Written by serenity | November 20th, 2014

Pada 18 November lepas telah berlangsung majlis Islamic Fashion Festival 2014 di Hotel J.W Marriot, Kuala Lumpur. Ramai pereka fesyen seperti Calvin Thoo, Salikin Sidek dan Jarumas member sokongan kepada program ini, malah terdapat rekaan pereka dari Indonesia dan Singapura yang turut ditampilkan. Tidak ketinggalan para selebriti tempatan turut memeriahkan majlis ini. Jom kita jamu mata melihat fesyen artis-artis terkenal seperti Neelofa, Ziana Zain, Aaron Aziz, Rebecca Nur Al Islam, Kuza, Zahida Rafik, Iqram Dinzly dan ramai lagi di majlis ini.

A photo posted by Fatimah Mohsin (@fatimahmohsin) on

A photo posted by ZianaZain (@iamzianazain) on

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 17th, 2013

Sebuah filem aksi yang menampilkan Aaron Aziz yang memegang watak utama akan menemui penonton di pawagam dua hari lagi (19 September). Filem yang berjudul ‘Dampak’ rata-rata menerima rebiu yang positif dari pihak media. Filem ini diarahkan oleh Lai Yuk Long dan turut menampilkan Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Juliana Evans, Intan Ladyana, Michael Chin, Wan Hanafi Su, Yank Kassim dan Cat Farish.

 photo 1278013_164751563715443_1237414301_o.jpg
 photo 1277139_164751137048819_258225399_o.jpg
Dampak bermaksud ‘kesan’ atau ‘akibat’ dan apa yang cuba diketengahkan ialah dampak selepas pilihan yang dibuat dalam hidup, dan sebagai pengajaran, pilihan yang tepat perlu dibuat supaya akibatnya baik.

Filem “Dampak” mengisahkan kehidupan dan penggembaraan lima adik-beradik yang mahu membalas dendam terhadap musuh kepada ayah angkat mereka–seorang bekas gengster yang menyimpan satu rahsia silam.

Lai Yuk Long memberitahu yang dia memberi fokus yang lebih kepada babak aksi dan penceritaan seperti novel grafik untuk filem Dampak ini. Saksikan treler filem ini:

Kredit foto Malam Gala Filem Dampak kepada Facebook Dampak. Untuk maklumat lanjut berkenaan kuiz dan filem, sila like Facebook Dampak .

Lihat kesemua 39 gambar melalui slaid di bawah.

beautifulnara's Dampak album on Photobucket

Written by serenity | June 3rd, 2013

Kadangkala kita membaca berita mengenai gadis-gadis yang hilang begitu saja. Kadangkala kita tidak tahu ke mana mereka pergi. Ada kes gadis lari dari rumah, ada pula yang dilarikan.

Filem Lari yang bakal ditayangkan di pawagam 6 Jun ini, bagaimanapun memaparkan kisah seorang abang yang cuba menyelamatkan adik perempuannya yang dilarikan ke seberang untuk didagangkan menjadi pelacur. Pelbagai liku dan cabaran dilalui oleh Khaliff, watak yang dibawakan oleh Aaron Aziz, semasa penggembaraannya ke seberang untuk menyelamatkan adiknya.


Filem “Lari” dikategorikan sebagai filem aksi, diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Excellent Pictures. Kalau diperhatikan dari sudut jalan cerita, ianya kelihatan berlainan dengan filem-filem arahan Ahmad Idham sebelum ini yang lebih berkisar kisah mat rempit dan bergenre komedi.



Filem ini turut manampilkan Dira Abu Zahar, Erin Malik, Erry Putra dan lain-lain. Lebih menarik lagi, aksi-aksi yang ditampilkan dalam filem ini diarahkan oleh pengarah lagak ngeri dari Thailand yang memang terkenal dengan penghasilan filem aksinya.


Jadi, jika berkesempatan, apa kata beri peluang pada filem Lari untuk menyampaikan mesejnya pada anda? Mungkin filem Lari akan menampilkan sesuatu yang baru dan berlainan untuk peminat filem Malaysia?

Kredit gambar, Facebook Filem Lari.


 
Written by serenity | September 27th, 2012

Filem Dampak ialah merupakan antara filem terbaru lakonan ‘abang besar’ Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Al-Yahya, Intan Ladyana, Juliana Evans dan ramai lagi. Dampak berkisar mengenai kehidupan lima adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang tok guru di kampung yang melatih mereka seni mempertahan diri untuk membalas dendam terhadap musuhnya yang menetap di bandar. Kedengarannya seperti jalan cerita klasik filem-filem pertahanan diri Hong Kong, bukan? Atas dasar itu, ada juga kelainannya kalau dibandingkan dengan arus filem tempatan.

Photobucket

Photobucket

PhotobucketFilem ini menjalani penggambaran mulai 30 Jun lepas dan siap sepenuhnya pada 27 Julai.    Bolehlah kita semua melihat lagi Aaron menampilkan aksi lasak untuk filem ini yang sedang berada dalam kerja pasca-produksi. Filem ini diterbitkan oleh Displaymax Sdn Bhd dan Ops Picture Sdn Bhd dan diarahkan oleh Andy Mak dan  Lai Yuk Long. Lagi 16 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar, Fanpage Dampak.

 
Page 1 of 612345...Last »