Written by serenity | April 15th, 2016

Beberapa jam lepas tersebar berita berbentuk spekulasi bahawa isteri Fahrin Ahmad telah hamil kerana kapsyen yang ditulis oleh Fahrin di Instagram.

Sebentar tadi, melalui Utusan Online, Fahrin telah mengesahkan bahawa isterinya yang bernama Elena Hani Eleas sememangnya berbadan dua.
 photo fahrin1.jpg.transformed_1.jpg

Katanya, Elena sedang hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.

Fahrin, 37, mengenali Elena, 38, ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 9 Mei tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Written by serenity | September 9th, 2014

Dua tiga hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Fahrin Ahmad yang dikatakan intim dengan pelakon Zara Zya. Khabarnya, kedua pelakon itu berbalas komen di Instagram.

Ada peminat yang memerhati dan mengusik mereka berdua. Boleh dikatakan ramai juga yang suka jika pasangan ini benar-benar bercinta. Maklumlah, keduanya sama kacak dan cantik dan dianggap sesuai berpasangan, bagai pinang dibelah dua begitu.

Namun hari ini, melalui mStar Fahrin menafikan yang dia berhubungan intim dengan Zara, malah katanya, bertemu Zara pun dia tidak pernah. Keluh Fahrin:-

Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu.

Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung.

Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra.

Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat.


Menurut Fahrin lagi dia sering kali dikaitkan dengan ramai wanita walaupun sekadar bertegur sapa.

Bukan apa tu, peminat sudah tak sabar-sabar hendak melihat Fahrin bergandingan dengan pasangan. Itu yang semakin galak mereka mengusik, manalah tahu, satu hari nanti usikan jadi kenyataan. Lagi pun ada jua di kalangan peminat Fahrin yang mengimpikan bergandingan dengan Fahrin tak gitu?

Apa pun semoga Fahrin akan menemui pasangan yang diimpikan satu hari nanti. Doakan yang terbaik.

Written by serenity | May 6th, 2013

Satu lagi filem yang diadaptasi dari novel cinta popular ialah Pilot Cafe. Novel asal ditulis oleh Ahadiat Akashah dan pelakon-pelakon utama filem ini ialah pelakon kacak Fahrin Ahmad serta heroin popular Izara Aishah dan Neelofa.




Buat masa ini filem ini sedang dalam proses penggambaran. Diarahkan oleh pengarah Osman Ali, mampukah filem ini untuk mencatat kutipan memberangsangkan seperti filem adaptasi novel yang juga diarahkan oleh Osman Ali iaitu Ombak Rindu?

Trivia filem ini, watak utama yang dipegang oleh Fahrin Ahmad pada asalnya dikatakan akan dibawakan oleh aktor kacak Aaron Aziz. Namun mungkin masih belum ada rezeki untuk menyaksikan gandingan Aaron dan Izara Aishah. Kalau dua pelakon ini bergandingan pasti meletup. Fahrin Ahmad memegang watak lelaki utama bernama Kapten Ameer Reza, Izara memegang watak Maya manakala Neelofa memegang watak Sharmila.

Antara pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Datuk Eizlan Yusuf, Keith Foo, Azad Jazmin dan ramai lagi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang percintaan yang berputik di sebuah kafe.

Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pilot Cafe.


Jangan lupa ke Karnival Seni Kreatif Kita pada 11 dan 12 Mei ini di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang, Johor. Karnival dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Bermacam-macam aktiviti menarik antaranya pameran, demonstrasi seni pertahanan diri Capoeira, persembahan kebudayaan, persembahan komedi “Lawak Ke Der” dan bermacam-macam lagi. Boleh bawa tikar dan makanan sambil berpiknik kita bersantai seni. Jom ramai-ramai!

 
Written by serenity | May 7th, 2012

Walaupun Fahrin Ahmad lebih suka membiarkan kisah silam berlalu, pelakon itu mengakui yang dia tidak sanggup untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya Scha Al-Yahya dengan Awal Ashaari.

Fahrin dengan pasangannya dalam drama Seindah Sakura, Fasha Sandha

Menurut DailyChilli, dia juga tidak menonton siaran langsung pernikahan mereka di Astro Jumaat lepas (bagaimanapun kerana masalah teknikal, Astro menyiarkan rakaman pada hari Sabtu).

Tetapi saya mendoakan kebahagiaannya. Saya tidak suka menyimpan dendam. Saya berdoa untuk semua wanita yang pernah saya cintai sebelum ini.

Menegaskan yang dia telah pun mengorak langkah, bintang siri Seindah Sakura itu menambah:-

Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa ini. Saya ikut nasihat ibu saya–untuk berkenalan dengan gadis seramai boleh supaya saya boleh buat keputusan untuk yang satu.

Jadi benarkah dia sedang bercinta dengan anak saudara kepada suami Dato’ Siti Nurhaliza iaiatu Datuk Seri Khalid?

Tidak, dia hanya kawan. Saya bekerja dengan ibunya yang merupakan seorang penerbit televisyen.

Fahrin menambah:-

Jangan risau. Saya akan mengumumkan khabar baik apabila tiba masanya. Saya seorang yang suka berterus terang. Apabila saya sedang mencintai seseorang, saya akan menyatakannya. Saya tidak suka menyorokkan perasaan.

 

***

Jom ramai-ramai ke Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada Jumaat hingga Ahad minggu ini (11 – 13 Mei 2012) jam 8.30 malam untuk pementasan Teater Bangsawan Badang yang dipentaskan oleh Kumpulan Alumni ASWARA. Masuk RM5 sahaja. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket Panggung Bandaraya sejam sebelum pementasan atau telefon 03-20523600 untuk tempahan. Anda pasti terhibur!

Page 1 of 212