fida yang menampakkan rambut sewaktu mereka bercuti ke Singapura ke Facebooknya, menyebabkan gambar itu tersebar dan Fida menerima kritikan orang ramai.

Anda berbakat dalam bidang seni? Pandai berlakon, berlawak, menari, menyanyi, mempersembahkan silap mata atau apa jua bakat seni? Anda berpeluang untuk mempersembahkan bakat anda pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang, hari Ahad, 25 Mac 2012 di Bazar Seni Industri Budaya, perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, di mana kami menyediakan pentas sebagai platform untuk anda menampilkan bakat anda. Anda hanya perlu walk-in! Serlahkan bakat anda dan bergembira bersama kami. Hanya di Bazar Seni Industri Budaya! “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”! Like Fanpage kami untuk keterangan lanjut.

Mengikut laporan Kosmo, Mamat masih menyayangi Fida malah mereka masih berkawan baik malah ada kalanya keluar bersama.

Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik.

Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami.

Mamat turut ditanya sama ada dia merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida. Dia menjawab:-

Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap
dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Bukan itu saja, Mamat juga tidak mahu mencari pengganti Fida buat masa ini:

Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang.

Setahu kami Fida sudah ada teman lelaki baru selepas Mamat. Dikira pengakuan Mamat ini agak berani juga, walaupun usia hubungan mereka singkat namun sempat terpalit kontroversi. Apa agaknya reaksi Fida pada pengakuan Mamat ini? Apa pula reaksi teman lelaki Fida? Sungguh drama sekali. Hehe.

Written by serenity | December 28th, 2011

Disebabkan terdapat permintaan, kami paparkan keputusan undi untuk entri di mana kami mengutarakan tentang keunikan fesyen yang diketengahkan oleh pelakon bernama Rafidah Ibrahim ini. Sama ada beliau sendiri mahu memberi perhatian kepada keputusan majoriti itu terpulanglah pada beliau, bukan?

Jumlah keseluruhan undi ialah 16,492, dengan 15,480 atau 93.9 % berpendapat Rafidah harus mengubah cara dia berfesyen ke arah yang lebih baik. Manakala 1,012 orang atau 6.1 % pula berpendapat mata kami kero.

Written by serenity | December 22nd, 2011

Untuk sepanjang tahun 2011, kami perhatikan bekas juara rancangan terbitan Pantene ini menampilkan fesyen-fesyen yang unik. Kami katakan unik kerana kami sendiri tidak pasti bagaimana hendak mengkategorikan fesyen-fesyen yang digayakan oleh Rafidah. Seolahnya ada sesuatu yang tidak kena dengan imej yang ditampilkannya bila dia menggayakan busana-busana sebegini. Boleh jadi juga kerana fesyen-fesyen unik yang digayakannya ini membuatkan dia lebih dikenali pada tahun 2011?

1. Ada sedikit menampilkan gaya Erykah Badu, fesyen ini memang menyerlahkan, kerana warnanya yang merah garang dengan kain labuh kembang payung dan bibir berwarna merah darah. Seolah ada kenyataan tersembunyi ‘lihatlah saya!’ bila melihat Fida menggayakan fesyen ini.

2. Okay, ini dinamakan color-blocking agung. Tudung pink, selendang kuning dan baju oren menyala. Kami harap ini ialah satu sesi bergambar dari set penggambaran drama jenaka saja. Oh, bukankah?

3. Yang ini pula, gaya seksi dalam keimanan ke apa? Penampilan dua mesej bercanggah melalui satu busana. Kami agak keliru dibuatnya.

4. Gaya ini mengingatkan kami pada Rogue dalam filem X-Men (2000). Pada Keluang Man pun kami teringat. Erkk.

Bagaimana pendapat anda ya, tiada yang pelik dengan fesyen Fida, atau mata kami yang kero? Kredit gambar carian Google.

Written by AbangNara | February 18th, 2009

Feeda atau nama penuhnya Rafidah Ibrahim pemenang pertandingan Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 akhirnya mengaku jugak yang dia adalah sepupu Siti Nurhaliza. Semasa ayah Siti Nurhaliza meninggal, kelibat Feeda dilihat ada bersama ahli keluarga Siti Nurhaliza.

Pandai betul budak Feeda ni ye. Masa jadi peserta rancangan Pantene yang hakim dia si Siti Nurhaliza tak mahu mengaku ada hubungan kekeluargaan. Sekarang ini baru reti nak mengaku. Yang peliknya alasan diberikan tak tahu mak dia dan mak Siti Nurhaliza adik beradik. Tak logik langsung la beb.

Sekarang ini Feeda dan seorang adik lelaki Siti Nurhaliza, Muhammad Ali telah menghadiri uji bakat AF7 @ Akademi Fantasia 7. Mesti salah satu teknik nak mendapat populariti murahan mengaku jadi sepupu Siti Nurhaliza. Konon boleh famous macam akak Siti si Saida tue la kot.

Lagi gambar Feeda sepupu Siti Nurhaliza dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sebenarnya Feeda ini pakai tudung atau tak sebab ada gambar dia yang tak bertudung. Harap-harap sapa yang ada info boleh bagitau.