Written by serenity | February 1st, 2015

Bintang filem antarabangsa, Jackie Chan adalah antara 71 individu yang telah dikurniakan bintang Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Wilayah hari ini.

 photo 10955186_10153093650524533_6652754746214481895_n.jpg

Gambar: Esma Daniel

 

Tahniah diucapkan kepada Datuk Jackie yang legendary. Sememangnya beliau layak dengan gelaran tersebut memandangkan sudah banyak kali menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran filemnya yang seterusnya mempopularkan Malaysia. We love you, Datuk Jackie!

Written by serenity | December 31st, 2014

Kami pasti ramai pembaca BN adalah penonton soap-opera Filipina, bukan? Panga Ko Sayo, Sana’y Wala Nang Wakas, MariMar dan banyak lagi. Dan pastinya anda juga mengenali pelakon jelita Marian Rivera yang berupakan bintang MariMar.

Untuk makluman anda, semalam Marian, 31, telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Dingdong Dantes, 34. Aktres itu menyerlah dalam gaun rekaan Michael Cinco. Dia membawa jambangan bunga ros putih.

Marian dibawa ke altar oleh bapanya dari Sepanyol. Francisco Alonso yang sampai di Filipina sebaik saja majlis perkahwinan bermula.

Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila bergandingan dalam drama adaptasi tempatan “MariMar”.

Mereka sering berlakon bersama sejak itu dalam siri televisyen, termasuk drama Dyesyebel pada tahun 2008.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 13th, 2013

Sebelum ini kami telah menulis mengenai majlis perkahwinan Datuk Seri Diraja Jalani Sidek dan Datin Seri Diraja Zaleha Mohd Khalid di Hotel Hilton, Kuala Lumpur beberapa hari lepas. Dalam entri ini dipaparkan gambar-gambar dari majlis tersebut.

 photo 1467180_627018737336820_1832129263_n.jpg
 photo 1403481_627165103988850_1330131118_o.jpg

Gambar-gambar ini ialah hasil bidikan SazaStudio. Sila like fanpage mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej fotografi perkahwinan untuk hari bersejarah anda. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Datanglah beramai-ramai ke Bazar Industri Kreatif di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 November ini mulai 5.00 petang – 11.00 malam. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan breakdance, jualan produk seni dan budaya, persembahan kebudayaan, persembahan kugiran dan banyak lagi. Maklumat lanjut, layari facebook.com/bazar.seni

 
Written by serenity | November 11th, 2013

Sebelum ini Raja Azmi telah melangsungkan perkahwinan dengan Eddie CRK di Laman Santai Istana Budaya, malam semalam, bekas suami beliau iaitu Datuk Seri Haji Jalani Sidek yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan Datin Seri Hajah Zaleha Mohd Khalid.

 photo 1470311_457044791080534_232733674_n.jpg

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Majlis mereka berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Pasangan ini diiringi dan diraikan oleh anak-anak mereka dan antara yang turut hadir ialah Datin Paduka Umie Aida dan Norshila Amin, penyanyi popular 80’an.

 photo 1450779_457030417748638_2059566749_n.jpg

Bersamalah kita mendoakan perkahwinan mereka akan kekal ke akhir hayat. Kredit gambar Datin Zaleha.


Teater Bangsawan “Panji Asmara” pada 15, 16 dan 17 November 2013 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Tiket biasa berharga RM 5 manakala tiket PREMIER boleh didapati dengan harga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makan malam). Berminat? Hubungi 03-2614 8262 untuk tempahan tiket!

 

Page 4 of 61« First...23456...102030...Last »