Written by serenity | September 29th, 2015

Baru-baru ini, seseorang telah menulis di Forum Cari bahawa pelakon dan pengacara Fouziah Ghous mengenakan pakaian tipis sehingga nampak pakaian dalam sewaktu mengacara untuk Nona Ahad lepas. Melalui mStar Online, Fouziah menafikan dakwaan tersebut.

Dia juga menganggap gosip itu sengaja disensasikan. Ujarnya:

Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan.

 photo FO.jpg.png
Menurutnya dia dan krew produksi Nona sentiasa peka dengan pemilihan pakaiannya sepanjang mengacarakan Nona, termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata. Fouziah menambah dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.

Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.

Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung.

Dia juga enggan melayan gosip tersebut yang dianggapnya sebagai tidak berfaedah.

Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu.

Kami tidak menonton Nona Ahad lepas tapi kalau dilihat gambar di atas nampak pakaian itu biasa saja dan tidak menjolok mata. Tapi mata sesetengah orang kadang kala mempunyai pandangan tembus sebegitu. Apa pun. diharap gosip ini tidak melemahkan semangat Fouziah untuk terus mengacara Nona.

Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015

Written by serenity | September 22nd, 2013

Seperti yang anda maklum, malam tadi telah berlangsung majlis pernikahan pelakon Fouziah Gous dengan Md Zhafran di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis elegan ini dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak dengan tema warna putih.

 photo Image00008.jpg
 photo Image00004.jpg

Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis ini ialah Adi Putra dan isteri. Jurugambar rasmi majlis ini ialah CST Production yang turut menyediakan live-streaming majlis untuk peminat-peminat Fouziah mengikuti majlis secara langsung.

Lagi 58 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Instagram Fouziah Gous dan CST Production.


‘Tarian Sirat’ menggambarkan keadaan semasa sambutan Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Orang lelaki dan perempuan akan memakai pakaian tradisi yang lengkap sebagai tanda menyambut perayaan yang penuh bermakna ini. Pahlawan lelaki akan memakai “Sirat”. “Sirat” ini menjadi lambang salah satu kesenian yang menjadi kebanggaan pada masyarakat Iban dan merupakan tenunan kain “pua”. Tarian inidipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak sempena program Inspitari pada tahun lepas.

Apakah bentuk tari yang akan dipersembahkan oleh mereka untuk Inspitari 2013? Inspitari 2013 bakal berlangsung di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Like Facebook kami untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pas masuk terhad percuma!

 
Written by serenity | September 21st, 2013

Malam semalam telah berlangsung majlis berinai pasangan Fouziah Gous dan Md Zhafran yang akan melangsungkan pernikahan hari ini. Bertemakan Pakistan, Fouziah memilih busana berwarna ungu muda dan kuning manakala Zhafran mengenakan baju putih dan biru muda.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Tema Pakistan dipilih kerana keluarga Fouziah dikatakan mempunyai darah keturunan dari sana. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 29 September di Hotel Marriot Putrajaya.

Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fouziah Gous dan CST Production.


Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Pada Inspitari tahun lepas, JKKN Negeri Sembilan telah mempersembahkan Tari Piring Lambong. Tari Piring Lambong dicorakkan oleh koreografer JKKN yang disuntik gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.

Apakah bentuk tari yang akan dipersembahkan oleh mereka untuk Inspitari 2013? Inspitari 2013 bakal berlangsung di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Like Facebook kami untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pas masuk terhad percuma!

 
Written by serenity | June 2nd, 2013

Semalam telah selamat berlangsung majlis pertunangan pelakon Fouziah Gous dengan seorang pemuda bernama Md Zhafran Md Yusof di Bora Asmara, Ampang, Kuala Lumpur. Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.


Buat pengetahuan anda, Sabtu lalu satu lamaran istimewa telah dilakukan oleh Zhafran kepada Fouziah di atas helikopter. Majlis perkahwinan mereka dijangka akan berlangsung beberapa bulan lagi. Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fouziah Gous dan projek Two Pi ini ialah salah satu perkhidmatan CST Production.