Written by serenity | July 13th, 2015

Mula-mula sekali, siapakah Muhammad Farid Wajdi? Jawapan yang mudah, dia seorang pengguna Facebook. Baru-baru ini, hangat kisah pelakon dan model Emma Maembong menempelak peminat yang memperlekehkan dirinya kerana tidak mempunyai Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Muhammad Farid mempunyai pendapat dan nasihat buat adik-adik di luar sana berkenaan alasan yang diberikan Emma, bahawa masa depan kita tidak gelap tanpa pelajaran.

Adik-adik,

Jangan dengar cakap Emma Maembong. Kata dia, pelajaran ni tak penting. Kata dia SPM ni tak berapa penting. Kata dia, orang takda pelajaran tinggi pun boleh berjaya.

Adik-adik,

Memang ada orang yang tak berjaya dalam pelajaran, tapi dia kaya dan berjaya dalam hidup.

Tapi dik, berapa ramai pulak orang tak berjaya dalam pelajaran tapi dia hidup susah? Berapa ramai pulak orang yang takda pelajaran, tapi dia hidup miskin dan papa kedana?

Ramai, dik.

Malah ramai antara orang yang takda pelajaran tinggi ni, sanggup kumpulkan duit sebab nak sambung belajar balik. Ramai orang yang dah ada tanggungjawab dalam keluarga sedar bahawa pelajaran ni sangat diperlukan untok hidup lebih senang.

Adik-adik,

Emma Maembong tu artis. Dia jadi duta bagi banyak produk. Sekali jadi duta, paling kurang dapat RM10,000 sebulan. Ini paling kurang ni. Belum campur duit berlakon filem, duit berlakon drama, jadi tetamu undangan talk show, jadi pengacara, dan bisnes yang dia kembangkan.

Beza kita dengan dia, sangat jauh. Kita ni orang dalam sekolah kita pun tak kenal kita. Jadi alam dia dan alam kita berbeza. Dia artis, kita ni hanya rakyat biasa.

Tapi suatu hari nanti adikku, apabila dia dah kurang glamer, dah tak banyak berlakon drama, orang filem dah tak ambil dia berlakon, ketika itulah dia sedar bahawa dunia ini memerlukan orang yang lebih berilmu untok memegang dunia.

Jadi adikku, sebelum umur adik meningkat lebih tua, adik perlu sedar bahawa ilmu itu lebih penting dari segalanya.

Adik-adik,

Wajah tua akan memamah kecantikan. Kecacatan akan memakan bakat sukan. Kesakitan akan menghapus kuatnya tubuh badan. Namun, ilmu yang ada di minda akan sentiasa berkekalan. Ianya menjadi pedoman, dan penyuluh dalam kehidupan.

Adikku, ilmu dan agama sahaja yang menjamin kehidupan yang lebih baik. Cari lah ilmu itu walau di mana sahaja. Jangan pertikaikan orang berilmu itu miskin. Jangan persoalkan orang tak berilmu itu juga boleh kaya.

Kaya atau miskin, bukanlah satu ukuran dalam kehidupan. Yang penting bagaimana sikap kita apabila berhadapan dengan kehidupan. Jika kita tidak punya ilmu banyak, maka mudah tertipulah kita dengan orang yang lebih pandai. Jika kita tidak punya akal yang panjang, kita akan merana dilihat orang yang lebih berakal.

Adik-adikku,

Sijil dan ijazah itu memang tak penting. Tetapi kita hidup di dalam sebuah dunia yang memerlukan semua itu. Ingin bekerja kerajaan, sijil dan ijazah dipandang kira. Bekerja di syarikat swasta, sijil dan ijazah teramat penting, atau tidak, bersedialah kita sentiasa berada di bawah.

Kita dah tak boleh melawan sistem ini. Kita Perlu harungi untok hidup. Adik, nanti kau dah isteri, dah ada anak, ketahuilah kaulah orang yang akan menanggung mereka. Dalam kehidupan dalam negara yang mencabar ini, gaji kurang RM2,000 boleh dikatakan hidup suam-suam kuku. Hatta orang yang buat bisnes sendiri pun, walaupun dia sudah jadi jutawan, dia sanggup pergi belajar di universiti semula kerana tahu sijil dan ijazah tu sangat penting.

Memang rezeki ni Allah yang bagi. Memang ada banyak kes yang orang gajinya lebih kurang daripada RM2,000 hidup senang, tetapi sangat banyak kes orang yang hidupnya bergaji sedikit, hidupnya susah.

Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa mencari jalan terbaik untok memudahkan hidup kita. Tak lain tak bukan, mencari ilmu dengan lebih banyak.

Adik-Adikku,

Kalau ada orang yang nasihatkan adik supaya tak belajar tinggi-tinggi, ketahuilah orang yang menasihati itu bukan orang yang cerdik.

Ilmu ni, dik, penting sangat. Sampai satu tahap, kau akan terhimpit dalam kebodohan sendiri. Tatkala orang lain boleh hidup senang, kita baru nak menapak ke arah itu kerana kita baru sedar bahawa kehidupan berilmu ini sangat penting nilainya.

Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zukernberg berhenti belajar pun, setelah dia bosan dengan sistem pendidikan di universiti mereka. Mereka masuk Havard. Mereka masuk Oxford. Yang kita ni, masuk UiTM pun tak tentu lagi. Mereka ni memang dah sedia bijak. Yang kita ni, peperiksaan pun terkial-kial nak dapat markah lulus.

Adik-adik,

Kubur kita lain-lain. Sebab tu abang nak nasihat benda ni waktu hidup. Sebab nanti dah mati nanti, abang dah tak boleh bantu kau lagi.

Semoga kau selamat mengharungi kehidupan dik.

Kalau kau malas menjadi pandai, maka menderitalah kau menjadi bodoh.

Sekian.

Begitulah komen pajang Muhammad Farid. Ada juga benar katanya. Bukan semua orang memiliki wajah yang cantik jelita dan bakat berlakon seperti Emma. Kalau tiada sijil SPM hilang punca juga dibuatnya.

Apa pun, kita ambil yang baik dan buangkan yang tidak elok, tak gitu?

Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh kumpulan Teratak dari SK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 10 July 2015

Written by serenity | April 13th, 2015

Kontroversi yang melanda Zizan Razak kala ini berlaku dua bulan selepas percintaannya dengan pelakon Emma Maembong putus. Mungkin disebabkan itu terdapat desas-desus kontroversi pendedahan ini dirancang oleh bekas kekasihnya itu bagi menjatuhkan Zizan.

 photo 11084654_816571645046194_2015901715_n.jpg

Ketika ditanya oleh Zuan Azmi dalam program Melodi TV3 sama ada benar Emma mengenali dua wanita yang membuat pendedahan mengenai kelakuan Zizan, pelakon itu memberitahu:

Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh.

Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma.

Ketika ditanya sama ada Emma menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan tidak suka Emma hingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila mendapati Emma turut berada di tempat itu, seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan Emma, dia memberitahu dia tidak ambil tahu.

Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.

Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.

Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.

Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.

Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang.

Dengan penafian ini, dapatlah disimpulkan bahawa Emma bukanlah ‘dalang’ yang didakwa penyebab kepada kontroversi yang kini melanda Zizan Razak. Namun begitu, Emma mengakui dia kini rapat dengan seorang pelakon lelaki (mungkin merujuk kepada Kamal Adli) namun tiada apa-apa yang istimewa buat masa ini.

Betul juga kata Emma tu, benda yang lepas tak perlu dikenang. Bila kita sudah melalui fasa kesedihan, biasanya kita akan muhasabah diri dan menyedari bahawa everything is just the way it should be. Chewahh!

Selamat maju jaya diucapkan buat Emma.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 6 April 2015

Written by serenity | January 28th, 2015

Sebelum ini pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak pernah dikaitkan dengan pelakon jelita berdarah kacukan, Juliana Evans. Gosip tentang perhubungan mereka dihangatkan lagi apabila keduanya dilihat mengenakan cincin yang serupa dalam satu majlis hampir tiga tahun lepas. Namun gosip itu dinafikan oleh Juliana.

Bila Zizan dan kekasihnya Emma Maembong putus seketika sebelum ini, Juliana masih dikaitkan dengan Zizan. Ada yang memberi komen mengharapkan Zizan dan Juliana akan bersama semula.

Malah kami sendiri pernah membaca komen bahawa punca sebenar hubungan Zizan dan Emma putus ialah kerana Emma marah Zizan bertemu dengan Juliana apabila pelakon itu pulang dari melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat.

Sekali lagi melalui Utusan Online, Juliana menafikan dia mempunyai kaitan dengan apa jua yang sedang berlaku antara pasangan itu.

Ya, saya akui ada membaca mengenai komen itu. Itu sekadar pandangan dan pendapat peminat. Secara kebetulan, sekembalinya saya ke tanah air dua bulan lalu, tiba-tiba hangat diperkatakan mengenai kisah cinta mereka.

Sebab itulah agaknya peminat mengutarakan pandangan mereka. Bagaimanapun, saya merayu agak jangan membabitkan nama saya dalam hal ini. Sememangnya saya tidak ada kena-mengena.

Malah saya tidak pernah bertemu dengan mereka berdua sebaik pulang ke sini.

Dahulu ketika ada yang berkata mengenai saya dan Zizan, sebenarnya kami tidak pernah bercinta pun. Kami hanya rapat sebagai rakan baik disebabkan keserasian yang terjalin ketika bergandingan dalam beberapa buah filem.

Tidak pernah pun saya mengakui kami sedang bercinta sedangkan gembar-gembur mengenai hal itu disensasikan oleh pihak lain.

Gosip cinta itu lumrah dalam dunia seni. Masalah Zizan dan Emma biarlah mereka selesaikan sendiri dan didoakan agar bertemu jalan penyelesaian yang baik-baik sahaja.


Ish ish ish, kalau langsung tiada apa-apa hubungan cinta sebelum ini bagaimana pula kisah cinta Juliana dan Zizan boleh timbul?

Pelik juga ni, apatah lagi Juliana sendiri memberitahu tidak pernah berjumpa Zizan dan Emma semenjak pulang ke tanah air. Bahaya betul industri hiburan ni kan? Sabar je lah buat Juliana. Diharap selepas ini Juliana tidak akan dikaitkan lagi dengan pasangan Zizan dan Emma yang kini bercinta semula itu. Mari kita hormati permintaannya.

Written by serenity | January 9th, 2015

Semalam, kita diberitahu oleh Zizan Razak bahawa perpisahannya dengan Emma ialah disebabkan Zizan mahu membeli kereta mewah. Namun ramai yang tidak mempercayai alasan ini dan berpendapat ada sesuatu yang lain telah disembunyikan oleh Zizan. Dan Emma juga telah membuat satu status Twitter yang mempersoalkan mengapa Zizan takut untuk memberitahu perkara sebenar.

Jadi, sebenarnya ada perkara lain yang menyebabkan Emma makan hati? Apa pun, itu kini tidak penting lagi apabila Zizan melalui status Instagramnya memaparkan gambar terbaru mereka berdua dan memberi bayangan telah berbaik semula dengan Emma.

  Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih doa doa yang baik dari anda semua..i love u sayang #loveu #missu   A photo posted by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


LOL. Berkat doa peminat agaknya Emma mengambil keputusan untuk menerima Zizan semula. Diharap selepas ini, Zizan mengutamakan apa yang penting. Gaduh-gaduh ini perkara biasa dalam perhubungan, apa yang penting ialah kita sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk memperbaiki hubungan. Semoga perhubungan anda berdua sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat.

Page 1 of 212