Written by serenity | November 5th, 2012

Mungkin betullah kata sesetengah orang, kalau mempunyai hubungan percintaan,elakkan pasangan kerap bergambar bersama, simpan sedikit kemanisan itu untuk hari bahagia. Boleh dikatakan jarang kita lihat Farid Kamil dan Diana Danielle bergambar bersama sebelum ini. Hari ini melalui Harian Metro Online Farid mengakui yang dia memang tidak mahu terlalu ‘exposed’ tentang perhubungannya dengan Diana sebelum ini.


Photobucket
Photobucket

 Kami bertemu di majlis Lord’s Tailor. Saya terserempak dengan mama dan terus bertanya, “Diana mana auntie?”. Kemudian saya bertanya lagi, Diana ‘single’ lagi ke tak? Saya tidak perasan yang dia di belakang saya.

Ketika itu dia menoleh dan terus bertanya awak single ke tidak? Kalau awak single saya nak ajak awak jalan sekali nanti dan selepas itu kami tidak pernah jumpa.

Satu hari saya menghubungi Diana. Saya mahukan dia untuk membintangi filem arahan saya. Dia tanya berapa banyak ‘scene’ dan saya kata tidak banyak. Tapi saya sambung ‘scene’ dengan dia di luar lokasi (ketawa).

Sebaik kami meyakini bahawa hubungan ini serius, kami berdua sepakat untuk tidak terlalu ‘expose’ kerana mahu menyimpan sedikit kemanisan untuk saat-saat bahagia seperti hari ini. Baru boleh duduk rapat-rapat dengan dia.

Macam itulah sifat terpuji seorang lelaki yang gentleman. Gambar romantik habis pada hari pernikahan saja. Di harap kata-kata Farid ini akan menjadi ikutan anak muda di luar sana agar tidak terlalu ‘exposed’ tentang perhubungan dengan teman istimewa untuk menjaga kemanisan hari bahagia. Buat pengetahuan anda, set gambar-gambar ini ialah dari FotoCantik Studio. Sila like Fanpage mereka sebagai tanda sokongan.

 
Written by serenity | November 5th, 2012

Kalau sebelum ini kita sudah melihat gambar-gambar pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle dari kamera telefon bimbit abang Nara, apa kita kita lihat gambar-gambar dari jurugambar profesional Annas Easkey pula. Gambar-gambar yang memaparkan kegembiraan pasangan pengantin baru ini sememangnya cantik sekali.

Photobucket

PhotobucketJika ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat Annas Easkey bagi merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda, sila like Fanpage Annas Easkey Photography bagi mendapatkan maklumat terkini. Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Anda berbakat dalam gubahan muzik dan susunan lagu? Anda berminat untuk menampilkan bakat anda dengan memberi nafas baru pada lagu-lagu rakyat? Kami perlukan anda! Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)sedang menganjurkan Pertandingan Gubahan Lagu Rakyat yang memberikan peluang kepada anda untuk menggubah, menyusun muzik dan memberikan suntikan segar kepada lagu rakyat. Hadiah utama berjumlah RM 8,000 menanti anda! Untuk maklumat syarat dan borang penyertaan, telefon kami di 03-2614 8206 atau layari http://www.facebook.com/JKKNHQ !

 
Written by serenity | September 27th, 2012

Filem Dampak ialah merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap musuhnya yang menetap di bandar. Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.

Photobucket

Photobucket

PhotobucketFilem ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada 27 Julai.    Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi. Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Andy Mak dan  Lai Yuk Long. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Dampak.

 
Written by AbangNara | June 10th, 2009

diana daniele

Dasar orang cantik, Diana Danielle dah pun dapat jumpa pakwe baru untuk gantikan si Syamsul tue. Boleh tahan high taste jugak si DD nie. Khabarnya Farid Kamil adalah pakwe baru Diana Danielle.

Pelik jugak kitorang sebab sebelum nie kecoh Farid Kamil dengan Lisa Surihani. Mungkin ke cintanya ditolak Lisa jadi Farid Kamil pergi ngorat Diana Danielle pulak?

Dah la sekarang nie DD tengah PLKN lagi. Pelik jugak macam mana diorang sempat wat hubungan cinta. Mungkinkah Farid Kamil terjatuh hati lepas tengok gambar DD pakai baju askar kat Kem Heliza?

Kalau korang nak tengok gambar terbaru Diana Danielle di PLKN Kem Heliza, sila baca artikel ini sepenuhnya.