Written by serenity | May 11th, 2018

Beberapa artis Malaysia dikecam di media sosial kerana berbangga menyokong Tun Mahathir walaupun tidak pernah menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu sebelum ini. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi walaupun menyatakan kegembiraan atas kemenangan parti pimpinan Tun M dalam Pilihanraya Umum ke 14 dan memuat naik gambar dengan Tun ke media sosial masing-masing.

Sebaliknya, artis seperti Fathia Latiff dipuji Netizen kerana menunjukkan sokongan terhadap Tun Mahathir walaupun di saat parti pimpinannya belum membentuk kerajaan sebelum pilihanraya lagi.

Fathia menulis:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 2nd, 2018

Kontroversi tarian ghairah di Bigo Live dengan pelakon Natasha Elyzza menyebabkan jelitawan Fathia Latiff dikecam hebat Netizen.

Susulan kontroversi itu, Natasha Elyzza telah enam bulan tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehingga merayu untuk diberikan peluang terakhir bagi menceburi bidang lakonan semula.

Terbaru, Fathia Latiff juga menyatakan rindu untuk berlakon melalui satu tweet yang ditulisnya.

Tweet itu menyebabkan netizen mempersoalkan sama ada benar Fathia sudah tidak menerima tawaran berlakon. Fathia seterusnya mengkritik sebuah stesen televisyen tersohor, menyatakan dia tidak kisah digam oleh stesen tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 16th, 2018

Pelakon jelita Fathia Latiff sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai industri hiburan, isu semasa dan isu politik. Bagaimanapun, komentar yang dibuat oleh Fathia tidak mendapat sambutan baik dari Netizen, yang selalunya menghentam Fathia atas kenyataan berbentuk kontroversi itu.

Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa merasa terkejut kerana terlihat komen-komen yang dibuat Fathia di siaran langsung Instagram yang dibuat oleh Iqram Dinzly.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 13th, 2018

Berita mengenai penahanan Datuk Farid Kamil kerana menyerang anggota polis dan orang awam di sebuah balai polis trafik menarik perhatian ramai pihak, terutamanya selebriti. Pelakon Ridzuan Hashim mendakwa telah ditampar aktor yang sama hari sebelumnya, manakala ramai selebriti menyatakan sokongan terhadapnya, antaranya Sharifah Amani dan Sofi Jikan.

Melalui Twitter, pelakon jelita Fathia Latiff juga telah menulis satu tweet yang mendapat reaksi ramai berkenaan Farid. Dia katanya,ganja tidak harus dipersalahkan, dan polis juga patut diperiksa sama ada urin mereka positif ganja:



Tweet Fatiya telah mendapat reaksi sinis dari Netizen:


Fathia juga mengatakan polis sepatutnya merahsiakan mengenai penahanan Farid:


Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa Fatiya tidak perlu menyalahkan orang lain:



Mengikut kemaskini gambar di Instagramnya, Fathia kini sedang bercuti di Berlin, Jerman.

Sebelum ini, Fathia juga membuat beberapa kenyataan di Twitter mengenai industri hiburan, isu semasa dan politik yang menjadi viral dan mengundang kritikan Netizen. – beautifulnara.com

Page 1 of 41234