Written by serenity | September 28th, 2015

Baru-baru ini, selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.


 photo abbyabadisr.jpg

Seorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.

 photo 1.jpg
Kami menyangkakan disebabkan terdapat keraguan dalam diri Abby mengenai status halal kek-kek tersebut dia akan membuangnya, rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

 photo 11312145_1631367953793675_966995465_n.jpg
 photo 11850271_1048116011879834_305754781_n.jpg

Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.

Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah siap.

Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak? Kredit gambar, Instagram Abby Abadi

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015

Written by serenity | August 30th, 2015

Abby Abadi telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Jai Ezzany, atau nama sebenarnya Muhammad Faizal Zakaria dua minggu lepas. Tidak perlu pergi jauh-jauh dan mahal-mahal untuk berbulan madu, pasangan ini memilih untuk ‘berbulan madu’ di Bersih 4.0 semalam.


 photo 11363776_1716124285273869_823378255_n.jpg
Abby yang sebelum ini memang agak vokal dengan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan mengongsi gambar-gambar mereka berdua di sana di akaun Instagram miliknya.


 photo 11925647_1608087382786633_1318642_n.jpg
 photo 11881616_512422702241152_880237095_n.jpg

Menurut Abby di akaun Instagramnya:

Penat dah sembang tentang BERSIH hari ni. Ambil peduli k. Jangan kata hakak tak payunggg hehe.. Ada yg kata apa yg kami buat ni sia2. Jangan perkecilkan. Kalau tak dapat hasilnya dalam masa terdekat, inshaALLAH utk anak cucu kita nanti. Jangan sombong sangat k. Nakkk berubah, kenaaa ada usaha. Doa senjata Umat ISLAM, tp doa jeee tak buat apa2 tak buleh juga….. Kita #UBAH ?
.
Terjemahan surat Ar-Ra’d ayat 11 artinya: “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

Nampaknya pasangan ini berkongsi minat yang sama dan itu adalah perkara yang baik. Semoga pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Written by serenity | August 14th, 2015

Sebentar tadi, selebriti Abby Abadi telah selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hatinya, Jai Ezzany atau nama sebenarnya, Muhammad Faizal Zakaria di Masjid As-Sobirin, Keramat, Kuala Lumpur.


 photo 11849381_1630436030571044_288310187_n.jpg

Perkahwinan ini ialah merupakan perkahwinan ketiga Abby setelah bercerai dengan suami sebelum ini, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Abby mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dengan aktor Norman Hakim.

Pasangan ini berkenalan tahun 2013 tapi Abby tak perasan kehadirannya. Mereka berhubung semula atas urusan kerja pada Disember 2014.

Semoga berbahagia diucapkan buat Abby. Diharapkan perkahwinan ini yang terakhir buat beliau dan kekal hingga ke syurga. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar HLive Official.

Mah meri from carey Island…come and visit their exhibition!!!

Posted by Malaysia International Mask Festival on Thursday, 13 August 2015

 
Written by serenity | June 10th, 2015

Walaupun perkahwinannya pernah gagal sebelum ini, Abby Abadi ternyata punya pesona sendiri yang menjadikannya rebutan. Terbaru, seorang lelaki secara terbuka menyatakan di akaun Instagram miliknya bahawa ibunya sudi menerima Abby sebagai menantu.

 photo 11103966_935208599834260_438796929_n.jpg

Lelaki itu secara terbuka juga menyatakan harapannya untuk mereka bahagia dalam satu keluarga.


 photo 11372556_1642879782625874_1029864314_n 1.jpg
Namun begitu Abby menjawab dia masih belum menerima dirinya untuk menjadi menantu ibu jaiezzany.
 photo abbyjawab.jpgBersabarlah, jika ada jodoh tak ke mana ya tak? Semoga apa yang dihajati akan tercapai satu hari nanti. Eh, tapi macam mana dengan Ustaz Khairul Azli?

Mari menyaksikan teater bangsawan ‘Kota Lukut’ pada 12, 13, 14 Jun ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam. Untuk tempahan tiket, hubungi 03-2614 8262.

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 6 June 2015

Page 1 of 712345...Last »