Written by serenity | February 13th, 2018

Hakim terbaik kejayaan sesuatu program ialah penonton. Untuk program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), jumlah penonton tidak pernah menjadi masalah kerana ia program bersejarah yang sudah berpuluh tahun membina tapak di industri hiburan dan siaran.

Namun begitu, AJL tidak sunyi dari kritikan, terutamanya mengenai pemilihan pengacara. Bagaimanapun, gandingan pengacara tahun ini iaitu Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad mendapat pujian ramai penonton, malah ada yang menganggap mereka pengacara terbaik AJL dalam sejarah.

Di Twitter, ramai memberi pendapat bahawa gandingan Aliff Satar ialah gandingan terbaik pernah ditampilkan untuk AJL atas beberapa faktor, antaranya ketiadaan fokus terhadap penaja dan iklan yang ‘mengganggu tumpuan’.


Ada yang mengatakan, momentum penganjuran seperti ini harus dikekalkan untuk memastikan Tv3 dapat terus bersaing dengan stesen televisyen lain dalam penganjuran siaran langsung berunsur hiburan yang berprestij. Tahniah diucapkan buat TV3! – beautifulnara.com

Written by serenity | December 26th, 2017

Anugerah Telenovela 2017 telah berlangsung pada 23 Disember 2017 lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Telenovela merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

Dalam majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YBPN) itu. drama Mr Boss Miss Stalker lakonan Asyraf Muslim dan Mia Ahmad, diarahkan oleh Heykal Hanifah telah memenangi empat anugerah utama iaitu Telenovela Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 18th, 2017

Malam 16 Disember lepas telah berlangsung majlis Anugerah Instafamous 2017 yang dianjurkan oleh Hurr.tv di Menara Suezcap, KL Gateway Mall, Kuala Lumpur. Ia merupakan anugerah media sosial yang pertama di Malaysia, didedikasikan khas kepada para influencers yang telah mencetuskan impak yang luar biasa di dalam industri media sosial di Malaysia.

Ringkasnya, acara ini yang menggunakan tema stylish denim bukan sahaja meraikan malah memberikan penghargaan kepada para influencers menerusi kategori yang dipertandingkan. Terdapat lima calon dikemukakan untuk setiap kategori dan pemenang dipilih oleh Netizen.

Berikut ialah pemenang-pemenang untuk setiap kategori.

Inspirasi – Vivy Yusof

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 9th, 2015

Malam semalam telah berlangsung Anugerah Skrin 2015 yang menyaksikan penggiat industri hiburan dalam bidang lakonan dan pengacaraan diberi penghargaan. Ramai selebriti mengambil kesempatan melaram dengan tema ‘hitam emas’ untuk majlis tersebut. Majlis ini juga menjadi kemunculan pertama pasangan Yusri dan Lisa Surihani dalam program rasmi setelah mendapat cahaya mata pertama mereka, Yehaira Leanne.

Antara pakaian yang menarik perhatian pada malam tersebut ialah pakaian rekaan Fizi Woo oleh Neelofa, jubah yang dikenakan oleh Eja, gaun labuh yang digayakan oleh Ayu Raudhah dan ramai artis lagi mengenakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal.

 photo 11253928_532083700302004_551725820_n.jpg
 photo 12063221_734366156696614_175017273_n.jpg

Lagi 55 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar #ASK2015.

 
Page 1 of 612345...Last »