Written by serenity | June 11th, 2013

Sebenarnya sukar untuk ditelah apa yang sedang bermain di fikiran Farid Kamil waktu ini. beberapa minit lepas, Farid telah menulis di Twitter mengenai ibu mertuanya yang disifatkannya ‘lain dari mertua yang lain’.

Dan pastinya tweets Farid itu menimbulkan beberapa tanda tanya. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu jiwa Farid sehingga beliau menulis tweets sedemikian? Bagaimana pun, pada pendapat kami, dalam keadaan Diana Danielle yang dikhabarkan sarat mengandung, mungkin Farid patut menyimpan dulu pendapat peribadinya tanpa dikongsikan pada orang ramai.

Ahad lepas Farid telah memuat naik gambar bayi ke instagram dengan kapsyen ‘my boy’ sehingga menimbulkan spekulasi yang bayi itu adalah anaknya yang dikatakan telah lahir, sedangkan bayi itu sebenarnya anak kepada adik Farid yang baru bersalin.

Nasihat kami, dalam keadaan begini, jauhi dari media sosial. Apa pendapat anda?

Written by serenity | June 10th, 2013

Akhirnya Farid Kamil memberikan reaksi berhubung khabar yang isterinya Diana Danielle telah bersalin penghujung Mei lepas.

Melalui media Keek MIG Online, Farid Kamil berkata Diana sedang berada dalam fasa matang kehamilan dan dijangka bersalin 15 Julai ini dalam satu rakaman video pendek:

Kenyataan beliau ini sekaligus sebagai penafian dakwaan dalam ruangan pojok Kosmo! yang mengatakan Diana telah bersalin seorang bayi lelaki penghujung Mei lepas di sebuah hospital di Australia.

Menurut Farid Kamil:

…menjalani proses matang kandungan untuk selamat berada di sana. Juga dijangka lahir pada bulan tujuh, In Shaa Allah, 15 hari bulan. Jadi kita sama-sama doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi, akan meneruskan kerja saya. Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya–in advance.

Diharap dengan kenyataan Farid ini jelaslah semuanya ya. Kita tunggu saja perkembangannya nanti, semoga dipermudahkan.

Written by serenity | June 9th, 2013

Agak terkejut juga membaca laporan akhbar Kosmo! hari ini, yang pelakon Diana Danielle sudah selamat bersalin di Australia hasil perkongsian hidup dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil.

Ini ialah kerana sepanjang pemerhatian kami, tiada sebarang kemas kini mengenai kelahiran anak mereka di media sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh kedua-dua pelakon tersebut sehingga ke hari ini.


Menurut laporan tersebut, Diana telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan tempat tinggal Diana di sana sekitar penghujung Mei.

Untuk rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle telah melangsungkan pernikahan pada 3 November 2012, .dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan dia telah mengandung dan pengumuman itu menimbulkan spekulasi.

Apa pun, tahniah diucapkan sekiranya benar Diana telah selamat bersalin. Untuk makluman anda juga, tiada maklumat lain bekenaan kelahiran tersebut yang dapat diberikan buat masa ini.

Written by serenity | January 11th, 2013

Dalam Harian Metro hari ini, pelakon Farid Kamil menafikan yang isterinya, Diana Danielle tidak dibenarkan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia setelah berbulan madu selama dua minggu di Australia kerana tempoh kandungan yang melebihi had yang dikira selamat bagi bakal ibu yang mengandung untuk menaiki penerbangan.

Dan hari ini, Diana Danielle juga menafikan perkara itu dan menganggapnya satu fitnah.


Sebaliknya, Farid mendakwa isterinya ditinggalkan di Australia dan dia pulang seorang diri seminggu lepas kerana komitmen terhadap kerja lakonan dan temuduga Diana Danielle untuk pengajian ijazah di sana.

Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana.

Tambahnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.

Tambahnya lagi, keadaan isterinya di Sydney selamat dan tinggal buat sementara waktu bersama pelajar Malaysia di sana.