Written by serenity | December 17th, 2015

Pelakon Almy Nadia dilihat tidak lagi berlakon untuk sebarang projek terbaru setelah melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon Fizz Fairuz. Almy mengakui tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon walaupun merasa rindu untuk berlakon semula.
 photo image.jpg
Dia juga ditanya sama ada sudah berjaya menguruskan badan, menyebabkannya tawar hati dan memilih untuk meneruskan perniagaan sengkuang calit sahaja. Kata Almy kepada Sinar Harian:

Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi.

Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga.

Almy memberitahu dia juga akan mengambil kira faktor bayaran sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan.

Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran. Sekiranya penggambaran sembilan hari hanya dibayar RM1,000 atau 2,000, lebih baik saya berniaga.

Almy juga mendakwa pelakon baharu sering menjadi pilihan penerbit dan stesen televisyen kerana mereka boleh dibayar rendah dan mudah untuk dikerah.

Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon.

Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal.

Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa.

Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV.

Kenyataan Almy itu turut mendapat reaksi dari pelakon Azhar Sulaiman.

Btw…….Pihak Produser suka ambik pelakon pelakon baru bukan sebab mereka mahu:-1-muka cantik sahaja tapi tak reti…

Posted by Azhar Sulaiman on Wednesday, 16 December 2015

Apa pun, Almy cantik dan berbakat juga orangnya, cuma mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak seperti kebanyakan wanita. Sekiranya membabitkan diri dalam perniagaan lebih memuaskan hatinya, selamat maju jaya diucapkan buat Almy. Apa pendapat anda?

Written by serenity | October 17th, 2015

Baru-baru ini pelakon Almy Nadia telah memuat naik gambarnya dengan anak di Instagram. Seorang pengikutnya telah memberikan pandangan untuk Almy menjaga imejnya seperti hot mama Rozita Che Wan atau Che Ta yang sentiasa bergaya dan menawan.

Mungkin agak terganggu dengan komen pengikutnya itu, Almy meminta agar dirinya tidak dibandingkan dengan Che Ta.


 photo 11349240_1491114554550247_1277339651_n.jpg

 photo almy.jpg

 photo wp_ss_20151017_00021.png

Mendakwa dirinya sedang berada dalam van untuk perjalanan bagi menjalankan perniagaan, dia hanya memakai pakaian ringkas seperti kemeja-T saja. Dia seterusnya memuat naik gambarnya ketika sedang berniaga.


 photo wp_ss_20151017_00031.png
 


 photo wp_ss_20151017_00041.png
 


 photo wp_ss_20151017_00051.png

Mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Almy. Che Ta banyak menumpukan pada perniagaan secara online iaitu tudung dan wangian yang mendapat sambutan ramai. Lain pula ceritanya dengan Almy yang lebih banyak berniaga dengan berpanas di karnival atau gerai dan bertemu secara langsung dengan pelanggan.

Bagaimanapun, mungkin Almy tidak perlu bersikap terlalu defensif dengan komen pengikutnya. Asalkan kita tak buat apa-apa kesalahan, tidak perlu mempertahankan diri, bukan? Semoga perniagaan Almy bertambah maju dan semoga Almy mencapai apa saja yang diimpikan selepas ini.

Jom meriahkan Festival Of ASEAN Cultural Expressions 2015 #face_2015 pada 15 – 20 Oktober 2015 bertempat di NU Sentral,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 13 October 2015

Written by serenity | September 17th, 2015

Isu yang dibangkitkan oleh Fara Mendoza mengenai perbuatan Fizz Fairuz cuba menggodanya melalui aplikasi sosial WeChat telah pun hampir dilupakan. Namun hari ini ia hangat kembali apabila Fara tampil membuat kenyataan yang dia telah menghantar semua screenshot perbualan Fizz di WeChat kepada isteri Fizz iaitu Almy Nadia setelah wanita itu menyindirnya di Instagram.

Dari gaya jawapannya kepada soalan pemberita, Fara seolah-olah berasa puas hati kerana berbuat begitu setelah disindir. Dakwanya Almy tidak membalas mesej-mesej yang dihantarnya dan baru tahu Fara bercakap benar setelah membaca semua mesej itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Almy memberitahu Harian Metro yang Fara seorang yang tiada kerja.

Saya hanya mampu gelak dan bersimpati dengan dia. Nampak sangat dia terdesak meraih perhatian dan publisiti.

Saya minta jasa baik penerbit berilah peluang dia berlakon. Kasihan dia tidak ada kerja dan buat begitu sebab mahu menang anugerah.

Kalau tidak, sudah tentu dia kunci mulut sebab kes itu sudah lama selesai.

Almy memberitahu sekiranya Fara ingin meneruskan provokasi, dia sepatutnya mengemukakan bukti kukuh berserta laporan polis dan mendedahkannya kepada umum.

Ramai juga yang ingin membaca apa sebenarnya yang ditulis oleh Fizz Fairuz kepada Fara di WeChat. Perbualan Fizz dikatakan berbau godaan dan seksual, namun setakat ini Fara masih belum mendedahkannya kepada umum. Adakah Fara akan memberi reaksi kepada kenyataan Almy? Bersama kita nantikan.

SNAPSHOT 5 Kumpulan yg akan BERJUANG bagi merebut JUARA Lantai Cilik Musim Ketiga! Dtg berikan sokongan kpd perjuangan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015

Written by serenity | September 17th, 2015

Beberapa minggu lepas kecoh seketika apabila seorang pelakon yang tidak begitu dikenali, Fara Mendoza memuat naik screenshot perbualannya dengan pelakon Fizz Fairuz di WeChat. Menurut Fara, Fizz cuba menggodanya menggunakan wang ringgit setelah mereka terserempak di penggambaran sebuah drama.


 photo 11875376_1473819952922979_1683041713_n.jpg

Hasilnya, dia mula dikenali ramai dan kini mempunyai ratus ribuan pengikut di Instagram. Pada masa itu, Fizz menafikan mengenali Fara, manakala Almy Nadia, isteri Fizz pula memuat naik satu status memerli Fara di Instagram.

Melalui Utusan Online, Fara memberitahu yang pada waktu itu, dia berasa tercabar apabila Almy menyindirnya.

Waktu dia kata begitu, saya masih boleh bersabar lagi kerana saya fikir kalau bercerita secara terperinci, nanti bukan setakat dia, keluarganya juga akan mendapat malu. Saya masih fikirkan hal keluarganya lagi…mempunyai anak dan isteri.

Jadi saya tampil kata, okey la mungkin itu akuan palsu Fizz dengan harapan cerita itu akan habis di situ sahaja. Tapi kesabaran saya tercabar apabila Almy Nadia tampil memperlekeh saya di laman Instagram miliknya. Dia kutuk saya tanpa usul periksa.


 photo 11820576_1613640885553378_324831047_n.jpg
Berikutan itu, Fara telah menghantar semua perbualannya dengan Fizz kepada Almy.

Daripada kata-katanya itu, seolah-olah saya ini terdesak sangat. Apa salahnya kalau dia rasa saya sengaja membuat cerita, terus telefon saya dan bertanyakan kedudukan sebenar. Dia boleh minta nombor saya daripada suaminya. Kenapa dia terus diam apabila saya hantar semua perbualan antara saya dengan Fizz.

Hah! barulah dia tahu, saya bercakap benar atau sengaja nak cari publisiti murahan. Saya harap di masa depan, janganlah suka-suka nak hentam orang tanpa usul periksa. Apa yang saya buat itu bukan untuk publisiti tapi sebagai amaran untuk Fizz agar tidak meneruskan perbuatan sebegitu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jangan lupa Sabtu ini, 19 September 2015 Hari penentuan kepada perjuangan 5 kumpulan Lantai Cilik Musim Ketiga ini dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015