Written by serenity | February 28th, 2012

Pelakon Azean Irdawaty , seperti laporan Mstar Online, merayu kepada orang ramai untuk mengadakan solat sunat hajat untuknya sebagai “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun semalam.
Photobucket
Azean berkata, keadaan kesihatannya semakin kritikal kerana penyakit Lymphedema: kesan pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

Syukur Alhamdulillah, hari ini (27 Februari 2012) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh.

Dalam SMS kepada Mstar, Azean memberitahu dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas. Badannya juga berasa panas. Tertekan dengan situasi yang dihadapi; dia memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat).

Beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi keinginan seniwati tersebut selain mendoakan kesakitan yang dialaminya itu berkurangan.

Kepada pembaca BeautifulNara.com yang budiman, marilah kita bersama mendoakan buat Azean dan solat hajat untuk mengurangkan kesakitannya. Semoga Kak Yan sembuh segera, amin.

Written by serenity | October 20th, 2011

Menurut Azean Irdawaty, adalah memalukan baginya untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan kansernya, tetapi dia tiada pilihan. Bil perubatan Azean mencecah RM 30,000 sebulan dan dia pula adalah penyumbang pendapatan utama dalam keluarga. Menurut DailyChilli, ratu filem Malaysia itu, sekarang terlantar di atas katil sahaja dan sedang melawan kanser tahap keempat. Kanser sudah merebak ke tulang belakangnya, menurut doktor.

Azean ditemani dua jururawatnya

 Saya sudah pergi ke hospital kerajaan tetapi mereka tidak melayan saya dengan baik, jadi saya berada di Hospital Beacon kerana salah seorang peminat saya ialah doktor di hospital ini dan dia menaja rawatan saya di sini selama seminggu.

Beban kewangannya adalah disebabkan oleh CyberKnife (satu rawatan radiosurgeri terbaru untuk membunuh tumor), bekalan ubat-ubatan, jururawat-jururawat peribadi, pakar fisioterapi, lampin dewasa dan yuran guaman anaknya, Benjy yang ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah tahun lepas. Tetapi Azean yang disukai ramai kerana karismanya sebagai seorang aktres, menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Saya bukan jenis yang akan bersedih dan bertanya ‘kenapa saya’? Saya pilih untuk kekal positif. Saya mahu berasa sihat dan meraikan setiap detik dalam kehidupan saya.

Dia juga dikatakan mahu kelihatan segar kerana itu dia mengenakan solekan di hospital. Katanya sambil ketawa:-

Apabila saya mula dikesan dengan kanser payudara tahap ketiga pada tahun 2007, doktor kata saya hanya ada masa 2 tahun untuk hidup dan dia meminta saya untuk menulis wasiat. Tapi saya beritahu doktor yang saya minta Tuhan untuk hidup 20 tahun lagi, dan saya masih di sini.

Peminat-peminat yang bermurah hati boleh menyumbang kepada Azean melalui:-

Akaun bank  RHB: 16240100009490

***

Temasya Pantai Timur akan berlangsung dari 21 – 23 Oktober ini bertujuan untuk mengangkat serta menyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara sebagai mercu tanda serta ikon seni budaya Malaysia.
Antara pengisian temasya ini ialah pergendangan Pantai Timur, perarakan budaya, persembahan kesenian, pameran demonstrasi jualan dan aktiviti interaktif.  Untuk jadual penuh aktiviti-aktiviti, muat turun di sini. Atau telefon 09 – 517 8466 (JKKN Pahang).