Written by Bella | December 18th, 2017

Satu sumber kepada Diva menerusi akhbar Kosmo memberitahu ada seorang artis wanita yang berkahwin dengan suami orang berusaha untuk memisahkan suami dan madunya. Dalam erti kata lain, sehingga bercerailah.

Diva sebenarnya terkejut apabila mendengar khabar angin daripada seorang sumber semasa menghadiri sesi fotografi di Petaling Jaya baru-baru ini. Sumber berkenaan memberitahu tentang seorang artis wanita yang mendirikan rumah tangga dengan suami orang mempunyai hasrat untuk meruntuhkan masjid yang dibinia suami dengan madunya.

Bagaimanapun, perancangan berkenaan tidak berjaya, namun sumber itu tidak mengetahui puncanya.  Diva tidak pasti sejauh mana kesahihan khabar angin berkenaan.

Bukan mudah untuk hidup bermadu tetapi ia tidak bermakna seseorang itu harus melukakan hati madunya dan meruntuhkan masjid yang dibina bersama suami. Itu sudah sampai tahap kejam namanya. Jika berita ini benar, kami harap artis tersebut insaf dan janganlah mencipta kebahagiaan atas air mata orang lain.

Sumber Berita : Kosmo

Written by Bella | December 18th, 2017

Baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis aqiqah untuk Aqeef Anaqi iaitu cahaya mata sulung kepada pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli bertempat di Rose Event Space, Kuala Lumpur. Majlis bertemakan warna putih itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta saudara terdekat pasangan tersebut.

Tidak dinafikan majlis tersebut cukup meriah sekali apatah lagi dekorasinya juga cukup mewah serta cantik. Kalau sekali lihat, macam majlis perkahwinan pula.

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Aqeef Anaqi khas buat anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Melur Putih

 
Written by serenity | December 17th, 2017

Agak lama juga penulis tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang mula mencipta popularitinya hasil muat naik video ke media sosial iaitu Najwa Latif. Melalui akaun Instagramnya, Najwa telah mengongsikan gambar konvokesyennya selaku graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)  di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Perkongsian Najwa itu mendapat lebih 22,000 likes di Instagram. Najwa juga dihujani dengan ucapan tahniah dari pengikut-pengikutnya yang menganggap ia sesuatu yang membanggakan buat Najwa.

Najwa yang juga merupakan duta jenama UNITAR sebelum memberitahu bahawa cita-citanya yang sebenar ialah sebagai seorang pendidik dan dalam masa tiga tahun akan datang, dia berhasrat untuk menjadi seorang pensyarah.

Bidang nyanyian hanyalah hobi dan Najwa tidak akan merasa terkilan sekiranya lebih mengutamakan bidang yang diminatinya iaitu pendidikan berbanding kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Selamat maju jaya diucapkan buat Najwa semoga berjaya mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna pada agama dan negara serta sukses dalam semua bidang yang diceburi. – beautifulnara.com

 

Written by serenity | December 17th, 2017

Baru-baru ini, AirAsia telah mengumumkan pelantikan pelakon dan pengacara popular Neelofa sebagai ahli lembaga pengarahnya, di mana Neelofa memegang peranan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.

2017 ialah tahun yang menyaksikan Neelofa terus menempa kejayaan, antaranya jenama tudung Neelofa, Naelofar Hijab dijangka mencecah jualan bernilai 200 juta.  Neelofa juga dilantik sebagai duta Swarovski dan Lancome tahun ini, sehubungan itu ada pihak menyuarakan agar Neelofa berhenti dari bidang lakonan dan dunia seni memandangkan kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perniagaan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 3,43712345...102030...Last »