Written by serenity | April 17th, 2015

Diana Danielle terpalit dengan dua kontroversi gambar seksi tahun ini. Kontroversi pertama ialah gambar di majalah Esquire yang menampilkan Diana hanya memakai bra dan seluar pendek hitam dengan tubuh berbalut bendera Amerika Syarikat.

Kontroversi kedua berlaku selepas itu melalui gambar dalam majalah Glam yang menampilkan Diana dalam gaun seksi dan dengan video aksi yang kurang disenangi masyarakat.

Pengarah Urusan syarikat pengurusan Diana, Prokuya Studios, iaitu Fadzil Zahari (yang juga adik ipar Diana), telah membuat permohonan maaf kepada orang ramai berhubung gambar-gambar itu melalui Berita Harian. Kata Fadzil:

Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung.

Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan.


Fadzil memberi alasan mengapa insiden itu terlepas dari pemerhatian dan pertimbangan mereka:

Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi. Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran. Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda.

Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung.

Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi. Sebenarnya pembikinan gambar untuk majalah kedua dilakukan lebih awal, iaitu sekitar awal tahun ini.

Saya pun tidak pasti mengapa selepas muka depan majalah antarabangsa versi Malaysia itu menjadi bualan, baru majalah lagi satu menerbitkan gambarnya? Saya mahu menjelaskan Prokuya Studios tidak bermaksud membangkitkan kemarahan sesiapa berhubung isu ini.

Bagaimanapun, Fadzil enggan memberi ulasan ketika ditanya mengenai keberanian Diana bergambar sebegitu serta penerimaan keluarganya berkenaan isu panas hasil sesi fotografi kakak iparnya itu. Dia juga enggan mengulas tentang sebab Diana sukar dihubungi walaupun sebelum kedua-dua kontroversi itu berlaku.

Pada pendapat kami, Diana tidak perlukan pertimbangan pihak pengurusan untuk membuat keputusan sama ada patut membabitkan diri dengan sesi fotografi seperti itu. Sebagai seorang wanita dewasa yang hidup di kalangan masyarakat Malaysia yang mementingkan kesopanan wanita, apatah lagi sebagai seorang ibu, ditambah pula kita kini berada dalam era Internet di mana isu panas mudah diviralkan, dia seharusnya tahu apa batasnya dan garisan mana yang tidak patut dicerobohi atas nama kebebasan.

Bagaimanapun, ini hanya pandangan kami saja, terpulanglah Diana henda menerima atau tidak, kerana dirinya yang menjadi cemuhan bila bergambar seksi. Semoga sukses diucapkan buat Diana.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 16 April 2015

Written by serenity | July 2nd, 2013

Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:

faridkamilz
Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds


Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.

Kredit gambar, Instagram Farid Kamil.


KL Festival kembali untk tahun 2013! Pelbagai program dengan pengisian menarik bakal dilaksanakan untuk anda, merangkumi program seni persembahan, seni tampak, warisan, permainan tradisional, bahasa dan persuratan, rekreasi, pelancongan serta makanan tradisional. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.klfestival.org.my/

Written by serenity | June 10th, 2013

Akhirnya Farid Kamil memberikan reaksi berhubung khabar yang isterinya Diana Danielle telah bersalin penghujung Mei lepas.

Melalui media Keek MIG Online, Farid Kamil berkata Diana sedang berada dalam fasa matang kehamilan dan dijangka bersalin 15 Julai ini dalam satu rakaman video pendek:

Kenyataan beliau ini sekaligus sebagai penafian dakwaan dalam ruangan pojok Kosmo! yang mengatakan Diana telah bersalin seorang bayi lelaki penghujung Mei lepas di sebuah hospital di Australia.

Menurut Farid Kamil:

…menjalani proses matang kandungan untuk selamat berada di sana. Juga dijangka lahir pada bulan tujuh, In Shaa Allah, 15 hari bulan. Jadi kita sama-sama doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi, akan meneruskan kerja saya. Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya–in advance.

Diharap dengan kenyataan Farid ini jelaslah semuanya ya. Kita tunggu saja perkembangannya nanti, semoga dipermudahkan.

Written by serenity | June 9th, 2013

Agak terkejut juga membaca laporan akhbar Kosmo! hari ini, yang pelakon Diana Danielle sudah selamat bersalin di Australia hasil perkongsian hidup dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil.

Ini ialah kerana sepanjang pemerhatian kami, tiada sebarang kemas kini mengenai kelahiran anak mereka di media sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh kedua-dua pelakon tersebut sehingga ke hari ini.


Menurut laporan tersebut, Diana telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan tempat tinggal Diana di sana sekitar penghujung Mei.

Untuk rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle telah melangsungkan pernikahan pada 3 November 2012, .dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan dia telah mengandung dan pengumuman itu menimbulkan spekulasi.

Apa pun, tahniah diucapkan sekiranya benar Diana telah selamat bersalin. Untuk makluman anda juga, tiada maklumat lain bekenaan kelahiran tersebut yang dapat diberikan buat masa ini.