Written by Bella | December 18th, 2017

Penyanyi utama kumpulan SHINEE dari Korea Selatan, Jonghyun meninggal dunia hari ini di hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Menerusi laman web ALL KPOP, kakak Jonghyun membuat laporan polis kerana mengesyaki adiknya itu mahu bunuh diri.

Pihak polis menemui kuali berisi cecair perang dirumahnya. Menurut laporan terbaru, cecair tersebut mengandungi carbon monoxide dan menjadi penyebab kematian Jonghyun. Peminat Jonghyun di seluruh dunia turut meluahkan rasa sedih dengan berita ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Jonghyun.

Sumber Berita : ALL KPOP

Written by Bella | April 5th, 2017

Bekas bintang program popular Korea, Running Man iaitu Kang Gary mengesahkan beliau sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang gadis bukan daripada kalangan selebriti.

Pengumuman itu dibuat oleh Gary sendiri menerusi akaun Instagramnya @kang_gary888 petang tadi.

I got married to the person I love today. There was no wedding, but the two of us became a married couple through our own expression. My wife is a non-celebrity woman, who shook my soul in a moment. Though there may be those of you who are shocked by the marriage news, I hope you bless our new future with a happy heart. I’ll live well and happily for the rest of my life.

Peminat seluruh dunia mula membanjiri ruangan komen di muat naik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Gary dan isterinya.  Ini satu berita yang agak mengejutkan namun kami yakin peminat Gary sungguh gembira dengan perkhabaran ini. Tahniah!

Sumber Berita : All Kpop

 

Written by serenity | September 30th, 2015

Pasti ramai berpendapat entri ini tidak sesuai untuk disiarkan di BeautifulNara kerana ia bukan berkenaan artis, namun sebenarnya ia sedikit terkait dengan seorang artis maka kami menulisnya di sini.

 photo design.jpg

Seorang wanita di Twitter mendakwa membayar sebanyak RM 380 untuk membeli sehelai gaun yang dijahit oleh seorang pereka yang dikatakan berhutang dengan Eina Azman. Bagaimanapun, dia mendedahkan rekaan baju itu terlalu biasa untuk harga yang dibayarnya lalu mendedahkan tentangnya melalui Twitter.

 photo 1.png
 photo 2.png
 photo 3.png
Okay, abaikan tatabahasa Inggerisnya, ini ialah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Harga RM 380 untuk satu pakaian yang cantik dari seorang pereka yang pernah bekerja untuk selebriti sememangnya murah.

Jadi ada yang menganggap hasil itu sesuai dengan harga yang sudi dibayar oleh wanita yang mengupah tersebut. Namun begitu, untuk berlaku adil, hasil kerjanya sememangnya agak mengecewakan, seolah-olah rekaan yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam dan boleh dikatakan mahal untuk harga RM 380. Apa pendapat anda?

Lihat gambar yang lebih jelas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015

 
Written by serenity | September 18th, 2015

Jika anda masih ingat, terdapat satu drama persilatan yang popular sekitar tahun 90’an iaitu Keris Hitam Bersepuh Emas. Drama bersiri ini mendapat sambutan hangat, dibintangi oleh pelakon yang handal dalam ilmu persilatan seperti Eman Manan, Ruzaidi Abdul Rahman, Ebby Yus, dan Zamberi Othman.
 photo keris09.jpgSabtu ini, 19 September, satu telefilem yang merupakan kesinambungan kepada siri Keris Hitam Bersepuh Emas akan ditayangkan pada pukul 3.05 petang di TV1.

Telefilem itu berjudul ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’, dibintangi oleh Shafie Naswip, Sharolnizam, Ruzaidi Abd Rahman, Fad Nuar, Wan Shades, Ayu Yuhaizah, Azimat Shamsuddin, Chaoi Izghan dan Othman Basri.

Menurut pengarah filem ini, Khairi Azmi:

Keris Hitam Bersepuh Emas dilakonkan Eman Manan 20 tahun dulu. Kini saya sambung semula kisahnya demi untuk mengembalikan semula drama-drama epik, persilatan dan pahlawan melayu yang dah lama tidak diterbitkan di televisyen.

Jadi usaha ini saya ambil untuk kembalikan semula cereka sebegini bagi menarik minat stesen televisyen untuk adakan semula slot epik melayu sebagaimana yang dibuat di negara China, Jepun, Korea dan lain-lain.

Telefilem ini mengisahkan seorang remaja bernama Luqman yang kembali ke zaman penjajahan Portugis di Melaka setelah dia menemui sebilah keris lama yang dipercayai Keris Hitam Bersepuh Emas.

Jadi jika anda mempunyai kelapangan apa kata tonton telefilem ‘Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas’ ini?

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jangan lupa Sabtu ini, 19 September 2015 Hari penentuan kepada perjuangan 5 kumpulan Lantai Cilik Musim Ketiga ini dan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015

 
Page 1 of 6112345...102030...Last »