Written by serenity | August 11th, 2015

Isteri mana yang tak angin jika suaminya dikaitkan dengan wanita lain, ya tak? Mungkin itu juga yang berlaku pada Almy Nadia apabila memuat naik satu status Instagram memerli pelakon wanita yang dikatakan digoda oleh suaminya Fizz Fairuz, iaitu Fara Mendoza.

Menurut Almy, Fara ialah seorang artis baru yang tidak banyak job dan mahu job. Secara sinis, dia meminta penerbit drama mengambil Fara berlakon dalam drama mereka.
 photo fara1.jpg

almynadia86 Assalammualaikum semua selamat petang.. Hujan lebat petang nih ribut.. Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu.gelak sambil golek2 ngan anak .. Menikmati hari yg sejuk nih… Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita “FOLLOW ARTIS BAHARU INI” kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia.. #hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps#kauigtkaubesarsgt #jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 @ayang_abbas @fizzfairuz   3min

Bagaimanapun, mungkin atas sebab tertentu, Almy telah memadam status yang dimuat naik olehnya itu.

Fara yang juga pelakon di bawah naungan Metrowealth mendakwa mempunyai bukti bahawa lelaki yang berbual dengannya di WeChat sememangnya Fizz. Setakat ini, bukti tersebut masih belum dikeluarkan oleh beliau.

Mungkin kini terdapat seribu kekesalan buat Fara kerana mendedahkan screenshot perbualannya dengan lelaki yang menggunakan nama Fizz Fairuz itu kepada umum, namun nasi sudah menjadi bubur. Sebagai pelakon baru, dia sepatutnya bertindak lebih bijak kerana kariernya baru saja bermula.

Diharap selepas ini Fara akan mengambil tindakan yang terbaik untuk membersihkan namanya.

Welcome to Malaysia..Our liaison officer currently in KLIA picking up our international group..Can you feel the fever My MasksFest 2015?? We’re so happy!!!welcoming them to Malaysia!!!!!

Posted by Malaysia International Mask Festival on Tuesday, 11 August 2015

Written by serenity | February 17th, 2015

Tahniah diucapkan buat pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz atas kelahiran anak sulung mereka pada pukul 6.49 petang semalam di Hospital Columbia Setapak. Bayi mereka itu merupakan seorang baby girl dengan berat 3.25 kilogram.

Alhamdulilah… Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami,terima kasih atas semua yg mendoakan… @fizzstarsfc @umieaida818 @errafazira @emeldarosemila @iamlisasurihani @divaazwanavazz @ziranabil @iqramdinzly @kuyeen @novamac61 @hafeezita @ctsalimah81

A photo posted by [email protected] (@fizzfairuz) on

Khabarnya juga Fizz dan Almy masih belum bersedia kongsi wajah anak itu dengan umum. Bagaimanapun, bayinya pasti comel seperti ibunya tak gitu? Selamat berpantang buat Almy Nadia dan tahniah diucapkan buat mereka berdua. Semoga mendapat kesihatan yang baik dan semua urusan dipermudahkan.

Written by serenity | April 28th, 2014

Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Pasangan ini pernah putus hubungan namun percintaan mereka terjalin semula.


 photo 10245903_723571484348487_1584033347_n.jpg
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan dan menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri seperti yang diimpikan.

Koleksi gambar ini ialah dari thePermaisuris. Lagi 24 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 27th, 2013

Walaupun menguncikan mulutnya rapat-rapat soal perkahwinan dengan teman lelakinya yang sudah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun, ramai yang mahukan Almy Nadia dengan Fizz Fairuz berkahwin.

Maklumlah, sudah bercinta begitu lama, malah Fizz pernah bertunangan dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar tetapi pertunangan itu putus tidak lama kemudian kerana Azlyn didapati isteri kedua seorang ahli perniagaan pula. Macam plot fillem, bukan?

Satu Malaysia tahu kisah Almy yang kecewa tetapi reda sewaktu mengetahui tentang berita pertunangan itu hanya melalui Internet.

Oleh sebab itu, ramai yang menasihatkan Almy supaya mencari lelaki lain yang menyayanginya. Apatah lagi, Almy yang telah berjaya menguruskan badan kelihatan semakin cantik sejak bertubuh kian langsing, pasti tidak ada masalah untuk mencari pengganti.

Namun begitu, kami mendapat khabar yang Almy sebenarnya sudah bertunang, dan kami pasti dia sudah bertunang dengan Fizz Fairuz. Bagaimana kami pasti? Ini kerana tuan punya badan sendiri sudah mengesahkannya dalam satu program hiburan terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.


Dalam program “Betul Ke Bohong?” musim keempat, episod sembilan, Almy telah mengajukan persoalan sama ada beliau benar telah bertunang kepada peserta program tersebut, dan jawapan yang diberikan kepada program tersebut ialah ‘betul’.

Tahniah diucapkan.


Saksikan program di bawah  MyGempak RTM & JKKN! Saksikan kehangatan Planet Joget Mygempak pada setiap Selasa jam 9.00 malam di TV1 atau saksikan rakaman Suku Akhir 3, 4 dan Separuh Akhir 1 pada 8 Disember ini pada jam 2.00 petang, 5.00 petang dan 8.00 malam (3 sesi rakaman) secara LIVE di Auditorium Perdana, Angkasapuri Rtm Kuala Lumpur ! Untuk adik-adik cilik jom saksikan Lantai Cilik RTM pada setiap Sabtu mulai 7 Disember ini jam 1.00 ptg hanya di TV2!