Written by serenity | November 27th, 2013

Beberapa hari lepas, akhbar Kosmo! melaporkan tiada perkembangan berhubung Fizz Fairuz yang dikatakan mahu merisik Almy Nadia, manakala Almy  telah memuat naik satu status yang menunjukkan dia seolah-olah ditipu oleh seseorang. Status ini tersebar luas dan ini menimbulkan spekulasi bahawa status itu merujuk kepada Fizz Fairuz yang khabarnya masih belum masuk merisik Almy seperti yang dijanjikan.

Hari ini melalui Sinar Harian, Almy menafikan status itu dimuat naik ke Twitter, sebaliknya diambil dari WeChat beliau.

Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.

Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan.


Almy memberitahu yang dia cukup kesal dengan penyebaran status WeChat itu kerana pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut berhubung pekara itu.

Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.

Almy turut menafikan status itu ada kaitan dengan sesiapa.

Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.

Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya.

Almy juga enggan memberikan komen berhubung soal perkahwinannya dengan Fizz:-

Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini.

Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga.

Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri.

Mungkin Almy mengambil keputusan untuk mendiamkan diri kerana merasakan itu tindakan selamat untuk diambil. Ialah, sebagai seorang wanita, Almy pasti akan dikritik jika dia kelihatan melebih-lebih.

Apa pun bersama kita doakan pasangan ini akan bersanding di jinjang pelamin jua satu hari nanti.

Written by serenity | February 21st, 2013

Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.

Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.

Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).

Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.

Jika anda ingin mendapatkan berita lanjut, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.

Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.

Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.

Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.

***

Jangan lupa saksikan siaran langsung Pertandingan Akhir Mimpi Ke Bintang, pada 16 Mac 2013 (Sabtu) yang menampilkan persaingan antara individu-individu yang mempunyai bakat unik dan sukar ditemui di Malaysia, hanya di TV2 @ Astro 102 @ TVi


Jangan lupa juga saksikan Lantai Cilik, pertandingan tarian tradisional antara kumpulan dari sekolah rendah seluruh Malaysia dan MyEKspresi, program pencarian koreografer baru terunggul Malaysia. Dibawakan khas oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan RTM!

Written by serenity | February 18th, 2013

Sepanjang minggu lepas, heboh juga kisah pertunangan mengejut pelakon Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahang. Yang nyata tunangannya bukanlah Almy Nadia, pelakon yang sudah tujuh tahun bercinta dengannya sebelum ini. Beberapa media telah menyatakan yang Fizz dukar dihubungi dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menerangkan tentang pertunangannya yang mulanya dibuat secara diam-diam.

Malah ketika dihubungi wartawan Melodi TV3 semalam, Fizz memberikan alasan yang dia tidak dengar suara pemanggil kerana ‘telefonnya rosak’.

Fizz dan Almy, sewaktu masih bersama

Laporan di Harian Metro sebelum ini juga ada menyatakan yang Fizz bengang kerana tidak tercalon untuk ABPBH 2012. Dalam Bi-pop semalam pula, Fizz dikatakan turut berkelakuan seolah-olah ingin ‘melarikan diri’ sebelum ini apabila ditanya sama ada benar dia bengang dirinya tidak dicalonkan untuk ABPBH 2012.

Almy melalui pelbagai sumber berita menyatakan dia tidak mahu memberikan kenyataan selagi Fizz sendiri tidak memberikan kenyataan. Melalui portal Murai, Almy menyatakan dia tidak mahu bercakap banyak kerana Fizz kini tunangan orang dan dia juga berharap Fizz berbahagia dengan pilihannya.

Ramai yang datang kepada saya bersedih dan menangis kerana bersimpati atas apa yang terjadi dan saya sendiri tidak mampu hendak berkata apa-apa kerana saya akui begitu besar dugaan Tuhan kepada saya kali ini.

Namun alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan baik dan rapat yang sentiasa bersama saya untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk.

Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu mengganggu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia.

Almy juga ada menyatakan yang dia mahu fokus lebih kepada anak angkat dan kerjaya seninya sahaja selepas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada Almy. Manalah tahu Almy akan tercalon ABPBH tahun depan pula, kan? Tuhan maha kaya.

Written by serenity | February 12th, 2013

Pada 10 Februari lepas, Fizz Fairuz telah bertunang dengan seorang gadis dari Kuantan, Pahang yang juga ahli kelab peminatnya, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Hari ini Almy melalui Harian Metro menyatakan dia tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata tentang pertunangan Fizz dengan wanita itu.

Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.

Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah.

Almy enggan membuka mulut selagi Fizz belum memberi kenyataan tentang pertunangannya itu. Almy juga menafikan dia mempunyai orang lain yang menyebabkan Fizz membuat keputusan bertunang secara diam-diam.

Almy juga dikatakan menyifatkan hubungan mereka putus kerana dia (Almy) bukan orang kaya.

Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.

Buat masa ini saya mahu berdiam diri, tiada sesiapa yang memahami melainkan Allah.

Diharap Almy dapat bertabah dalam menghadapi dugaan ini. Pastinya gadis secantik Almy boleh mendapat pengganti dengan mudah di luar sana. Semoga bertemu dengan yang lebih baik!